02 March 2012

Datang Update..!!

Assalammualaikum wbt.

Lama tak update blog kan? Hehe. Sibuk sikit. Bukan sibuk banyak pun, sibuk sikit je. Permulaan semester kedua yang mencabar buat aku. Macam-macam lah yang aku lalui. Macam-macam orang juga aku kenal bila aku masuk sem 2 ni. Kawan baru, suasana baru, juga personaliti yang baru. Sesibuk mana pun aku, aku tak lupa pada mama dan papa. Selalu jugak aku call mereka. Tanya khabar. Setiap hari kot.

Bercerita tentang kesibukan semester 2 ni, aku nak cakap sikit pasal kawan-kawan aku yang dapat result kurang memuaskan. Mereka ditendang oleh universiti. Sadis kan? Sangat. Kesian mereka, kemana peluang mereka lepas ni. Entah lah. Tunggu dan lihat je lah. Tak semestinya gagal sekali, tak boleh berjaya. Dan tak semestinya gagal sekali tak boleh gagal dua kali. Hihi. Quotes je pun. Okay, lihatlah jadual semester 2 yang happening ni. Semua start pukul 9 ye. Hehe.




Itu je yang mampu. Aku hanya merancang, Allah juga yang menentukan. Insyaallah. Jika ada kelapangan, aku update lagi event-event yang menarik ye. Sekian, salam. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...