Lama jugak tak update blog ni. Lama tak lama la. Macam-macam cerita yang terbaru kan kita dengar. Isu semasa bukan main banyak lagi kita baca di dada-dada akhbar, kita lihat di televisyen dan dengar di radio. Contohnya kes terbaru ni, tentang tersebarnya khabar tentang pelajar cemerlang Malaysia, Nur Amalina Che Bakri yang dapat 17A1 dalam SPM 2004. Mula-mula aku baca berita tu melalui facebook. Ternampak ada seorang kawan post dekat wall group. Menarik perhatian aku untuk ikuti berita seterusnya sebab aku dah anggap Kak Amalina tu as idol aku la. Pandai kot.
Aku pun baca punya baca. Dan pada mulanya aku tak berapa faham apa motif mereka menyebarkan gambar-gambar Kak Amalina ni. Then, aku pun ikuti lah. Sampai aku terbaca satu artikel ni. SINI. Barulah aku faham kenapa. Tapi aku baca mula-mula tak ada perasaan. Then aku pun telefon lah mama aku. Saat ni barulah aku faham apa perasaan mak Kak Amalina ni. Kata mama,
'Kalau mama berada ditempat mak dia pasti mama akan rasa benda yang sama. Sedih hati seorang ibu bila mengetahui tentang anaknya difitnah sebegitu. Kita pun tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Mungkin mak di tahu anaknya bagaimana dan sememangnya Allah lebih mengetahui segalanya. Kakak yang belajar hanya kat dalam Malaysia pun mama risau apatah lagi diluar negara sana.'
Bila aku dengar mama cakap macam tu, baru aku faham apa perasan seorang ibu. Secara jujurnya, aku memang jadikan Kak Amalina sebagai idola aku. Aku kagum dengan dia. Sampai saat ini pun aku sukar nak percaya dengan berita yang dikhabarkan itu. Memang betul apa yang dikhabarkan oleh Kak Amalina, bahawa beliau tahu menjaga batas pergaulan dan sebagainya. Dan aku juga percaya tanggungjawab yang digalas olehnya amatlah besar. Jika aku berada ditempatnya juga aku merasakan benda yang sama.
Walaupun berita tentang Kak Amalina telah meluas disebarkan tapi aku percaya dia sendiri dapat mengatasinya. Sebagai seorang yang matang dan bertanggungjawab, pastinya Kak Amalina dapat mengatasi masalah tersebut. Aku disini yang hanya insan kerdil yang memiliki keinginan untuk jadi seperti itu mendokan yang terbaik untuk akak-akak dan abang-abang serta kawan-kawan yang berada di luar negara agar selamat dari segala tomahan dan ujian. Insyaallah.
Satu lagi, aku bertambah kagum bila aku baca,
Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.
Waa..bertambah kagum aku dengan Kak Amalina. Insyaallah. Doa seorang ibu untuk anaknya tak putus-putus akan menguatkan lagi semangat Kak Amalina di sana. Insyaallah. Disini aku akhiri post ni dengan gambar-gambar orang cemerlang kelahiran Malaysia.
SPM 2004, Nur Amalina |
SPM 2006, Siti Fatimah |
SPM 2007, Azali Azlan |
Sekian. Salam. :)
2 comments:
Masa aku tau benda ni pun macam gila shock, tapi housemate aku cite Kak Amalina ni memang tak pakai tudung pun. So aku macam ohh. Then bukan hak kita la nak sibuk2 hal dia kan. Huhu.
yup2.adalah lebih baik kita tak menilai baik buruk orang.nasihat itu boleh tapi biar kena dengan caranya.heh
Post a Comment