09 January 2012

Persahabatan vs Cinta

Assalammualaikum wbt.

Sedang dikala stress menjawab soalan calculus bersama kawan aku, Najwafatima Yusaini. Tetiba aku teringan dengan kata-kata kawan aku dulu.

  'Jangan nak bestfren sangat la dengan lelaki tu, kang tak pasal kau sangkut dengan dia.'

Betul ke? Korang rasa apa? Aku rasa tak pun. Sebab aku ada bestfren lelaki jugak. Tak sangkut pun. Rilex je. Haha.

Tapi kan disebalik kata-kata tu aku terkesima jugak sebab ramai orang cakap betul. Survey aku sendiri la. Tapi kan, tak semestinya. Kalau kita ikhlas berkawan dengan dia dan betul-betul anggap dia kawan, kita takkan menyerah pada nafsu kita. Kan? Tapi kan, aku ada terjumpa satu quotes..



Bila aku baca quotes ni, aku terkesima. Haha. Betul ke? Kemungkinan dalam quotes tu sendiri buat aku takut. Tapi takkan lah. Aku ikhlas berkawan dengan dia, aku memang nak jadi kawan dia sampai akhir hayat. Dia sentiasa dalam doa aku. Dia sentiasa ada dalam hati aku sebagai kawan baik aku bukan kekasih.

Later, aku berharap dia akan dapat wanita yang baik macam dia dalam hati dia. Aku tahu dia pun harapkan benda yang sama. Aku dengan dia terlalu baik dan sangat baik. Sukar nak cakap kalau aku menyerah pada diri aku sendiri. Sebab aku memang anggap dia sebagai kawan aku. Tak pernah kau fikir yang dia tu ialah kekasih aku. Jauh dari sudut fikiran aku. Aku pun pernah terfikir macam mana kalau aku ada hati kay dia? Tapi aku sentiasa jawab, 'Fara, dia bestfren kau je. Jangan perasan..!!'


Bagi aku persahabatan aku tak boleh dicampur, tolak, darab, bahagi dengan cinta aku. Persahabatan aku dengan kawan-kawan aku sukar dinilai. Allah je yang tahu. Keikhlasan dalam persahabatan perlulah lebih banyak ratio nya kalau dicompared dengan percintaan. Jadi, bagi aku persahabatan adalah segala-galanya untuk aku selagi aku tak jumpa yang betul-betul cinta hati aku yang Allah dah sediakan.

Jadi, persahabatan aku dan dia akan tetap jadi persahabatan dan sukar untuk bertukar menjadi percintaan. Moga-mogalah. Semoga persahabatan aku dan dia kekal hinggan ke akhir hayat sekalipun. Insyaallah.

Sekian sahaja dari saya yang ntah kenapa jiwang sangat malam ni. Salam. :)

1 comment:

Ikhtiar Pemuda said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...