26 July 2011

7 Rahsia

Assalammualaikum wbt.

Hari ini agak bosan sedikit. Sebab apa? Sebab aku bangun lambat (kantoi). So, satu kerja pun aku tak buat. Apa yang aku sempat buat ialah kemas almari buku. Bersepah..!! Maklumlah, orang kat rumah ni rajin sangat baca buku. Tu sebab bersepah. Serius..!! Tak tersusun langsung. Penat lah jugak. Sebab kerja ni aku selalu buat time weekend je. So, bila weekdays nak kemas almari buku memang lama. Nak lap buku, lap almari, kemas ikut label dia. Macam-macam.

Bila penat, rasa macam nak makan mekdi or kepsi. Argghhh..nak air 7UP.. Tolong..!! Sape nak belikan? Haha. Sambil mengemas tadi, ada gak duduk lepak tersandar sambil membaca Readers Digest. Ntah zaman bila punya ntah. Yang menarik, ada dikongsi 7 rahsia macam mana nak kasi blood glucose lebih stabil.

Baca punya baca. Ni yang dapat aku simpulkan.

1.Pilih glycaemic-index (carbohydrate) yang rendah.

Kencing manis kebanyakkannya bukan disebabkan makan nasi dan roti yang banyak. Tapi sekarang, if kita makan nasi dan roti banyak sangat boleh menyebabkan kita kena kencing manis. So, kurangkan makan nasi. *bukan makan lauk banyak, tapi balance kan*

2.Jadikan bijirin sebagai makanan rutin.


Untuk mengelakkan penyakit jantung dan kencing manis kita perlu ambil bijirin dalam makanan. Sebenarnya bijirin dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam badan kita.

3.Makan buah dan sayur setiap hari



Yang ni, no comment. Sebab, aku makan buah dan sayur setiap hari. Pada siapa yang tak makan sayur, kena makan buah lebih sikit lah.

4.Makan makanan yang berprotein setiap hari.

Makanan berprotein sudah semestinya ikan, telur. Makan protein setiap hari boleh kurangkan berat sebab protein tak banyak GI.

5.Favour good fats.

Yang ni aku tak tahu ape lemak yang berkhasiat. Search la. Hihi. Yang penting lemak ni boleh kurangkan kadar GI dalam badan kita.

6.Makan dengan kuantiti yang sedikit.

Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. So, bila kenyang berhenti dan pastikan tempoh makan kita yang seterusnya ialah apabila kita terlalu lapar.

7.Tambahkan acid dalam makanan.

Acid bukan maksud cuka. Kita boleh minum air limau ataupun makan buah sunkist. Acid kan tu? Ia dapat membakar lemak. tapi jangan selalu lah. Kadang-kadang je. Asalkan ada penambahan tu.



Haha. Dah macam pakar pemakanan. Tapi mulai hari ni, aku nak ikut 7 step ni. Bukan sahaja dapat mengurangkan kadar nak kena kencing manis tapi mengelakkan terus penyakit kenciing manis ni.

Sekian. Salam.

*renung-renungkan sampai termenung*

6 comments:

Anonymous said...

bgos2.. :D i will practice it..hihi.. :D

Anonymous said...

tanx for d info :) hoho kalau telan acid agak2 kurus tak? HAHA :D

Mior Syabab said...

uiyoo, ade cara nk tambah berat bdan tak? hehe

Farah Fazira said...

asamasin : bgus..amalkan gaya hidup sihat...

queen F : haha..mungkin..cubalah..

mior : ade2..makan appeton gainweight..heheheh

emydiaz3 said...

nice tips..thanks for sharing

Farah Fazira said...

no probs la emydiaz3..selamat mencuba..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...