Assalammualaikum wbt.
Bila kawan-kawan semua cerita pasal tawaran ke UPU, aku rasa tak seronok. Ntah kenapa. Aku sendiri pun tak tahu. Tapi sehingga saat ini aku amat bersyukur walaupun ada sedikit kesedihan yang aku rasakan. Alhamdulillah dan terima kasih kepada kawan-kawan yang bagi semangat dan support ketika aku down Jumaat semalam.
Sekarang aku dah okay. Apa pun course aku dah tak kisah. Yang penting aku dapat sambung belajar.
Dan yang paling gembira dan menyalut kesedihan yang terpalit ialah dapat masuk universiti dengan roommate tersayang semasa di matrik. Cuma tak tahu lagi kampus mana.
Universiti Malaysia Pahang, Kampus Pekan - Manufacturing Engineering.
Apa tuh? Aku pun tak tahu. Maklumlah mangsa lelongan. Haha. Selepas je aku dapat tawaran itu aku terus search dan search dan search pasal course dan peluang pekerjaan akan datang. Risau jugak. Belajar je tapi kerja ntah ke mana.
Dan alhamdulillah tadi aku adecuri-curi dengar perbualan antara mama, papa dan bos besar papa.
Mama : Pa, macam mana kakak tu? Risau jugak dengan kos dia. Apa yang dia akan kerja nanti?
Papa : Ada kerja. Insyaallah. Amir kawan office tu ambil sama kos ngan dia jugak dulu. Sekarang berjaya je. *muka tarik nafas lega*
Mama : Tapi dia perempuan. Okay ke? *okay, aku memang perempuan*
Papa : Kejap, papa call Haji. *Haji itu bos papa, Haji Hamdan*
Papa pun call boss kesayangan departmentnya itu. Loudspeaker beb!!
Boss : Oh. Manufacturing? Okay la tu Man. Amir tu manufacture kan?
Papa : Ye haji. Tapi nanti practicle masuk SIRIM boleh?
Boss : Eh, bukan setakat practicle. Anak kau terus kerja SIRIM je. Aku kan ada. Insyaallah aku akan rekemen kan. Kau dulu kan tolong anak aku. (Kak Rina - Mech Eng kerja SIRIM under ayah aku.) Demi kau Man. *muka bangga aku dah terserlah*
Mama : Alhamdulillah.
Papa : Terima kasih haji. Terima kasih banyak-banyak.
Boss : Okay Man. Nanti hari Isnin kita cerita lebih ye? Assalammualaikum.
Perbualan itu tamat macam tu je.
Aku menarik nafas lega sedalam-dalamnya. Alhamdulillah...!! Allah bantu aku. Tiba-tiba mama datang, kakak, papa dah aja job untuk kau. *aku dengar tadi.* Belajar bersungguh kat sana. Jangan main-main lagi. Pointer kena gempak tau..!! 3.5 above. Ingat..!!
Haha. Alhamdulillah. AKU KINI BAKAL PEKERJA PAPA AKU SENDIRI. Kelakar jugak bila fikir. Cuma sekarang aku akan fight untuk tukar course dulu. Kalau tak ade rezeki, aku terima.
Kawan-kawan doakan aku ye. Thanks. Okay, cerita tamat. Kesedihan masih ada cuma sentiasa disalut dengan semangat, sabar dan kegembiraan.
Sekian. Salam.
8 comments:
eceh, bukan setakat tempat practical. keje skali!! amek kau... huhu..
rezeki tu. terharu sgt oh. rase nak nangis je td.
Hebat la,tahniah korg!aku happy utk korg.jgn memain w/pun dah ade tempat ok
thanks kak mah. aku bersyukur sgt wlpn ade lg sedih ni. :((
Weh,suh pak haji tu call aku pulak. aku teringin nak dpt offer mcm tu. stakat ni hanya Indah Water je yg nak call aku. HAHAHA *gurau
hahah. mior..nnt aku ckp ngan pak haji tu ye..kau tunggu je panggilan.. :DDDD
okay,jgn hampakan aku weh. keh3
wooo..ini ta janji la beb..lgpon aku bkn kamceng pon ngan pak haji tu..ayh aku je..:DDDD
Post a Comment