Dah alang-alang sakit gigi ni dan tak boleh nak berkata-kata kan...aku tulis je lah. Hehe. Okay, tajuk macam over kan? Haha. Actually aku terdapat beberapa idea daripada blogger yang bernama SajeSukaCerita. Erkk..nape nama macam tu? Ntah. Jangan tanya aku. The point is, before you read my blog, please read her/his blog first.
Apa yang korang terfikir bila korang tengok gambar-gambar tu? Ada tak terfikir macam aku fikir?
- Hebatnya wanita.....
- Kenapa wanita Islam tak macam tu (semangat juang yang tinggi) ?
- Kenapa Allah tak buka hati mereka untuk peluk Islam? So, mereka dapatlah pahala jihad.
- Kalau kat Malaysia ada macam tu, aku nak masuk. Boleh tak?
Itulah beberapa soalan yang terpacul kat pemikiran aku. Tapi mampukah aku? Aku kalau kat Malaysia ni ada macam tu, aku tak sambung degree aku kat UMP ni. Aku masuk tentera. Berjuang demi negara dan agama aku. Memanglah orang kata belajar pun jihad. Tapi sejauh mana jihad kita tu? Pada yang istiqamah tu, ok lah. Tapi iman manusia ni berubah kan. So, no wonder lah jihad kita yang belajar ni boleh tukar menjadi jihad yang langsung tak ikhlas. Kan???
Cuba fikir sejenak. Sanggup tak korang jadi macam tu? Aku sanggup, sebab aku suka aktiviti outdoor. Aku suka pada challenges. Tapi, cuba korang fikir, tak semua wanita sanggup kan. Bukan wanita je, kalau tanya lelaki pun ada yang tak sanggup. Lagi-lagi kerja macam tu have a high risk. Hurm..tapi, kalau diberi aku peluang, aku grab. Tamau sambung degree ni. Penat..!! Lagi bagus, if jihad ke jalan Allah yang seterusnya menaikkan semula nama Islam.
Dulu kannn...aku pernah lah cakap dengan mama aku yang aku nak jadi tentera. Tak kira lah darat ke laut ke. Hampirrrrr berjaya dan disokong oleh papa aku, tapi mama tak kasi. Bila aku tanya kenapa?? Mama jawab ni.
Kerja tentera ni lasak, kakak tak boleh. Kerja tentera ni sibuk, nanti kakak tak ada masa nak jumpa mama. Kerja tentera ni bahaya, boleh bawak kepada kematian, nanti kakak tinggalkan mama kat dunia ni.
Is all about IF. Tapi aku tak berapa sokong. Sebab kalau TAK jadi tentera,
- Kakak habiskan duit mama and papa untuk degree, master and Phd.
- Kakak habiskan duit mama and papa untuk belanja semua.
- Kalau kakak jadi engineer yang sibuk, tak dapat jugak jumpa mama.
- Kalau kakak tak istiqamah dalam belajar, tak ada keberkatan jihad belajar kakak, ma...
Tapi....now, aku redha je aku macam ni. Walaupun aku kecewa, kehendak aku tak pernah diikuti, tapi aku bersyukur jugak sebab aku pun berjihad jugak. Ada mama dan papa yang menyokong jihad aku. Heee..apapun, aku memang teringin nak jadi tentera/askar/polis...heee..dah berjaya dah pun...aku lah KOR SUKSIS UMP. Hee..at least ada hikmah disebalik semuanya.
Sekian sahaja dari saya yang sakit gigi. Salam. :)
No comments:
Post a Comment