Assalammualaikum wbt.
Terajin lah pulak nak update blog kan. Haha. Okay, tak nak cerita banyak. Cuma nak bagitahu yang semalam result final exam semester 1 keluar. So, semua warga UMP bergesa-gesa lah tengok result dekat Ecommunity tu. Sampai jammed jadinya. Walhal aku yang tenang ni, masih tenang dan tenang. Malas nak sentuh Ecomm sebenarnya. Tapi, sentuh lah jugak. Sentuh je Mr Ecomm tu mulalah. Error saja. Benci tau.
Then, cuba lagi. Setiap jam aku cuba. Tapi dalam sejam percubaan hanya sekali sahaja. Hihi. Then, bila fail je main game. Facebook pula memang sibuk dengan post-post warga UMP yang stress la ecomm buat hal. Memang daripada registration subject macam tu. So, memang tak leh duga pon Mr Ecomm tu.
Then, dalam pukul 7 macam tu aku cuba lah nasib. Tapi aku tak pakai google chrome atau mozilla. Aku pakai IE (Internet Explorer). Betapa kunonya pakai bendaalah tu. Haha. Cuba dan cuba dengan bacaan bismillah sikit. Poppppp...keluar..!! Alhamdulillah. Keluar. Dia tulis.
'KB - Kedudukan Baik'
Haish..rasa sedih lah pulak. Kenapa tak kedudukan cemerlang. Hoho. Nak dekan..!! Tapi apa kan daya. Itu sahaja yang mampu. Usaha sendiri kan. Tak apa, sikit je lagi hendak ke situ. So, kena lah improve untuk dapat dean list lepas ni. Kawan-kawan lain semua alhamdulillah jugak. Ramai yang expect aku dean list, tak lah. Subject 'tu' spoil lah. Yang lain semua ok. Semua B ke atas je. Huhu. Sedih betul lah. Takpe, mungkin ada hikmah disebalik semuanya kan.
Apapun yang aku dapat this semster is my effort. So, kalau nak improve dan dapat 4 rata kenalah struggle. So, struggle lah next sem. Belajar dengan orang-orang yang pandai ye fara. Hehe. So, Semester 2, ready..!! I will go for it. Insyaallah.
Okaylah, itu sahaja yang dapat saya sampaikan. Lastly, alhamdulillah. Syukur sangat pada Allah kerana rezeki yang melimpah ruah itu. Sekian. Salam. :)
No comments:
Post a Comment