Selamat pagi cikgu..!! Hehe. Gurau je. Hari Ahad mana sekolah kan...?? Okay, first of all kat sini aku nak mintak maaf banyak-banyak before topik sebenar aku kupas. Actually, aku cuba ceriakan hidup aku pagi-pagi ni. Tapi malangnya aku sangat lah emotional. Huhu. Okay, kembali kepada topik yang sebenar.
Macam nilah muka aku pagi-pagi. |
Aku bukan nak bukak pekung orang pagi-pagi yang indah ini. Tapi aku cuma nak luahkan. Kalaulah 'dia' boleh baca blog aku yang comel loteh ni, *merapu* alangkah bagusnya kan. Tapi apakan daya hamba. Huhu. Tacing..!! Okay, actually adalah berlaku sedikit krisis. Cuba korang bayangkan jika diri korang cuba membantu tetapi hasilnya korang tidak dihargai. Apakah perasaan sayu korang rasa?
Macam ni, senang cerita. Topik sebenar ialah diri yang tidak dihargai. Highlight..!!
Diri Yang Tidak Dihargai.
Aku bukanlah nak tacing pagi-pagi ni. Tapi cuba korang bayangkanlah diri korang tak dihargai. Puas pujuk rayu, cakap baik-baik, ajak lembut-lembut. Tak makan saman. Okay, aku benci orang yang degil nak MAMPUS..!! Aku rasa semua orang ada sifat degil, tapi cuba kita fikir secara rasional. Benda yang remeh tak perlu kita besarkan. Hanya benda sekecil kuman, nak beritahu semua orang, Satu blok, satu universiti. Bagitahulah..!!
Bagi aku lah. Kau panas baran, aku panas baran. Tapi cuba kau fikir sikit, kau tu dah dewasa. Dah matang, hidup dengan orang sekeliling yang matang. Kau anak sulung, takkan kau nak jadi macam budak-budak. Hanya kerana masalah kecil kau besar-besarkan. Tak faham aku. Lepas tu, kau tak hargai pengorbanan orang-orang yang cuba memahami kau. Penat lelah tau tak??
Memang lah kau cakap, tak payah caring kat aku and whatsoever. Tapi, disebabkan kitorang ni masih punya hati perut, ada sifat kasih sayang tu. Kitorang caring kat kau...!! Bodoh lah kau..!! Salah orang yang kecil tu kau boleh nampak, yang buat baik ni kau ada nampak?? Bodoh kau tau tak bodoh. Okay. Bagi aku tenang sikit.
Aku tak kisah kau tak hargai aku sebagai kawan kau. Tapi jangan kecilkan hati kawan-kawan aku yang dah caring kat kau. Yang ambil tahu pasal kau. Aku pantang betullah orang usik kawan-kawan aku. Kau tahu tak, diorang semua dah kecil hati dengan kau. Tak dihargai..!! Dah aku taknak cakap banyak.
Setiap orang ada sifat marah dia. Tapi kalau kita marah tak tentu pasal tanpa fikir sedikit pun tentang Pencipta kita, ALLAH. Memang hanyut punyalah. Ingatlah. Tak kemana pun marah tu. Nanti yang lembutkan hati kau, ALLAH jugak. Ada syaitan yang bagi kau marah tu nak lembutkan hati kau? Ada? Kalau ada, bagitahu aku. Lagi satu, kalau nak ikutkan marah memang matilah hati aku. Aku pun panas baran jugak, degil jugak. Tapi fikir secara rasionallah. Jangan ikut perasaan.
Sampai bila nak buat perangai yang tak matang tu. Selesaikan masalah secara profesional lah. Musyawarah lagi bagus. Bincang baik-baik. Cakap apa tak puas hati. Kan senang, tapi masalahnya bila syaitan nirrajim tu dah kuasai diri kita, memang yang ESA pun kita tak fikir. Kan?? Apapun, fikirkanlah.
Musyawarah jalan terbaik. |
Aku bukan cakap aku baik, sempurna, tak pandai marah or whatsoever. Tapi aku sayang kat kau. Sayang kau sebagai kawan aku. Aku nak kau ubah perangai kau yang tak sepatutnya tu. Jadi seorang yang matang. Bukan buat perangai yang tak rasional langsung. Ingat pada yang Esa pun cukuplah if kau tak ingat pada kawan-kawan kau.
Okay, tamatkan sesi emotional disini. Huh..!! Alhamdulillah. Lega lepas dapat luahkan. Hehe. Sekian sahaja dari saya yang penat emosi tak tentu pasal. :)
Pesanan penaja : Yang baik ialah, lambat marah, cepat reda.
Laa taggdob..!! |
Sama-sama kita renungkan. Salam.
3 comments:
fuh!!! fuh!!! hehehe..sabor...sabor...
tu lah..sabo la nih..kalau tak sabo dah lama ku bunuh je budak tu...hihihi
sabar itu separuh daripada iman..
Post a Comment