Assalammualaikum wbt.
Sebenarnya bukan saya taknak post untuk father's day semalam. Tapi saje je nak spent my time with my papa and berborak dengan beliau. So, hari ini barulah best nak story morry. Hehehe. Okay, pertamanya. Yang tak best untuk hari papa this year ialah papa dapat urgent call dari office untuk kerja. Pagi-pagi lagi dah dapat call. Memang orang office tak kasi kami sekeluarga nak rehat-rehat kat rumah. Memang hari Sabtu dah plan nak jalan-jalan Putrajaya tapi..paham-paham je la..Orang penting la katakan. So, pagi tu, papa dah siap-siap belikan kami nasi lemak. Tapi ta sempat makan sama-sama. Apelah. Ingat nak ikut papa pergi office tapi papa cakap duduk rumah jaga adik. Okayy papa..!!
So, lebih kurang pukul 12 tu papa telefon cakap, office blackout. Hahaha. Dah agak dah. Memang selalu macam tu if hari ahad kerja. Papa memang kerja kuat. Nak tau sebab apa? Buktinya, sampai je kat rumah, adelah aku tengok muka papa 5 minit then da lesap pergi mane ntah. Aku call beliau cakap ada kerja rumah kawan. Memang tak pergi Putrajaya la. Hancuss harapan aku..Pastu, aku pun melepak la kat rumah mengadap laptop. Dalam pukul 6 baru papa balik. Yang pling aku sedar ialah papa kerja sampai tak makan tengah hari. Haish. Solat? Dia solat kat surau.
Malam pulak, aku dengan adik ade plan nak jerit kuat-kuat HAPPY FATHER'S DAY tapi petang-petang tu adik aku tak ade mood pulak. Mengamuk tak tentu pasal je. Apelah. Agak-agak lepas maghrib tu, duduk la kat balkoni luar sembang-sembang dengan papa dan mama. Papa asyik tersengih je. Then papa cakap,'jom keluar..!!'. Aku ingat pergi Putrajaya, rupanya Banting je. Pastu papa suruh aku drive, katanya nak jad bos malam ni. Okayy, papa dan mama duduk belakang. Haha. Macam pengantin aku tengok. Haish. Apa yang aku sedihnya, aku memang tak boleh drive malam, so memang kena kutuk la dengan papa. Huhuhu. Sampai je kat kedai tu. Kamu semua teka kedai apa? KEDAI MAMAK..!! Bangga aku, haha. Papa belanja kedai mamak je ke? Okayy la tu. Makan roti canai sorang sekeping. Tapi papa makan mee goreng. Yang bestnya, aku kacau papa makan. Cilok mee goreng dia. Hahaha. Kesian..
And time tu lah baru aku ngan adik jerit, SELAMAT HARI PAPA. Malu papa walaupun time tu tak ramai sangat kat kedai mamak tu. Maklumlah tengah bulan. Hehe. Tersengih je. Mama dah uat muka jeles da sebab masa hari ibu, aku, papa dan adik demam. So, tak meriah sangat lah. Haha. Sweet kan?? Semua plan yang terbaik tak jadi. Yang tak plan langsung jadi pulak. Haha. By the way, SELAMAT HARI BAPA, PAPA.
En Kamaruzaman bin Kaspullah yang selalu cakap anak sulong dia ini tak matang seorang yang penyayang dan selalu inginkan anak dia yang sulong ini matang. Hahaha. Kakak dan adik sayannnnnnggggg papa. Terima kasih sebab jadi papa kami..!!
Gambar papa sepanjang hidup bersama kami sekeluarga.
*comel lerr papa*
*sweeeett nyer*
*sayannng papa*
*anak sapa yang gedik ni?*
Sekian sahaja ceritera saya tentang papa. Salam.
No comments:
Post a Comment