29 June 2011

Selamat Ulangtahun Buddy.. :)

Assalammualaikum wbt.

Hari ini 29 Jun 2011 adalah hari yang amat penting untuk seseorang rakan, teman, kawan, sahabat lama yang bernama FATIN NABIHAH BINTI NOR ISMAIL. Untuk dijadikan cerita, dalam pukul 2 lebih tadi aku mesej la dia. Dan aku wish la dia. Lepas tu, dia mintak la hadiah kat aku. Aku bagilah kiss tapi dia cakap tak cukup. So, aku decide aku bagilah la coretan kisah atau kenangan kami untuk kau kenang aten sebagai hadiah hari lahir kau yang ke 19. Walaupun tak seberapa tapi aku harap kau accept la hadiah ni. Inilah orang yang sambut hari lahir hari ini.

*bajet ye kau*


Si dia ni dulu satu kelas dengan aku waktu di sekolah menengah, SBPI Selandar, Melaka. Satu kelas dengan dia time form 4 dan form 5. Apa yang aku tahu tentang dia. Haha. Tak banyak. Yang aku tahu, dia ni popular la kat sekolah. Hot stuff. Haha. Tapi, yang paling aku tak boleh lupa pasal si sia ni ialah bila dia ni gelak. Memang agak annoying dan kelakar. Hahaha. Sorry. Dan aku start rapat dengan dia time form 5. aku start menggelarkan dirinya Cik Nab @ Kak Nab. Hahaha. Dan memandangkan nama kami sama F, so, aku menggelarkan pula dia ni sis aku. Dia kan lebh tua dari aku. So, dia ni kakak aku lah. Lebih kurang lah. Haha.

Aku tak banyak cerita tentang dia sebab kami kawan biasa. Hanya rapat semasa dalam kelas, tapi kau ingat tak sys. Time kita kene kuarantin dari demam H1N1? Kita satu bilik, katil sebelah kan? Haha. Time tu lah, nama team kita squard. Haha. Bersemangat lagi. Aku ada gambarnya, kau ingat lagi?

*ingat tak?*

Dan yang paling happy sekali bila kita uruskan sambutan hari guru. Kita satu kelas handle bahagian sukaneka guru. Team terbaik lah. Hehe. Lepas tu sys, kau ingat tak yang aku pernah buat pantun untuk kelas dan aku gabungkan nama kau dengan nama aku. Sebab kita sama F. Ingat? Aku ingat, tapi aku lupa apa pantun yang aku buat. Hehe. Sorry. Walaupun aku dengan kau tak berapa rapat, tapi aku dengan kau tak pernah lost contact kan? Alhamdulillah. Kita still kawan dan sys macam dulu. Ni pulak gambar kita waktu experiment biology. Best kan? Waaa...aku rindu Edison. 

*serious..!!1 rindu gilerr la..*

Selamat Hari Lahir sys..!! Yang ke 19. Semoga kau dimurahkan rezeki dan disihatkan tubuh badan. Semoga kau berjaya capai cita-cita kau. Semoga kita tetap jadi kawan sampai bila-bila. Jangan lost contact tau. Di mana pun kau berada jangan lupa asal usul kau. Ingat Allah, ibu bapa kau, kawan-kawan kau dan jangan sesekali lupa diri tau. Dah kawin nanti jangan lupa jemput aku tau..!! Hehehe. Aku SAYANG kau..!! Tiada apa yang aku dapat bagi sebagai hadiah hari jadi kau, hanya ini sahaja. Semoga kau terhibur. Hehehe. Hadiah untuk kau...

*aku tak tahu ape dalamnya..hehehe*

Sekian sahaja coretan dari temanmu, Farah Fazira binti Kamaruzaman untuk temanku FATIN NABIHAH BINTI NOR ISMAIL. Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...