Assalammualaikum wbt.
Pada post kali ini ana ingin mengupas serba sedikit tentang kematian. Apa yang anda fikirkan apabila anda terbaca tajuk ini? Tarikh kematian anda? Macam mana cara kematian anda? Fikirkanlah sedalam-dalamnya. Sebenarnya, ana ingin mengupas sedikit tentang tajuk kematian ini. Apa yang ana ingin ditekankan ialah apa status kita selepas menghadapi kematian? Adakah kita ini penghuni syurga ataupun penghuni lubang-lubang neraka ALLAH. Apa yang kita harapkan semasa saat ajal kita? Husnul Khatimah? Sudah pastinya kita ingin menjadi golongan yang baik ataupun penghuni syurga Allah.
Firman Allah SWT
"Setiap makhluk yang hidup pasti akan menemui mati tidak kira pada bila-bila masa dan dimana jua tidak lewat sesaat dan tidak cepat sesaat pun."
Menurut firman Allah itu, terbuktilah bahawa kita dikehendaki bersedia kerana kita mahupun ana tidak tahu akan saat kematian kita semua. Sudah cukupkah amalan kita semua?? Disini ana ingin berkongsi satu cerita. Semalam ana ada menonton program kegemaran ana iaitu Imam Muda. Pada minggu ke 8 ini mereka para imam muda dikehendaki menyelesaikan tugasan mengenai kematian. Mereka dikehendaki menguruskan jenazah yang berisiko tinggi dan tidak dituntut. Apa yang ana kesalkan ialah mengapakah jenazah ini tidak dituntut keluarga mereka? Tidakkah mereka tahu bahawa hukum tidak menuntut jenazah keluarga sendiri adalah berdosa besar. Bermacam-macam rupa ada. Masyaallah. Besarnya kuasa Allah ini. Terkejut ana melihat jenazah yang sudah reput diuruskan mereka. Melalui program in ana dapat menmba sedikit ilmu dan pengalaman walaupun ana hanya melihatnya dari jauh.
Di sini ana ada ingin berkongsi beberapa soalan tentang kematian.
Q) Apakah hukum meratapi kematian seseorang itu?
A) Hukumnya haram. Sabda Rasulullah SAW, sikap meratap kematian kematian seseorang itu umpama sikap jahiliah. Jadi baginda membencinya.
Q) Apakah hukum wanita ke tanah perkuburan?
A) Hukumnya makruh. Pertama, wanita yang ke tanah perkuburan seperti membuat bising, meratapi kematian seseorang dan membuka aib si mati hukunya haram. Kedua, wanita yang pergi ke tanah perkuburan dengan tiada sebab hukumnya harus.
Q) Apakah hukum suami memandikan jenazah isteri dan sebaliknya?
A) Dibolehkan jika tiada saudara sesama jantina.
Semoga apa yang ana sampaikan ini dapat disebarkan kepada sahabat lain yang tidak mengetahui. Walaupun tidak seberapa, sekurang-kurangnya ana dapat berkongsi sedikit ilmu untuk sahabat semua. Insyaallah kita semua akan mendapat manfaat darinya.
Sekian. Salam.
No comments:
Post a Comment