31 December 2011

Akhir Tahun 2011

Assalamualaikum wbt.

Apa yang ada pada akhir tahun 2011 ni pada aku. Macam-macam yang aku alami. Macam-macam perasaan aku rasa. Okay, lets story..!! 2011, banyak perkara dan kenangan manis dan pahit aku rasa. Okay, dimulakan cerita dengan pada awal tahunnya. Kehadiran 2011 dalam hidup kurang dirasai sebab aku masih di matrik. Sebab, mungkin ketika itu, aku hanya berfikir untuk belajar, belajar dan study. Padahal..!! Tak ada masa nak update blog. Okay abaikan.

Awal tahun sangat bermakna kerana awal-awal tahun 2011 aku tahu adik aku and the only my sis masuk tadika buat pertama kalinya. So, aku punya kerisauan amboiiii...padahal dia yang masuk tadika. Aku yang 'gelabah ayam'. Haha. Perasaan? Terkilan sebab aku tak bersama dia. Aku hanya dengar cerita-cerita dari parents aku tentang dia. Tapi, alhamdulillah. Nampaknya dia enjoy sangat masuk tadika. Hehe.

Comel tak kami?

Bulan 4 dalam tahun 2011, aku ambil exam terakhir aku dalam matrik. Haha. Dua je pun exam dalam matrik. Gempak macam banyak kan. Ini best, sebab semester kedua di matrik aku memang pulun habis. Aku tebus apa yang aku tak dapat pada semester pertama. Alhamdulillah, ia membuahkan hasil. Pada pertengahan bulan Mei tu jugak aku dapat result. Dan pada masa itu aku berada di matrik aku bertugas sebagai seorang fasilitator untuk Minggu Pengenalan Pelajar Baru (MPPB). Di ketika ini, aku dapat ramai kawan. Banyak yang aku belajar dari peristiwa tersebut. Dan ketika itu jugaklah aku jumpa kawan baik aku yang kekal sehingga sekarang. Abdullah Hakim dan Asmaa' Zainal Abidin.

Antara gambar yang sempat diambil semasa MPPB

Tinggalkan cerita tadi, kembali dengan perasaan baru. Pada bulan 7 tahun 2011 juga, aku dapat result untuk masuk IPTA. Kali ini perasaan yang berbeza sebab aku sangat kecewa. Apa yang aku impikan, aku tak dapat. Sedih tak sedih jangan ditanya. Kini aku dah pun masuk UMP ni. Kini aku redha apa yang Allah tentukan untuk aku. Walaupun aku tak suka, tapi Allah beri apa yang Dia rasa lebih baik. Sebab Dia lebih tahu dari aku. Dia perancang terbaik, terhebat. Apa sahaja yang diberi pasti ada hikmah yang Dia dan sediakan. Jadi aku redha. Parents aku redha.

Dan disini, Universiti Malaysia Pahang. Aku banyak belajar cara mematangkan diri. Aku lebih berdikari, aku lebih matang, aku boleh buat keputusan sendiri. Pada 4 September 2011, kali pertama aku menjejakan kaki ke alam kampus. Susah tak susah aku kena tempuh, at least aku masuk. Dibandingkan dengan kawan-kawan lain yang tidak berjaya kan? Alhamdulillah. Kudrat ini memanjatkan kesyukuran. Susah senang, sakit pening aku tempuhnya.

Disini selama 4 bulan aku tempuh banyak benda. Aku ada sahabat yang baik disini. Dan aku tak lupakan sahabat yang telah ada mengisi hidup aku. Cuma, sahabat yang ada kini lebih dekat, lebih memahami. Aku ada kawan sebilik yang baik. Tak lupa pada kawan sebilik di matrik dahulu. Alhamdulillah, kehadiran Nur Fatihah buat hidup ini lebih ceria dan bermakna. Senang dan susah kami bersama. Alhamdulillah. Syukur. Sahabat yang lain juga seperti Ezren Afiqah, Shakira, Shakila dan yang lain aku tak lupakan. Lagi-lagi kawan-kawan Suksis. Hehe. Kalian memang beri kenangan yang manis dalam hidup aku sebagai mahasiswi ini. Aku harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila.

Sayang kamu <3

16 November 2011, genaplah 19 tahun aku dilahirkan mama tercinta dibesarkan mama dan papa tercinta. Tarikh ini jugalah aku memanjatkan kesyukuran yang teramat kerana aku mampu bernafas dan mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang ingat akan tarikh ini. Dan jutaan terima kasih kepada mama yang melahirkan dan papa yang membesarkan aku. Tahun ini, agak sedih kerana tidak menyambutnya dengan family tapi aku sangat yakin bahawa doa dari mama dan papa mengiringi aku. Begitu juga aku.

Sayang mama dan papa <3

Hari ini, 31 Disember 2011, orang lain sedang sibuk dengan study week begitu jugak aku. Perasan tak perasan semua pelajar IPTA sibuk nak final exam ni. Tapi...tapi aku ni sibuk demam, selsema dan batuk. Mujur ada kawan-kawan. Alhamdulillah. Terima kasih Akmal Haziq sebab kasi ubat kat aku. Thanks juga pada yang concern kat aku.

Thanks akmal..!! :)

Dan kini, 31 Disember 2011 aku memanjatkan kesyukuran diatas kenikmatan ini. Banyak yang aku dapat pada tahun 2011 ni. Macam-macam la. Jadi sempena kehadiran 2012 esok, aku berharap apa yang jadi pada tahun 2011 ini akan menjadi kenangan yang paling manis dalam hidup aku. Dan aku sangat berharap 2012 ini menjadi tahun yang lebih banyak mengajar aku erti kehidupan untuk menjadikan aku seorang yang lebih matang dalam berfikir dan kelakuan aku.

Sekian sahaja entry post aku yang terakhir dalam tahun 2011. Selamat Datang 2012. :)

28 December 2011

6th Wordless Wednesday

Assalammuaalaikum wbt.

Sempat lagi kan nak post untuk wordless wednesday? Nak post..!! Tadaaaa....

Semangat kan??

Sweet tak? BFF..

ECM..nampak macam semua pink
Akulah photographernya.. :)

Suprise..!!

Agak2 sapalah yang betul2 dpt bendalah tu ekk..

Wahh..super cute..!!


Makan..!!
27 December 2011 will be the special day for me till end.

26 December 2011

Monday's Stories.

Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah. Baru sekarang dapat update blog yang terchenta ini dikala masa rehat selepas study ni. Minggu ni kan..study week..!! Jadual belajar telah diatur. Tak lah gempak sangat. Belajar ala kadar je cuma sedikit hard untuk cover balik test-test yang result teruk sangat. Hehe. Ini lah jadual belajar saya..!!


Nak tau tak? Hari ni kan Hari Ulangtahun Kelahiran mama yang ke 44. Happy birthday mama..!! May Allah bless you. Doa kakak sentiasa mengiringi mama. Insyaallah.


Dan sebenarnya nak cerita ni tau, hari Sabtu minggu lepas bersamaan 24/12/2011, berlangsungnya Sukan INTRASUKSIS menggantikan latihan sebelum study week ni lah. Macam-macam jadi. Seronok sangat. Okay, firstly, pagi-pagi tu ada ujian lari 2.4km. Lari punya lari dapat 21.09 minit. Banyakkan? Kenapa lambat? Ntahlah. Mungkin sebab aku lari lambat sangat. Aku tak duduk depan, aku duduk belakang. Aim aku ialah first, aku nak lari constant tanpa berhenti, Second, aku taknak push sangat sebab aku takut semput. So, aku lari la dengan constant dan tak push. So, berjaya habiskan TANPA berhenti tau. Hebat kan?


Lepas tu dalam pukul 9 pagi macam tu, game pun nak mula la ni. Tetiba hujan, tak hujan. So, nak tannak game pun start la. Bola jaring dengan futsal. Dua game je pagi, petang sat lagi bola tampar pulak. Aku kan group special branch (SB). Rumah merah..!! Haha. Wakil la main bola jaring. Bajet sungguh la macam player kan. Haha. Padahal rules bola jaring pun aku tak tahu. Main tibai je la. Asal main. Hehe. Main dalam hujan tau. Repeat..!! Dalam HUJAN ye. Memang kuyup la.

Pun boleyy la..credits to SisiLensaku
Zaman kegemilangan telah tiba, bila game dengan group UTK, rumah hijau kan, aku dapat sumbang gol kat group. Hoyeah..!! Macam-macam posisi aku main, Goal Shooter, Goal Attack, Goal Defend, Wing Defend dengan Wing Attack. Tapi, haish...satu benda je aku paling ngeri ni. Aku jatuh tergolek-golek dihimpap oleh seorang akak senior. Tapi apa kan daya, main jugak. Dapat free ball. Haish..tak gol pulak time ni. Hihi.

Petang pulak main bola tampar, yang ini buka profession aku lah. Aku tau tampar je. Aku tampar ikut suka kan. Hehe. Tapi apa kan daya, asyik tak dapat serve je. Tak lepas. Huhu. Okay, akhir sekali. Mula-mula aku dok ingat SB dapat number last or number 4. Rupanya number 3. Perghhh..ini tak percaya. Terkejut gila. Tapi enjoy la main dengan kawan-kawan semua, senior. Seronok..!! Dapat lah tau macam-macam method permainan. Lepas ni SUKSIS boleh buat lagi sukan macam tu, tapi nak fight antara Tahap pulak. Baru syiok. Hehe.

Credit to Kak Najibah. SB the best..!!
Apapun yang aku alami minggu ni, semuanya beri aku sedikit sebanyak pengalaman. Maaf jika tidak terhibur membaca blogku ini. Sekian sahaja dari saya yang sedang mengharungi study week. Serius, study week tak best..!! Balik rumah lagi best. Hihi. :) Salam.

*Final exam aku, 3 Jan, 5 Jan, 9 Jan dan 11 Jan. Good luck all UMPians..!!*

23 December 2011

Dengan Result Itu ....

Assalammualaikum wbt.

5.34am?? Aku tak tidur lagi. Sebab aku dah tidur dah malam tadi lepas isyak. Hehe. Semalam, 22/12/2011 kan? Dengar kata result PMR keluar kan? Adik-adik junior yang ambil PMR mesti ada yang excited ambil result. Ada jugak yang takut, cuak. Lepas ambil pulak mesti ramai yang menangis, tapi ada jugak yang cool je. Ada jugak yang habis renyuk kertas keputusan tu. Hehe. Haish. Teringat pulak waktu dulu-dulu ambil result PMR. Hurm..ni yang rasa nak mengimbau kenangan lalu. Hihi.

Aku ingat lagi waktu aku nak ambil result PMR dulu memang tak tidur malam la. Macam-macam fikir, apalah keputusan aku tu kan? Tapi, alhamdulillah. Rezeki Allah beri kan. Kebetulan tarikh dulu ambil result 27/12/2007 sehari selepas birthday mama. Memang hadiah birthday mama lah.

Sekarang ni, bila tengok adik-adik ambil result UPSR, PMR, SPM bukan teringat zaman dulu ambil result. Teringat apa yang dah jadi sekarang. Dengan result itulah aku masuk universiti. Dengan rseult tu jugak lah aku masuk matrik. Dengan result tu jugaklah aku dapat happykan mama dan papa aku. Berjaya sampai sekarang. Alhamdulillah. Bak kata orang, rezeki ada dimana-mana sahaja. Just grab it..!!


Betul, dengan result itu jugaklah aku jadi manusia sekarang. Dengan result itu jugak lah yang akan menentukan masa depan aku. Sekarang ape yang penting ialah semangat aku dan usaha aku. Sekarang lah masanya untuk aku buktikan yang aku boleh success. InsyaAllah. Aku pun belum puas lagi happykan parents aku.

Apa yang paling penting is : Semangat, fikiran yang positif, usaha yang berterusan, cita-cita, tawakal dan doa. 


Sekian dari saya yang membebel dikala orang lain sedang dibuai mimpi. Salam. :)

22 December 2011

Anniversary Mama and Papa :)

Assalammualaikum wbt.

Actually 21 Disember 2011 ialah hari berbahagia aku dengan ehem2. Hehe. Sori..maksud aku hari berbahagia mama dan papa aku. Mereka sambut hari perkahwinan yang ke-20. Aku yang excited. Kenapa? Sebab aku rasa aku berbangga mereka kekal sampai umur aku sekarang. Tahun itu melambangkan aku. Hehe.
*bajet nya anak En Kamaruzaman dan Pn Norhayati ni.


Itu tak penting, yang penting ialah aku rasa tak seronok bila aku tak dapat celebrate anniversary mereka tahun ni. Huhu. Apapun, mama, papa, anakmu ini ada sedikit watikah nak disampaikan.

Assalammualaikum mama, papa.
Tahniah kakak ucapkan pada mama dan papa kerana ulangtahun perkahwinan yang ke-20. Alhamdulillah, kita seperti dulu. Mama dengan papa bahagia. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. InsyaAllah. Kakak sentiasa doakan kebahagiaan mama dan papa. Kakak jeles tengok mama dengan papa. Nak macam tu jugak..!! Hehe. Joking. Apapun, terima kasih jugak sebab sepanjang perkahwinan mama dan papa, mama dan papa dapat besarkan kami adik beradik, sekolahkan kami. Pasti banyak yang mama dan papa lalui untuk besarkan kami, beri kami ilmu, makan dan minum. Terima kasih. Kakak bersyukur dengan rezeki ini. Alhamdulillah. Jadi, kakak sentiasa doakan perkahwinan mama dan papa kekal dan kita jadi keluarga yang sangat bahagia di mata sesiapa sahaja dan yang penting keluarga kita bahagia di pandangan ALLAH dan diberkatiNYA.


Suka..!! Nanti insyaAllah kakak balik, kita makan Secret Recipe okay? Kakak belanja. Don't worry. Hehe. Sekian sahaja dari anak-anakmu yang comel ini, FARAH FAZIRA mewakili adik, PUTERI NUR ALEEYA.

21 December 2011

5th Wordless Wednesday

Assalammualaikum wbt.


Haha. Sekian. Good Luck for final exam. :)

16 December 2011

Saya Sayang Kawan Saya :)

Assalammualaikum wbt.

Hari ini aku tak ada kelas. Semalam aku terlalu mengantuk dan aku bangun teramat lambat walaupun aku tidur awal. Hehe. Itu bukan topik sebenar yang aku nak bagitahu. Yang sebenarnya ialah aku nak cerita tentang 'KAWAN'. Kenapa ek? Mesti ingat aku ada masalah kawan kan?

Aku memang selalu ada masalah kawan. Kenapa? Sebab aku terlalu mementingkan kawan. Aku suka bergurau dengan kawan aku, aku suka menyakat kawan aku. Aku sayang kawan-kawan aku. Sampai terkadang aku rasa aku amatlah berkira dengan kawan aku. Kadang-kadang aku rasa macam nak cakap je, 'Aku bagi kau, ini kau bagi kat aku?'. Tapi papa selalu ajar aku supaya tidak berkira. 'Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.'

Prinsip itu aku pakai sampai bila-bila. Sampai sekarang pun aku pakai prinsip tu. Biar orang buat aku, jangan aku buat orang. And one more thing, aku tak kisah berasa sakit jika disebabkan kawan-kawan aku. Aku tannak bagi contoh, nanti orang cakap aku bongkak.

Actually, baru-baru ni aku sangat kerap ada masalah dengan kawan-kawan aku. Macam-macam. Terlalu banyak, setiap hari ada je masalah kawan yang aku kena hadapi sampai dengan orang yang aku rapat pun aku ada masalah. Bak kata kawan aku, kadang-kadang bila kita kawan dengan orang tu terlalu lama, kita rasa bosan dengan perangai dia. Aku macam tu, jadi aku selalu cuba cari kawan baru. Sebab itu orang rasa aku ni senang untuk dibuat kawan dan aku ni friendly la. Hehe

So, sekarang aku lebih matang untuk berfikir tentang masalah kawan ni. Aku matangkan diri aku untuk selesaikan masalh tu sendiri. Sebab kadang-kadang aku yang cari sendiri masalah tu. By the way, aku sayang sangat kawan-kawan aku. Mereka adalah sebahagian dari aku. Mereka dah aku anggap macam kakak, abang dan adik aku. Sayang awak semua, kawa-kawan..!!


Persahabatan sejati umpama kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.


Jadilah macam arnab dan kucing ni. Terima kawan kita apa adanya. Sekian. :)

11 December 2011

Rainy Day.

Assalammualaikum wbt.

Hari ni di UMP Pekan, sepanjang hari hujan. Life aku sebagai student tak akan berubah pun jika hujan tau panas. Sebab? Sebab sama je la, if hujan atau panas hidup sebagai student still sama. Belajar, belajar dan belajar. But you know what? Inilah pertama kali aku menghadapi situasi ni.

Pertamanya, semalam aku dengar kawan-kawan cakap Kuantan dah banjir. Sampai paras lutut. Adoi, terkandas lah nak keluar. Banjir depan Berjaya Megamall. Memang nak masuk Kuantan tu akan lalu Berjaya, so, kesimpulannya NO keluar..!! Kuantan banjir? Kenapa ek? 'Dekat dengan sungai kot'. Roommate aku cakap lah. Haha. Tapi alasan logik, boleh diterima pakai. Ni antara gambar ehsan dari google. Want more information click HERE.








Kedua, bila hujan je, memang aktiviti harian ialah tidur kan? Haha. Memang aktiviti popular dikalangan student lah kan. Lagi-lagi di UMP Pekan. You know what? Setiap hari hujan...memang terbaik lah. Lagi-lagi bila weekends kan. Memang terbaik lah. Tapi kan, susah tau hujan. Why? Sebab, nak keluar habis semua basah-basah. Hujan kat UMP Pekan pulak bukan hujan straight. Hujan ikut angin. Memang angin yang menentukan ke mana hujan pergi. Haha. Macam tu lah. Sejuk jangan cakap lah. Pakai sweater je. Tapi seronok jugak, bak kata kawan aku, Shakila. 'Macam duduk oversea. Pakai sweater, stokin'. Haha. Kelakar.

Next, yang paling tak best, semua aktiviti yang aku plan semua tak jadi. Tapi aku redha je la. Mana tau ada hikmahnya kan. Bak kata orang, 'Kita merancang, Allah menentukan.' Macam-macam lah. Macam hari ni, actually pukul 5.30 ptg tadi aku dengan my girlfrens ada plan nak pergi jogging then main bola lempang@tampar. Tapi...hujan..!! Arghh..kawan aku dengan sukanya cakap, 'Okay, selamat berhibernate semua..!!'. Haha. Ingat aku beruang ke ape? Haha.

Dan yang terakhirnya, baju tak payah basuh. Pakai banyak kali ye. Basuh tak kering, kalau pakai pon tak berpeluh so, tak payah basuh. Hehe. Hidup lebih tidak terurus. Kesejukan, cramp, semput, selsema, demam, sakit kepala. Haish. Dugaan untuk final exam ni. Tak ape, Allah masih sayangkan aku. Hihi. Okay, last post gambar, suasana selepas hujan di UMP Pekan. Tapi still hujan jugak time ni. Range dalam pukul 6.30 pm td.


Sekian sahaja cerita merapu dari saya di hari yang hujan 11 Disember 2011. Salam. :)

*Dah 2 hari aku mandi hujan di tengah hari. Seronok..!! Kalau demam pun seronok jugak kan?*

09 December 2011

Maafkan aku. :'(

Assalammualaikum wbt.

Hari ini hari sangat lah bersejarah. Sejarah la sangat kan. Sejarah sangat sebab pertama kali dalam hidup aku keluarkan air mata aku yang mahal ni sebab lelaki. Bukanlah boyfriend. Ini sebab kawan. Konflik sungguh. Aku tak nak cerita panjang kat sini. Sebab dalam hal ni, aku tau aku salah. Tapi...aku dah mintak maaf kan.

Tapi disebabkan ego kan, aku faham. Ego lelaki dengan perempuan lain. Aku faham sangat-sangat. Jadi, aku sendiri yang buat keputusan untuk membiarkan ego aku yang jatuh dulu. Disebabkan kawan, aku sanggup salahkan diri aku sendiri. Aku tahu, itu salah aku. Semua pun salah aku. Kau tak salah. Maaf ye kawan. Janji tak buat lagi.

Jangan merajuk lagi okay? Aku sayangkan kau sebagai sahabat aku. Kau dah aku anggap sebagai abang aku. Aku tak nak kita putus sahabat. Aku tak nak aku dengan kau bermasam muka. Aku rindukan suasana dulu. yang kau caring kat aku, bagi nasihat, buat lawak, sakat aku. Semua tu aku rindu. Lagi-lagi bila kau sakat aku dengan ayam goreng. :'(

And one more thing, kau sahabat yang baik. Aku tak pernah kawan dengan orang sematang kau. Kau banyak turunkan pengalaman kau pada aku. Aku yang tak matang ini belajar sedikit sebanyak dari pengalaman kau. Cerita-cerita kau buat aku lebih matang. Kawan, jangan merajuk lagi okay. Aku mengaku kesilapan aku.

Sejujurnya aku mengaku itu memang salah aku. Kebodohan aku, mengajar aku sedikit sebanyak untuk jadi lebih matang. Maafkan aku kawan. Jangan marah lagi okay? Kawan macam dulu okay? :))



Buat sahabat, Muhammad Rahman bin Anuar. :)

01 December 2011

Final Exam..!! :)

Assalammualaikum wbt.

Memandangkan sekarang ni pelajar-pelajar universiti seluruh Malaysia sedang sibuk membuat persiapan untuk menghadapi final exam yang agak-agak tinggal sebulan je lagi. Jadi disini, aku nak bagi sedikit tips untuk belajar di saat sebulan ini. Hehe. Tapi disebalik tips yang selalu aku gunakan ni tak berjaya pun. Tapi ada sesetengahnya berjaya. Nak tau kenapa? Jom..!!

1) Tidak mensia-siakan biarpun seminit.
Ini punya tips, TIDAK mensiakan seminit pun. Kadang-kadang seminit bagi aku pun cukup untuk lelapkan mata. Bukan untuk study. Haha. Itu kat matrik la. Insyaallah dekat universiti ni aku dah kurangkan kot...hahaha.

2) Membawa buku kemana pergi
Memang ke mana pun aku bawa buku. Muka buku. Dalam handphone. Hehe. Yang ni, aku jarang buat, tapi dekat universiti ade jugak la aku buat. Sambil jalan pun boleh buat math. Baca english. Hehe. Tapi ala kadar je lah.

3) Gunakan masa awal pagi
Awal pagi? Awal mana? Awal pukul berapa? Pukul 2 3? Aku baru tidur. Hehe. Tapi kadang-kadang aku tidur awal dan bangun pada awal pagi untuk belajar, tapi di universiti baru 4 kali je aku buat. Insyaallah nanti aku buat banyak kali sikit. Hehe

4) Buat nota ringkas
Buat nota ni aku setuju. Ni dari dulu sampai sekarang aku buat. Tapi sekarang lagi senang fotostat orang punya kan? Tapi aku tak suka fotostat orang punya. Aku tak paham. Bila tak faham, nanti aku banyak komplain. Baik tak payah. hehe.

5) Mengikut jadual sepenuhnya
Jadual. Baru minggu lepas aku buat jadual. Tapi jadual tu aku buat hanya untuk preparation aku nak exam je. Jadual yang standard aku buat bila aku nak final exam. Insyaallah aku ikut. Tapi sepanjang zaman aku hidup, baru sekali je aku ikut jadual belajar aku sendiri. Waktu final exam kat matrik dulu. Hehe

6) Berikan penumpuan dalam pelajaran yang lemah
Ini memang semua aku lemah. So, memang aku akan focus semua. Sekian..!!

7) Mengunjungi perpustakaan
Library? Tidak, sejuk gila. Tak sanggup, lagi aku tidur adelah. haha. By the way, library di UMP hanya untuk yang rajin nak mampus. Aku rajin jugak, tapi belum nak mampus. Hehe.

8) Imbangkan masa kokurikulum dan akademik
Ini pulak, aku rasa sangat seimbang. Kurang kokurikulum, kurang akademik. Seimbang kan?? Haha. Tapi buat masa sekarang sangat seimbang. Ada Suksis untuk release tension aku. Hehe.

9) Elakkan gangguan emosi
Gangguan emosi sering berlaku kat aku. Lagi-lagi bila aku tengok gambar mama, papa aku. Pastu aku mula carik video adik aku. Dan dengar lagu-lagu waktu aku belajar dulu. Serius, setiap minggu emosi aku terganggu. Tapi aku gelak setiap hari untuk cover gangguan tu. Hehe

10) Belajar ikut rentak sendiri
Rentak sendiri. Memang pun, sebab aku punya cara belajar lain dengan orang lain. Amat pelik, aku akan study dulu, tengok soalan, study dan baru buat latihan. Aku akan tinggalkan latihan jika aku mengantuk. Tapi aku tak akan tinggalkan latihan walaupun aku tak dapat buat. Aku akan jalan-jalan cari kawan yang tau buat. Hehe. Pelik tak?


11) Kurangkan kerja rumah tangga
Memang aku reduce pun benda ni. Basuh baju seminggu sekali je. Makan sehari sekali. Tidur 5 ke 6 jam je. Dan meja belajar aku bukan macam meja belajar, macam sarang tikus. Banyak gila kertas. Haish. Tapi baru je kemas tadi. Nampak kemas la sikit. Tapi tak tahu lah berapa lama boleh bertahan. Tengok je lah nanti. Hehe.

Kesimpulannya, setiap orang ada cara tersendiri macam mana nak belajar kan? So, terpulang pada individu masing-masing nak belajar macam mana dan grab apa yang kita impikan. Hehe. Okay, sekian dari saya yang lack of ilmu lagi. Maaf jiak tak dapat membantu. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...