Pada post entry yang kedua pada bulan Julai tahun 2011 ini saya ingin membincangkan tentang kepimpinan.Sebenarnya setiap orang adalah pemimpin ke atas diri sendiri. Memimpin diri sendiri ke arah jalan yang betul dan lurus. Pemimpin adalah ketua. Pemimpin adalah orang yang memimpin. Erti kata lain ialah ketua. Pada istilah islamnya pemimpin adalah imam. Tidak kiralah ketua negara, ketua agama, ketua sesebuah organisasi dan sebagainya. Tapi ingatlah bahawa setiap yang menjadi ketua akan disoal di mahkamah Allah akan datang. Tanggungjawab sebagai ketua amatlah besar. Hanya yang menjadi pemimpin sahaja tahu akan tanggungjawab seorang pemimpin.
Setiap pemimpin pasti ingin menjadi seorang pemimpin yang diredhai. Dalam erti kata lain, pemimpin yang berjaya dalam institusinya. Menjadi pemimpin adalah kerja yang sukar. Dalam hadis sahih mengatakan, seorang pemimpin mestilah adil. Pemimpin yang adil ialah pemimpin yang melakukan 5 perkara iaitu :
- Taat kepada Allah SWT.
- Solat 5 waktu sehari semalam.
- Mengeluarkan zakat.
- Mengajak pada amar makruf.
- Menjauhi yang nahi mungkar.
Ketua keluarga juga adalah pemimpin kepada ahli-ahli keluarganya. Keluarga bahagia bukanlah terletak pada kekayaan keluarga tersebut. Kebahagiannya sesebuah keluarga ditentukan pada ketua keluarganya. Jika ketua keluarga dapat menyemai dan mendidik sifat mahmudah itu kepada ahli keluarganya sudah pasti sesebuah keluarga itu bahagia.
Setiap pemimpin akan disoal akan tanggungjawabnya didunia oleh Allah di mahkamahNya. Ustaz saya pernah bercerita dulu. Ustaz cakap, telah ditunjukkan kepada Nabi Muhammad bahawa di mahkamah Allah nanti, ketua tertinggi dalam sesebuah negara akan disoal dahulu oleh Allah. Dan diikuti oleh orang bawahan sehinggalah sekecil-kecil pangkat yang digelar ketua.
Ustaz cakap, pertamanya, Allah akan tanya "Wahai simpulan bin simpulan sebagai ketua negara Malaysia, apakah yang telah kamu lakukan semasa kepimpinan kamu di negaramu? Apakah yang telah berjaya kamu lakukan? Mengapakah ada anak muda di zaman pemerintahanmu yang rosak akhlaknya? Mengapakah berlaku pelbagai maksiat di zaman pemerintahanmu?". Sebenarnya bermacam-macamlah. Setiap jawapan yang dikeluarkan PASTI akan dipersoalkan. Haaa. Takutnya....seingat saya sewaktu ustaz saya bercerita, ternganga mulut saya. Takut tau. Semua kawan-kawan pun takut dengar.
Mari kita ungkap sedikit bagaimana Nabi Muhammad mentadbir negara!!! Baginda sorang yang hebat. baginda seorang yang adil. Semua pasti ingat peristiwa kabilah-kabilah arab bertelegah untuk meletakkan batu hajarrul aswad? Baginda bersifat adil dengan mengarahkan setiap kabilah memegang setiap penjuru serban baginda dan baginda sendiri yang meletakkannya. Baginda juga bijak dan kreatif. Buktinya juga terlihat melalui peristiwa tersebut. Bijak kerana menggunakan serban kerana setiap kabilah dapat merasai memeganggnya tanpa ada yang terkecuali. Baginda juga pemimpin keluarga yang hebat. Baginda menolong isteri baginda menjahit dan membuat kerja rumah. Baginda juga seorang yang adil. Baginda ada mengatakan bahawa baginda sanggup menghukum anaknya Fatimah dengan hukuman hudud jika melakukan maksiat. Hebatnya Nabi kita. Ketua yang hebat...!!! Sehingga negaranya Mekah dikenali serata dunia semasa pimpinan baginda.
Antara ciri-ciri kepimpinan Rasulullullah SAW yang patut dicontohi oleh setiap yang bergelar ketua ialah :
- Bertanggungjawab
- Jujur dan Bijaksana
- Adil
- Berfikiran jauh
- Bekerja secara kolektif
- Terbuka dalam membuat keputusan
- Tegas dan berpendirian tetap
- Mesra rakyat
- Pengorbanan
Semoga apa yang saya sampaikan dapat disebarkan pada sahabat-sahabat yang tidak mengetahui. Insyaallah. Sama-sama kita berkongsi ilmu. Sekian. Salam.
2 comments:
'si polan' lah, bukan simpulan haha
ouh ye?? okay..tapi mak aku kate simpulan...:P
Post a Comment