Kenapa aku buat title macam tu kali ini? Mesti kamu semua fikir aku ade boyfriend kat? Haha. Takde maknanya. Haha. Whatever~ Actually post kali ini aku nak tujukan pada adik aku. The only in my heart. Hehe. Susah sebenarnya aku nak menerima panggilan kakak 5 tahun lalu, tapi sekarang dah biasa la pulak. If mama dan papa panggil nama rasa macam kekok padahal dulu selalu je. Hahaha. Adik..adik..adik.. Kau memang comel. Geram aku.
*kau memang comel, tapi aku lagi comel la..!!*
Mama cakap, kau tak macam aku. Kau seumur 5 tahun, kau tinggi, kuat makan, banyak bercakap dan lagi pulak kau aktif. Mama cakap aku seumur kau, aku gemok macam kau tapi aku pendek sikit je dari kau. Aku tak kuat makan dan aku hanya bergaul dengan orang yang aku kenal je. Dan pula aku tak aktif sebab aku sorang je. Tapi mama cakap, aku 4 tahun dah pandai membaca. Kau 5 tahun. Okay lah. Tak semua kanak-kanak cepat belajar. Yang paling lainnya kau dengan aku ialah sifat penakut kau. Haha. Kalau kucing pun kau takut apatah lagi harimau. Kalau ulat gonggok pun kau takut apatah lagi ular. Kalau ayam pun kau takut apatah lagi burung unta. Hehe. Yang penting aku tak macam kau. Haha. Bestnya ngumpat kau kat sini. Haha. Tapi as a kakak, aku sayang kau sebab bukan senang nak dapat kau. Hehe.
Sekarang kau da besar. Kau dah pandai menulis, bercakap dengan petah, membaca, mengeja, mengira. Cuma satu je, bila je kau start colour, memang buruk. Tak dinafikan sebab mama cakap time aku kecik dulu aku colour cantik. Hahaha. Dan lagi satu, kau ganas sikit la yang aku perasan. Mungkin salah aku ngan papa kot. Haha. Ye la, kami expect kau tu dulu lelaki, so kami panggil la kau dengan nama Irfan. At last yang keluar bukan Irfan tapi Aleeya da. Haha. Kalau kau nak tahu kan, waktu kau dapat dikesan berada di dalam perut mama aku memang tak puas hati sebab zaman pemerintahan aku akan tamat. Tapi dalam masa yang sama aku gembira jugak, sebab ade adik. Dan ceria la sikit rumah kan. Haha.
Sekarang kau da besar, da lima tahun dah. Semua benda kau pandai buat. Kalau suruh kau angkat kain pun dah boleh da. Hehe. Yang aku tak puas hati sampai sekarang ialah kau tu terlalu manja. Kena marah sikit nak menangis, kena sakat sikit dah report. Tapi salah aku jugak, yang pergi sakat kau buat ape kan? Haha. sebab aku SAYANG kau. Kau dah start sekolah. Seingat aku, sewaktu kau start sekolah tadika ini, aku dekat matrik Sem 2. Kau pergi sekolah aku tak hantar. Hajat aku ta sampai la. Tapi bila aku dah cuti, aku dapat hantar kau pergi sekolah setiap hari. Aku dapat lambai kau dan tengok kau masuk ke perkarangan sekolah dengan hati aku yang tenang. Dan balik, aku sambung tidur. Hehe.
*gedik lah kau*
Kau tahu tak yang aku SAYANG kau? Kalau aku kena marah dengan mama, mesti kau datang pujuk aku, padahal aku tak nangis pun. Tapi kalau kau kena marah, aku selalu buat bodoh je. Sebab, itu je cara aku nak ajar kau supaya kau tak manja tapi sebenarnya aku sayang kau. Kalau aku tidur, kau selalu kacau aku dan aku mesti marah. Tapi bila kau tidur, aku tak pernah kacau kau sebab aku rasa bahagia tak ada orang kacau aku. Aman....tapi sebenarnya aku sayang kau. Aku nak kasi kau berehat sebab sepanjang hari kau asyik main dan belajar je. Dan kalau kau buat salah mesti aku marah kau, sebab aku nak bagitahu kau supaya kau tak buat lagi benda yang salah tu. Adik, aku sayang kau. Aku taknak kau jadi macam aku. Nakal!! Kau je tak tahu, dulu aku pernah mandi sungai tau. Kat kampung sebelah lagi, balik pukul 7 lebih, nak magrib dah. Balik je rumah, nenek pukul aku. Haha. Aku memang nakal. So, aku taknak kau jadi macam aku. Aku pernah gak jual ubi dan buah-buahan nenek tanpa pengetahuan nenek dan duit tu aku beli kereta control. Aku nakal, jadi aku taknak kau jadi macam aku.
*aku budak nakal, tapi comel*
Tapi bila aku tengok kau membesar depan mata aku sendiri selama 5 tahun, alhamdulillah..kau tak macam aku. Kau anak yang baik, dengar kata dan comel macam aku. Haha. Tapi kau pelik. Nak tahu kenapa, papa cakap kau tak macam aku, kau tak suka cerita apa yang kau buat kat sekolah. Bila tanya sepatah, jawab sepatah. Tapi aku, papa tak payah tanya aku dah cerita. Hehe. Mungkin sebab aku anak tunggal kot. Haha. Dan adik, kau tahu. Kau ni kadang-kadang bagi pengaruh buruk kat aku jugak. Semua kartun yang kau follow, aku da terpengaruh sama. Contoh : Upin Ipin, Boboi Boy, Wonderpets, Dora The Explorer, Spongebob, Armor Hero dan Ultraman Marcos. Ntah ape semua tu ntah. Aku ikut je. Sebab aku SAYANG kau.
Tak kisah la apa yang kau nak buat lepas ini, asalkan kau buat benda yang baik, tak malukan keluarga dan aku sentiasa support kau, sebab aku kan KAKAK. Haha. Dan kalaulah kau boleh baca dengan lancar aku hadiahkan post entry blog ini untuk kau. Semoga kau lebih mengenali aku ni sebagai kakak kau. Kau kena ingat yang apa-apa pun aku buat, cakap padan kau, itu adalah nasihat dan tunjuk ajar aku sebagai kakak. Tak ada niat nak ambil kesempatan langsung. Thanks sebab jadi adik aku yang baik lagi comel macam aku. Haha. Aku SAYANG kau, papa dan mama..!! :)
*kau comel sebab rambut kau tu*
*aku comel sebab aku memang comel :)*
Sekian sahaja nukilan aku untuk kau. Aku SAYANG kau, Puteri Nur Aleeya binti Kamaruzaman. Salam.
No comments:
Post a Comment