06 October 2011

Is About Friendship

Assalammualaikum wbt.

Malam ni jam 2.04am. Aku tak tidur lagi, sebab siapkan assignment yang agak berlambak. Macam-macam ade. Technical English ada, Technical Drawing ada, Calculus ada, Statics ada. Maklumlah dah masuk minggu ke 4 kat UMP. So, macam-macam lah kan. Malam ni bukan nak cerita pasal assignment pun. Nak cer pasal seseorang ni.

Siapa? Aku lah. Aku dapat rasakan aku ialah seorang yang lain bila aku masuk U ni. Kenapa? Sebab aku rasa aku semakin mementingkan persahabatan. Macam yang bagitahu pada post yang lepas, aku tak suka orang usik kawan-kawan aku. Sebab bagi aku kawan-kawan aku adalah family aku yang kedua. Ye la...aku adik beradik tak ramai. Aku yang sulung pulak, so, aku rasa kawan-kawan lah yang selalu akan berada di samping aku. Aku bukan cakap aku membelakangkan family aku. Bukan, tapi dalam situasi ni, kawan lebih penting. Mana nak cari family kat sini bila sakit? Kawan jugak kita cari...

Apa yang berbeza? First sekali, aku dah mula menjinakkan diri aku study group. Dulu aku memang tak suka study group. Bagi aku, aku lebih suka study sorang-sorang. Tapi disebabkan study sorang-sorang aku akan termenung then tidur, baik aku study ramai-ramai kan...Actually, ini bermula dengan rancangan yang tidak dirancang sama-sekali. Tau-tau dah digelar study group. Credits to : Fifi Amin, Tetikuis Tetikas, Syafiq Saib, Safwan Shah, Nabil Mohammad, Amirul Hanafi dan Aku, Fara Fazira. Seronok. Kitorang banyak kongsi pengalaman, skill, ilmu. Macam-macam ada. Kitorang masing-masing tak kedekut ilmu. Tak segan bertanya. Alhamdulillah semua berjalan lancar je. Suka study group saya..!!

Secondly, sejak berstudy group dan mementing persahabatan ni, aku punya bilik...hamboi..bukan main bersepah lagi. Bukan malas nak kemas, tak ada masa. Bila kemas je, bersepah balik. So, macam tu lah. Study group je kan...meja pun macam hape ntah. Lantak lah kan. Apa jadi pun, asalkan aku bahagia. Haha. Yang paling terkesan ialah sifat malas aku makin bertambah dari hari ke hari. Macam orang tak terurus dah. Baju pun basuh 3 hari sekali. Makan jangan cakap lah, tak menentu langsung. Kadang-kadang sehari tu tak makan langsung. Lantaklah. Mandi pun sama jugak, malam baru aku mandi. Ntah ape kene ntah. Malas sungguh. Nak kata banyak kerja, baru minggu ni je. Mungkin minggu-minggu lepas aku nak catchup yang aku  tak faham. So, banyak masa aku study je then latihan. Jaranglah nak outing-outing sangat ni.

Dah berhari tak kemas...
Last but not least. Sifat persahabatan terserlah bila, aku malas nak fikir langsung pasal boyfriend ni. Orang kata, masuk U kene ada boyfriend. Meh sini aku betulkan. Bukan wajib pun. Allah tak suruh pun. Perlu ke boyfriend? Tak perlu. bagi aku tak perlu, cukup lah kawan-kawan aku yang menceriakan hidup aku. Family aku yang menyokong dan beri aku kasih sayang. Aku tak perlukan kasih sayang dari yang belum sah jadi suami aku pun. Kannnn..ganas tak?? Haha. lagipun, buat apa nak ber'boyfried' sangat ni. Tak perlu pun. Kawan kan ramai. Lagi best kawan dari ada yang special tapi belum tentu jadi suami kita. Kannn??

Jangan berani try ye...!!
Begitulah aku di sini. Stay cool macam kawan aku apycool. Haha. Apa-apa pun, aku suka life universiti aku. Happy..!! Banyak kawan. Senior? Belum mula rapat. Insyaallah akan datang. Nantikan kemunculannya. Haha. Yang penting, aku seronok ada kawan-kawan aku yang sungguh memahami aku. Thanks korang. Sayang korang..!!

Sekian dari saya yang amat merindui rakan-rakan saya yang berada jauh dari saya :)

Muhasabah diri dan renungkan apa kekurangan kita setiap hari. Salam. :))

9 comments:

Ku Azhar said...

calculus?? trauma!!! hehehe

A'an said...

Study group kakak sorang je ke pompuan?

Farah Fazira said...

ku azhar : calculus syokkk...

a'an : tak lah..2 orang pompuan..

shida said...

he3...kne njoy saat2 dgn member2 kat uni...shida dh final sem..arghhh...lg 3 bln jer..
mst best kan de mmber stdy grup..:)

nnt makin senior makin saling memerlukan each other~~

Farah Fazira said...

ouh ye ke?? hurm...i think so..sbb fara actually tak suka study group..ni bru first time aktif semacam...

mizz_pua said...

best laa..bljr calculus...

Farah Fazira said...

belajar calculus memang best...tapi blaja statics lagi best...smpai first kuiz ponn dpt telur...heheheh

Mior Syabab said...

bestnye study group cik kak oii...hehe :)

Farah Fazira said...

best wey...dah macam keluarga dah..hahah..siap ada papa lagi..yeah..ramai abg aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...