Assalammualaikum wbt.
"Wahai orang-orang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan perniagaan yang menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu apabila kamu mengetahuinya."
Surah As-Saf ayat 10-11 (Jika ta silap lah, sila semak semula)
Hidup adalah perniagaan. Kenapa? Kita hidup di dunia yang sementara ini adalah kita berniaga dengan Allah SWT. Allah SWT membeli iman, pengorbanan dan kerja amal dengan bayaran yang mahal iaitu syurga. Sedarkah? Bagi menjalankan perniagaan kita ni, Allah SWT beri kita modal perniagaan. Bukan sekadar free tapi beri pinjaman. Kita ni manusia / khalifah / hamba hanya meminjam. Meminjam..!! Berhutang pulak dengan Allah SWT. Banyak tu modal yang kita pinjam. Modal yang paling mahal bukanlah harta kita tapi usia kita ataupun masa hidup kita. Sebab kalau modal usia ni Allah tak beri pinjam, memang kita tak dapat mula perniagaan langsung kan? Betul?
Selain itu, banyak lagi modal lain yang Allah SWT beri pinjaman. Contohnya, modal akal, jiwa, pancaindera, pangkat, harta, kesihatan, ilmu dan kemahiran dan banyak lagi lah. Walaupun itu semua modal sampingan tapi ia tetap bernilai. Kalau tiada, bankrupt lah. Semua itu hutang modal terbesar. Sedar tak sahabat? Hutang-hutang tu kita semua tak mampu bayar. Mampu ke? Bagi sejuta kat Allah SWT pun ta cukup.
Malah sedarkah kita setiap hari ada sahaja pinjaman yang kita buat. Permohonan demi permohonan kita apply kat Allah SWT. Tapi Allah SWT Maha Pemurah dan Maha Kaya. Semua kita mintak Dia akan beri. Tak dapat? Ada tu. Tunggu. Ish...Nak apply biasiswa hari ini esok dah dapat ke? Mesti la kena tunggu kan? Samalah dengan apply modal kat Allah SWT, kena tunggu jugak.
Setiap perniagaan yang dimulakan mestilah ada perancangan. Jangan main mula sahaja macam tiada ilmu dan kemahiran. Macam seseorang yang belajar kejuruteraan dan disuruh memeriksa pesakit, pasti dia akan gagal. Begitu juga dengan perniagaan, jika tiada ilmu dan akal seta kemahiran pasti kita akan rugi. apabila modal yang ada menhingatkan dan merapatkan hubungan dengan Allah SWT, sepatutnya dijaga dan digunakan dengan baik dan betul. Allah SWT akan membayar setiap produk yang berjaya kita hasilkan. Dengan apa? Dengan nikmat-nikmat la. Macam nikmat syurga. Tetapi ada juga yang merungut. Allah SWT akan bayar tunai dan bertangguh. Yang tunai tu, kebahagiaan dan ketenangan hidup di dunia dan yang tangguh tu pulak, nikmat syurga yang kekal abadi.
Adat berniaga la kan, untung dan rugi. Bagi yang untung pasti mereka gunakan modal dengan baik. Dan bagi yang rugi, pasti banyak kesilapan yang dilakukan semasa berniaga. Tapi ingat, sekali kita rugi dalam perniagaan tak bermakna kita rugi dengan perniagaan yang seterusnya. Bak kata orang business, takut hadapi risiko maknanya kita tidak akan berjaya dalam perniagaan. So, risiko kena lah ada dalam perniagaan. Macam dalam hidup lah, tak best la hidup jika kita dugaan kan?
Dan jangan pula kita lupa nak melabur. Melabur keuntungan pada yang memerlukan. Semua tu Allah SWT kira di mahkamah nanti. Bukan sahaja kita boleh melabur keuntungan dalam bentuk wang ringgit, malah dengan bentuk yang lain. Makanan, minuman, tempat tinggal dan juga senyuman. Bukankah sneyum itu sedekah? Dan ingatlah semua pelaburan kita ini dikira. Pelaburan ini jugalah yang menyelamatkan kita di satu alam nanti iaitu alam kubur. Ingat jangan kedekut...!!
Oleh itu, saya mengingatkan diri saya dan sahabat agar menggunakan dengan baik dan betul modal yang dipinjamkan oleh Allah SWT kepada kita. Semakin lama hidup, semakin banyak modal yang kita pinjam. Hutang di dunia pelu diselesaikan kerana banyak hutang di akhirat sana yang menanti kita. Dan jangan sesekali lupa berterima kasih padaNYA. Semoga apa yang saya sampaikan dapat dicerita pada sahabat yang tidak mengetahui. Insyaallah.
Salam. Sekian.
No comments:
Post a Comment