Dah seminggu lebih aku tak update blog kan? Bosan. Tak ada idea nak update blog ni. Cuma aku nak list out je ape aktiviti aku semasa cuti yang singkat ni. Aku rasa singkat lah sebab cuti aku kena curi dengan Mr Suksis. Hooo..jahat..!!
Meh sini aku list out aktiviti semasa cuti. Aku start cuti semester 1 ni 21 Januari 2012. Aku balik dengan BFF aku, Shakira dan kawan aku lagi sorang ni, Shakila. Naik bas dari Kuantan. Alhamdulillah, ada insan mulia tolong hantar ke Terminal Kuantan tu pagi-pagi buta. Terima kasih pada En Faizal yang hensem. Hehe. Aku tak sempat shot ape-ape gambar pun sebab semua kelam kabut. Pergi breakfast dengan cik abang dan rakan-rakan. Then, naik bas kul 9.30pagi. Tinggalkan cik abang hensem kat Kuantan. Macam-macam lah aku buat dalam bas. Makan, tidur, karoke, tengok movie. Haha. Dalam kul 2ptg aku sampai Shah Alam.
Mulalah cuti yang amat singkat ini. 21-23 Januari tu aku tidur kat Kuala Selangor, rumah makcik aku. Ada kenduri kawin cousin aku. Berkampung lah kat situ. Jumpalah sedara-mara semua. Lama tak jumpa kan. Semua terkejut tengok aku kat situ. Diorang semua cakap,
'Kakak, dah kurus lah. Tapi makin gelap. Takpe, inspektor kan?'
Inspektor la sangat kan... :) |
Adik-adik kecil yang berangan nak kawin. Haha |
Inspektor la sangat. Baru tahap satu. Hehe. Okay, sambung. 24 Januari tu pergi Gombak pulak melawat makcik aku dan keluarganya yang kena chicken chop pops. Ha..!! Seram aku tengok. Haha. Anyway, dah alang-alang jalan tu, kitorang meronggeng lah pergi KL. Dan yang happy is, jumpa semua orang, Mak long, Pak long, Uda, Angah, Abg Ngah, Alang dan dua anak buahku, Syira dan Dina. Hehe. Suke..!!
Syira comel macam mak long dia..!! |
Then, sambung lagi cuti aku tu. 25 Januari tu, family aku ajak pergi mandi manda kat PD, ala..Port Dickson. Kitorang pergi check in dalam pukul 3ptg, makan tengah hari then jalan-jalan sekitar PD je. Kebetulan pergi dengan pakcik aku sekali. So, memang banyak la makan. Hehe. Tidur PD kat Tiara Beach Resort satu malam. Aku bawak laptop nak abeskan tengok runningman. Memang khatam lah sampai episode 78. Then, pagi esok tu baru pergi mandi manda kat kolam bawah tu. RM20 untuk dewasa. Pagi tu aku jalan-jalan dulu dengan ayah aku. Jogging and naik basikal ronda resort. Then, baru mandi manda kat kolam. Memang release tension lah senang cerita. Woo..bertambah hitam jangan cakap lah. Haiyoo.. Okay, dekat PD satu gambar pun aku tak shot. Malas..!! Haha.
Then, lepas zuhur check out then balik rumah. Mulalah kehidupan dirumah macam biasa. Makan, tidur, solat, makan lagi, tengok tv, dan yang penting kurang facebook dan lebih runningman. Haha. Duduk rumah sampai hari ni. Cuma berjalan-jalan sekitar Banting, Nilai dan Putrajaya je. Tak keluar jauh pun dari negeri Selangor ni. Dan yang paling best is tak keluar langsung dengan kawan-kawan. Haha. Jimat duit. Duit sibuk belanja family je. Hehe.
Duduk rumah, bukan sekadar makan tidur je. Belajar masak sekali. Masak laksa, soto, cocktail, kek, cookies. Semua pun belajar. Sedap? Memang lah. Dan bosnya mama, mestilah sedap. Hehe. Dan amazingly, balik rumah ni, aku tak jejak lagi kaki dekat Mc Donald, KFC dan Pizzat Hut Banting. Semua kalau makan kat luar, semua makan kedai melayu je. Haha. Tak makan pun western food ni. Haha.
Itu je yang aku buat sepanjang cuti ni. Agak membosankan sebab aku tak bersosial sangat. Just duduk rumah dan putihkan muka. Hehe. Dah putih sikitlah muka aku ni. Nanti balik kampus, gelap balik gara-gara Mr Suksis. Huhu. Anyway, semester 2 dah tiba. Akan mula belajar dan belajar. Dan mulalah tak cukup tidur dan sebagainya. Hehe
Okaylah. Penat dah cerita ni. Nak stop dulu maghrib sudah. Okay, last..!! Saya rindu awak lah awak..!! Awww...malu... :)
Sekian. Salam.
1 comment:
memang nampak membosankan...hahha
Post a Comment