09 July 2011

Perkongsian #2

Assalammualaikum wbt.

Cerita disambung. Ini bukan sekadar cerita tetapi perkongsian spiritual untuk sahabat semua. Semoga terhibur.

Johan dilahirkan cacat tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun kecatatatan anggota lahir tersebut tidak menghalangnya daripada berusaha sehinggalah berjaya menyandang jawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat sensitif jika kecacatan tersebut disebut atau jika merasa kecatatan tersebut dipersoalkan.

Suatu masa bank tempat Johan bekerja memerlukan kerani baru dan dia ditugaskan untuk mengendalikan sesi temu duga. Tiga calon telah disenarai pendek bersedia untuk ditemu duga oleh Johan.


Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan baik, Di akhir temu duga, Johan bertanya :

"Awak nampak tidak sesuatu yang ganjil pada saya?"

Atas perinsip memegang kejujuran, calon tersebut menjawab :

"Ya. Minta maaf kalau saya kata tuan tidak ada telinga, macam ayam!"

Johan merasa terhina dengan jawapan itu dan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank selama 5 tahun. Dia juga ditanya soalan yang sama di akhir sesi temu duga.

"Awak nampak tidak sesuatu yang ganjil pada saya?"

Jawapan calon perempuan ini lebih 'berlapik' daripada calon pertama. Tetap mengaku nampak kecacatan Johan tetapi ada unsur pujian.

"Ya...saya hairan bagaimana tuan boleh mendengar dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh daripada saya."

Jawapan daripada calon perempuan itu membuatkan Johan berang lalu menghalaunya keluar.

Calon terakhir masih muda dan mempunyai pengalaman bekerja hampir 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan berjaya ala-ala Aaron Aziz gitu. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan yang serupa.

"Awak nampak tidak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Tuan pakai contact lens," Jawab pemuda itu.

Johan terkejut melihat betapa telitinya calon ini sehingga nampak kanta lekapnya yang dipakainya walaupun jarak antara mereka agak jauh. Johan sangat gembira dengan jawapan pemuda itu kerana dia tidang langsung menyebut mengenai telinganya yang cacat. Calon terbaik yang layak menjawat jawatan yang sangat perlukan ketelitian.

"Macam mana awak tau?" tanya Johan lagi.

Rupanya pemuda ini lebih 'parah' daripada dua calon terdahulu. Dia menahan gelak melihat kecacatan Johan. Melihat Johan gembira dipuji, pemuda itu tidak dapat menahan geli hatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata :

"Dah tentu tuan tidak boleh pakai cermin mata sebab tuan tidak ada cuping telinga. Nak sangkut kat mana!"

THE END...

Hina sangatkah kecacatan tanpa telinga sehingga Johan begitu sensitif, sedangkah Allah SWT masih memberi dia kemampuan mendengar walaupun tidak sejelas pendengaran orang lain. Renungkan. Sewaktu saya mendengar kisah ini daripada orang yang rapat dengan saya, saya hanya mampu tergelak. Tetapi tanpa sedar, nikmat yang ada sekarang tidak sempurna lagi digunakan dengan baik.



Perkongsian ini hanyalah perkongsian yang bagi saya hanya sedikit sahaja. Insyaallah, banyak lagi cerita menarik dan berpengajaran saya akan cuba korek dari orang yang saya rapat tersebut dan akan saya ceritakan pada post yang lain.

Terima kasih kerana sudi membaca dengan penuh sabar. Jika anda mendapat pengajaran dari penceritaan ini, sebarkanlah pada sahabat yang tidak mengetahui. Insyaallah. Sekian. Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...