29 January 2012

Perkahwinan :)

Assalammualaikum wbt.

Lama sangat tak update blog ni. Hehe. Bila sibuk baca blog orang lain, terpandang blog sendiri yang semakin berhabuk ni. Saje nak cerita pasal isu sekarang. Apa isunya? Perkahwinan atau Marriage. Macam pro sangat je nak cerita pasal kahwin ni. Tidaklah pro tapi nak jugak komen sikit-sikit.

Apa yang aku tahu tentang perkahwinan ialah tanggungjawab, kasih sayang dan masa. 3 perkara yang aku rasa penting jugak bila masuk ke alam perkahwinan ni. Gaya macam dah masuk kan? Bukan, ini cuma pendapat seorang wanita atau gadis yang masih single. Haha. Kenapa aku choose 3 element ni? Ada sebabnya, takkan aku suka-suka je nak choose kan?

Sebab pertama, TANGGUNGJAWAB. Responsibility? Bila dah masuk alam perkahwinan ni, yang paling utama ialah tanggungjawab. Dua orang yang membuat penyatuan hati melalui perkahwinan ini mempunyai tanggungjawabnya sendiri. Wahhh..ayat kan? Haha. Bak kata Imam Muda Nazrul, bila terucap je akad nikah yang mudah tu, 'Aku terima nikahnya ..... dengan mas kahwin .... ' jatuhlah beban tanggungjawab ke atas bahu masing-masing wanita dan lelaki. Iaitu sang suami dan isteri. Masing-masing pikul tanggungjawab sendiri. Suami ada tanggungjawabnya, isteri pun ada tanggungjawab. Bukan suami je ada tanggungjawab, isteri pun ada tau. Lagi-lagi bila dah ada zuriat. Ini lain ceritanya...tak mau cerita yang ni.


Yang kedua, KASIH SAYANG. Yeah..!! Bab berkasih sayang ni aku tak berapa nak tahu lah. Sebab tak pernah mengalaminya. Bab kasih sayang ni, senang cerita, apa yang aku tahu. Kedua belah pihak harus pandai membahagikan kasih sayang dengan pasangan dan keluarga. Jangan sibuk berkasih sayang dengan pasangan, lupa pada keluarga. Apapun, letakkan keluarga di tempat yang pertama. Kenapa? Okay, tanya diri semula, asal dari mana? Lahir dari perut siapa? Siapa yang besarkan kita? Siapa yang bagi makan minum semua? Baru dapat tahu jawapan sebenarnya. Am I right? Tapi, apapun berkasih sayang bukanlah kekal  selamanya macam tu je. Kadangkala ada juga ranjaunya dalam alam perkahwinan ni. So, bergantung pada pasangan itu bagaimana mereka menyerapkan kasih sayang dan mengekalkannya. Hoyeah..!!


The last one is MASA. Kenapa aku pilih masa? Sebab aku rasa bab masa ni agak berkait dengan kasih sayang dan tanggungjawab. Pertama, apabila kita pikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri bukan sahaja kena pikul tanggungjawab, ada juga yang yang kena pikul tanggungjawab sebagai pelajar, pekerja dan sebagainya. Jadi pembahagian masa oleh individu itu penting. Jangan beratkan sesuatu pihak sahaja. Balance kan ia. Dan yang paling penting, hargai setiap saat bersama yang kita gunakan. Jangan persiakan ia kerana setiap saat yang dibazirakan akan kita kesal pada esok hari.


Itu sahaja cerita-cerita kosong dari aku pasal perkahwinan. Bukanlah hebat sangat nak cerita, tapi tahulah sikit-sikit. Okaylah, cukuplah sampai sini. Pada yang akan melangsungkan perkahwinan, Selamat Pengantin Baru. Dan pada yang sudah berkahwin, Semoga Berbahagia. Dan pada yang masih single, 'Enjoy Your Single Life..!!'

Sekian. Salam. :)

11 January 2012

Allah Saja Yang Tahu :)

Asslammualaikum wbt.


Lama jugak tak update blog ni. Lama tak lama la. Macam-macam cerita yang terbaru kan kita dengar. Isu semasa bukan main banyak lagi kita baca di dada-dada akhbar, kita lihat di televisyen dan dengar di radio. Contohnya kes terbaru ni, tentang tersebarnya khabar tentang pelajar cemerlang Malaysia, Nur Amalina Che Bakri yang dapat 17A1 dalam SPM 2004. Mula-mula aku baca berita tu melalui facebook. Ternampak ada seorang kawan post dekat wall group. Menarik perhatian aku untuk ikuti berita seterusnya sebab aku dah anggap Kak Amalina tu as idol aku la. Pandai kot.


Aku pun baca punya baca. Dan pada mulanya aku tak berapa faham apa motif mereka menyebarkan gambar-gambar Kak Amalina ni. Then, aku pun ikuti lah. Sampai aku terbaca satu artikel ni. SINI. Barulah aku faham kenapa. Tapi aku baca mula-mula tak ada perasaan. Then aku pun telefon lah mama aku. Saat ni barulah aku faham apa perasaan mak Kak Amalina ni. Kata mama,


'Kalau mama berada ditempat mak dia pasti mama akan rasa benda yang sama. Sedih hati seorang ibu bila mengetahui tentang anaknya difitnah sebegitu. Kita pun tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Mungkin mak di tahu anaknya bagaimana dan sememangnya Allah lebih mengetahui segalanya. Kakak yang belajar hanya kat dalam Malaysia pun mama risau apatah lagi diluar negara sana.'

Bila aku dengar mama cakap macam tu, baru aku faham apa perasan seorang ibu. Secara jujurnya, aku memang jadikan Kak Amalina sebagai idola aku. Aku kagum dengan dia. Sampai saat ini pun aku sukar nak percaya dengan berita yang dikhabarkan itu. Memang betul apa yang dikhabarkan oleh Kak Amalina, bahawa beliau tahu menjaga batas pergaulan dan sebagainya. Dan aku juga percaya tanggungjawab yang digalas olehnya amatlah besar. Jika aku berada ditempatnya juga aku merasakan benda yang sama. 

Walaupun berita tentang Kak Amalina telah meluas disebarkan tapi aku percaya dia sendiri dapat mengatasinya. Sebagai seorang yang matang dan bertanggungjawab, pastinya Kak Amalina dapat mengatasi masalah tersebut. Aku disini yang hanya insan kerdil yang memiliki keinginan untuk jadi seperti itu mendokan yang terbaik untuk akak-akak dan abang-abang serta kawan-kawan yang berada di luar negara agar selamat dari segala tomahan dan ujian. Insyaallah.

Satu lagi, aku bertambah kagum bila aku baca, 

Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.

Waa..bertambah kagum aku dengan Kak Amalina. Insyaallah. Doa seorang ibu untuk anaknya tak putus-putus akan menguatkan lagi semangat Kak Amalina di sana. Insyaallah. Disini aku akhiri post ni dengan gambar-gambar orang cemerlang kelahiran Malaysia.


SPM 2004, Nur Amalina


SPM 2006, Siti Fatimah


SPM 2007, Azali Azlan

Sekian. Salam. :)

09 January 2012

Persahabatan vs Cinta

Assalammualaikum wbt.

Sedang dikala stress menjawab soalan calculus bersama kawan aku, Najwafatima Yusaini. Tetiba aku teringan dengan kata-kata kawan aku dulu.

  'Jangan nak bestfren sangat la dengan lelaki tu, kang tak pasal kau sangkut dengan dia.'

Betul ke? Korang rasa apa? Aku rasa tak pun. Sebab aku ada bestfren lelaki jugak. Tak sangkut pun. Rilex je. Haha.

Tapi kan disebalik kata-kata tu aku terkesima jugak sebab ramai orang cakap betul. Survey aku sendiri la. Tapi kan, tak semestinya. Kalau kita ikhlas berkawan dengan dia dan betul-betul anggap dia kawan, kita takkan menyerah pada nafsu kita. Kan? Tapi kan, aku ada terjumpa satu quotes..



Bila aku baca quotes ni, aku terkesima. Haha. Betul ke? Kemungkinan dalam quotes tu sendiri buat aku takut. Tapi takkan lah. Aku ikhlas berkawan dengan dia, aku memang nak jadi kawan dia sampai akhir hayat. Dia sentiasa dalam doa aku. Dia sentiasa ada dalam hati aku sebagai kawan baik aku bukan kekasih.

Later, aku berharap dia akan dapat wanita yang baik macam dia dalam hati dia. Aku tahu dia pun harapkan benda yang sama. Aku dengan dia terlalu baik dan sangat baik. Sukar nak cakap kalau aku menyerah pada diri aku sendiri. Sebab aku memang anggap dia sebagai kawan aku. Tak pernah kau fikir yang dia tu ialah kekasih aku. Jauh dari sudut fikiran aku. Aku pun pernah terfikir macam mana kalau aku ada hati kay dia? Tapi aku sentiasa jawab, 'Fara, dia bestfren kau je. Jangan perasan..!!'


Bagi aku persahabatan aku tak boleh dicampur, tolak, darab, bahagi dengan cinta aku. Persahabatan aku dengan kawan-kawan aku sukar dinilai. Allah je yang tahu. Keikhlasan dalam persahabatan perlulah lebih banyak ratio nya kalau dicompared dengan percintaan. Jadi, bagi aku persahabatan adalah segala-galanya untuk aku selagi aku tak jumpa yang betul-betul cinta hati aku yang Allah dah sediakan.

Jadi, persahabatan aku dan dia akan tetap jadi persahabatan dan sukar untuk bertukar menjadi percintaan. Moga-mogalah. Semoga persahabatan aku dan dia kekal hinggan ke akhir hayat sekalipun. Insyaallah.

Sekian sahaja dari saya yang ntah kenapa jiwang sangat malam ni. Salam. :)

06 January 2012

200th Follower

Assalammualaikum wbt.

Yeay..!! Tunggu punya tunggu follower ke 200 tak muncul-muncul jugak. 3 hari jugak aku tunggu, dan akhirnya...ku dapat..yeah..!! Malas nak promote sangat blog ni sebab tak ada apa-apa pun. Just suka-suka je. Dan kalau ada yang rasa tanggungjawab nak berkongsi apa-apa ilmu, aku kongsi lah. Hehe.

Okay, sempena follower yang 200 ni dah follow blog yang tak seberapa ni. Aku nak review sikit lah blog dia. Tadaaaa...ni blog Ainunul Khalilah..aikk..?? Adik dorm aku waktu kat SBPI Selandar, Melaka dulu. Haish. Mana dia dapat cekau blog aku ni. Penat aku main rahsia-rahsia. Ni dia Please be Happy.

Please be Happy..!!

1st review aku untuk blog orang. Haha. Okay, pertamanya, blog adik aku ni, boleh tahan la. Mencabar jugaj kewibawaan aku sebagai blogger. Dia masuk dunia blogging 2011 maybe. Aku tak tanya, tapi aku stalk blog dia. Menarik. Banyak motivation keatas dirinya. Mungkin, dia buat blog untuk suka-suka. Tapi aku suka cara dia berblogging. Banyak kisah dia, kawan-kawan dan family. Senang cerita, dia ni hanya nak cerita apa yang kena mengena dengan dia je. Haha.

Next, memandangkan dia dah berjaya follow akak dia ni, aku pon follow la dia. Dan insyaallah bakal follow sehingga bila-bila. Nak jugak dengar cerita pasal sekolah. Haha. Dia suka cerita pasal sekolah. Menarik perhatian aku untuk kembali ke sekolah. Haha.Rindu pulak rasanya pada adik-adik lain. :'(

Okay, sampai situ sahaja lah. Jika ada follower ke 300 aku review lah lagi. Jika ada lah. Jika tak ada, apa mahu buat. Redha je. Ayat tak boleh bla. Okay, sampai sini sahaja, blog review.

Sekian sahaja dari saya yang sedang rest daripada belajar calculus. Salam. :)

02 January 2012

Pengalaman Mengajar Aku :')

Assalammualaikum wbt.

Apa yang jadi antara aku dan 'dia' terlampau sukar untuk aku cakap. Kadang-kadang aku terfikir kenapa perlu terjadi benda-benda macam tu dalam hidup aku. Kadang-kadang aku rasa tak perlu pun terjadi. Tak mudah nak suka atau minat kat orang lain. Macam aku jugak, aku mudah suka dan mudah membenci jika terjadi perkara yang aku tak suka. Lagi-lagi jika benda tu kena mengena dengan perasaan aku. Aku pasti, semua orang pun pasti akan terasa jugak bila hati dan perasaan dia dimainkan.

Dalam kes aku, aku tak menyalahkan dia. Mungkin aku terlalu berharap dan menunggu 'dia'. Sedangkan 'dia' tak pernah pun peduli tentang aku. Apapun yang berlaku diantara kami sebelum ni, aku akan lupakan. Biarlah ianya menjadi sejarah persahabatan. Pengharapan aku jadi macam sampah je. Aku tak kisah pun actually, tapi sakitnya Allah je tahu.

Aku sentiasa dimotivasikan dengan kata-kata ini,

'Bukan semua yang kita nak, Allah akan beri. Sebab Allah lebih tahu akan kebaikan dan keburukannya. Jadi, Allah beri yang lebih baik dari itu.'

Jadi, aku redha apa yang Allah tentukan. Mungkin kau diciptakan hanya untuk menjadi kawan aku. Bukan pasangan aku. Aku masih bersyukur sebab kau masih diciptakan untuk aku sebagai kawan aku. Aku redha sebab mungkin Allah dah sediakan yang lebih baik dari aku untuk kau. Dan mungkin juga, kau terlalu baik dan sempurna. Tidak sesuai dengan aku yang masih banyak kekurangan ini. 

Aku redha kau dah dapatkan yang lebih baik dari aku. Aku bersyukur sebab kau mampu dan layak dapat yang lebih baik dari aku. Sebab aku tahu aku banyak kekurangan dan amatlah tidak sesuai dibandingkan pilihan kau. Apapun, aku doakan kau dengan dia bahagia bersama. Aku redhakannya. Moga Allah sediakan yang layaknya untuk aku. Terima kasih sebab pernah jadi kawan yang baik untuk aku. Terima kasih banyak-banyak.

Siapapun 'dia' yang aku maksudkan bukanlah satu tanda tanya. Apa yang aku harapkan ialah dia bahagia dengan pilihan dia. Tahniah sekali lagi. :')

*entry tanpa gambar sebab sedang touching.*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...