24 June 2011

Realiti atau Mimpi ??

Assalammualaikum wbt.

Realiti atau mimpi? Itulah tajuk post pada kali ini. Saya nak tanya pada anda yang membaca? Pasti anda ada impian kan? Saya pun ada impian. Dah tercapai belum impian anda? Tepuk dada tanya diri. Hehe. Setiap manusia mempunyai impian masing-masing. Samada sudah tercapai atau belum bergantung pada cara seseorang itu melaksanakan impiannya. Bagi seseorang yang bergelar pelajar pastinya ada impian untuk berjaya dalam pelajarannya. Lebih-lebih lagi, seperti yang kita tahu sistem pendidikan Malaysia adalah semata-mata peperiksaan. jadi, sudah menjadi lumrah impian seorang pelajar ialah ingin berjaya dalam setiap peperiksaan. Tetapi jika kita lihat pada lumrah kehidupan, manusia tidak pula pernah lepas dari kegagalan. Setipa manusia pasti akan merasa kegagalan dalam hidupnya walaupun hanya sekali. Namun, kegagalan bukannlah halangan untuk kita berjaya mencapai impian yang kita dah tanam dalam diri.

Semalam, saya ada menonton satu drama korea iaitu Dream High. Bagi sesiapa yang sudah menonton pasti anda akan dapat sedikit pengajaran. Mungkinlah. Bagi saya, saya kagum dengan penceritaan yang dilakukan oleh penulis skrip. Apa yang cuba disampaikan oleh penulis skrip ini ialah setiap antara kita ada impian masing-masing. Melalui cerita ini, sedangkan pelajar kelas bawahan pun ada impian mereka sendiri. Dan mereka tidak pernah berputus asa dan sentiasa menggembirakan ibu bapa mereka. Saya kagum dengan mereka walaupun ini adalah sekadar drama. Tidak kiralah kita ada impian nak jadi penyanyi ke? Doktor ke? Isteri atau suami yang baik ke? Janji itu adalah impian kita dan saya pasti setiap orang akan berusaha mencapai impiannya untuk menjadikannya ia sesuatu yang realiti dan bukan hanya mimpi. Saya tabik spring lah dengan drama ni.




Dan satu lagi, semalam jugak saya ada duduk bersembang dengan papa saya sambil menolong adik saya melakukan kerja sekolahnya. Papa ada tanya,

"Kakak, kamu nak ambil course ape? Nak jadi ape? "

Bila saya fikir balik, teringat zaman sekolah rendah dulu. Papa selalu tanya saya nak jadi ape? Dan saya mesti jawab, "Adik nak jadi doktor la papa." Dulu saya ini merupakan anak tunggal. Semua yang saya minta pasti saya dapat. Jadi, ke semua impian saya mesti dipenuhi oleh papa dan mama. Kini tidak lagi, setelah 14 tahun hidup seorang, saya sudahpun mempunyai adik. Tetapi, papa still juga tanya impian saya. Dan saya pun jawab,

"Kakak tak kisah dengan apa course yang kakak ambil pun. Yang kakak tahu, kakak nak gembirakan papa dan mama dengan kejayaan kakak di universiti nanti. Papa doakannya ye?"

"Insyaallah. Papa sentiasa doakan anak papa. Belajar betul-betul dan penuhi impian kamu sendiri. Itu je yang boleh buat papa dan mama bangga dengan kamu."

Lepas itu, papa tanya adik pulak apakah impian dia. Dan dengan bersemangatnya dia jawab,

"Adik nak masuk asrama macam kakak. Adik nak jadi doktor. Doktor yang inject-inject orang papa!! Nanti adik nak inject kakak sebab kakak taknak jadi  doktor."

Terkejut saya dengar. Ha? Dia nak inject saya sebab saya tak jadi doktor? Tak patut betul la. Yang buat saya terharu ialah, dia nak masuk asrama macam saya. Budak-budak biasalah. Ha? Budak-budak pun ada impian tau. Kan saya dah kata, setiap manusia ada impian masing-masing. Tak kiralah kanak-kanak, remaja, ibu bapa kita, nenek kita pun ada impian. Mungkinlah. Sebab saya tak pernah lagi tanya nenek saya dia ada impian ke tak. Hehehe. Dan bukan mudah nak capai impian kita sendiri. Kita perlu berusaha sendiri dengan keringat kita. Tak boleh harapkan orang lain sangat, sebab itu impian kita. Macam lagu Akademi Fantasia.

Bukan mudah menyusun tangga di angkasa,
Bukan mudah mengubah mimpi jadi realiti,
Apapun jua bisa terbukti,
Andai langkahmu tidak terhenti.

Jadi, untuk menjadikan impian kita menjadi realiti kita tak boleh cepat berputus asa. Allah pun tak suka hambanya yang berputus asa kan? Untuk merealisasikan impian kita sendiri dengan usaha kita sendiri, kita jualah yang kena berusaha. Usaha tangga kejayaan. Dimana ada kemahuan disitu ada highway. Hehehe. Semoga apa yang saya nak sampaikan ini sampailah kepada anda semua. Sudah..!! Dah merapu dah. Hehehe. Saya mendoakan diri saya dan anda semua agar dapat merealisasikan impian kita masing-masing. Insyaallah. Amin.



Sekian. Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...