Assalammualaikum wbt.
Lama sangat tak update blog ni. Hehe. Bila sibuk baca blog orang lain, terpandang blog sendiri yang semakin berhabuk ni. Saje nak cerita pasal isu sekarang. Apa isunya? Perkahwinan atau Marriage. Macam pro sangat je nak cerita pasal kahwin ni. Tidaklah pro tapi nak jugak komen sikit-sikit.
Apa yang aku tahu tentang perkahwinan ialah tanggungjawab, kasih sayang dan masa. 3 perkara yang aku rasa penting jugak bila masuk ke alam perkahwinan ni. Gaya macam dah masuk kan? Bukan, ini cuma pendapat seorang wanita atau gadis yang masih single. Haha. Kenapa aku choose 3 element ni? Ada sebabnya, takkan aku suka-suka je nak choose kan?
Sebab pertama, TANGGUNGJAWAB. Responsibility? Bila dah masuk alam perkahwinan ni, yang paling utama ialah tanggungjawab. Dua orang yang membuat penyatuan hati melalui perkahwinan ini mempunyai tanggungjawabnya sendiri. Wahhh..ayat kan? Haha. Bak kata Imam Muda Nazrul, bila terucap je akad nikah yang mudah tu, 'Aku terima nikahnya ..... dengan mas kahwin .... ' jatuhlah beban tanggungjawab ke atas bahu masing-masing wanita dan lelaki. Iaitu sang suami dan isteri. Masing-masing pikul tanggungjawab sendiri. Suami ada tanggungjawabnya, isteri pun ada tanggungjawab. Bukan suami je ada tanggungjawab, isteri pun ada tau. Lagi-lagi bila dah ada zuriat. Ini lain ceritanya...tak mau cerita yang ni.
Yang kedua, KASIH SAYANG. Yeah..!! Bab berkasih sayang ni aku tak berapa nak tahu lah. Sebab tak pernah mengalaminya. Bab kasih sayang ni, senang cerita, apa yang aku tahu. Kedua belah pihak harus pandai membahagikan kasih sayang dengan pasangan dan keluarga. Jangan sibuk berkasih sayang dengan pasangan, lupa pada keluarga. Apapun, letakkan keluarga di tempat yang pertama. Kenapa? Okay, tanya diri semula, asal dari mana? Lahir dari perut siapa? Siapa yang besarkan kita? Siapa yang bagi makan minum semua? Baru dapat tahu jawapan sebenarnya. Am I right? Tapi, apapun berkasih sayang bukanlah kekal selamanya macam tu je. Kadangkala ada juga ranjaunya dalam alam perkahwinan ni. So, bergantung pada pasangan itu bagaimana mereka menyerapkan kasih sayang dan mengekalkannya. Hoyeah..!!
The last one is MASA. Kenapa aku pilih masa? Sebab aku rasa bab masa ni agak berkait dengan kasih sayang dan tanggungjawab. Pertama, apabila kita pikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri bukan sahaja kena pikul tanggungjawab, ada juga yang yang kena pikul tanggungjawab sebagai pelajar, pekerja dan sebagainya. Jadi pembahagian masa oleh individu itu penting. Jangan beratkan sesuatu pihak sahaja. Balance kan ia. Dan yang paling penting, hargai setiap saat bersama yang kita gunakan. Jangan persiakan ia kerana setiap saat yang dibazirakan akan kita kesal pada esok hari.
Itu sahaja cerita-cerita kosong dari aku pasal perkahwinan. Bukanlah hebat sangat nak cerita, tapi tahulah sikit-sikit. Okaylah, cukuplah sampai sini. Pada yang akan melangsungkan perkahwinan, Selamat Pengantin Baru. Dan pada yang sudah berkahwin, Semoga Berbahagia. Dan pada yang masih single, 'Enjoy Your Single Life..!!'
Sekian. Salam. :)
2 comments:
Huaaa... pasal kahwin lak erk?
hahahaha! nk komen pon, xde pengalaman.
Besh2 ;D
Haha, ye..yang lain bakal menyusul..ini hanya apa yang aku rasa..pendapat seorang manusia biasa.. :)
Post a Comment