25 October 2011

1 Hati 1 Jiwa Kor Suksis UMP

Assalammualaikum wbt.

Aku tak mau banyak cakap. Serius, aku rindu orentation camp SUKSIS. Banyak kawan, pengalaman, senior yang baik. Perghhh....sukaneka terbaik. Okay, cer check out gambar-gambar sekitar 3 hari bersama 1 Hati 1 Jiwa Kor Suksis UMP.

Credits to my group member, BRAVO. Abg Azhar, Abg Shahrul, Abg Hakim, Abg Yunus, Kak Effa, Kak Mira, Kak Adnin, Kak Nurul, Maryam, Piya, Mieyrul, Farkhan dan Amaran.

First night di Gambang

LDK 1, pengenalan moto group

Bravo do the Abjad Manusia, ROZAIMI

3 BFF :  Hazizi, Fara, Shakira

BRAVO..!! Saturday night..

KMS'ians. Reunion beb..

Junior BRAVO...

Roommate KMS terchenta..!! <3


Sekian sahaja perkongsian kegembiraan saya. Serius..nak main sukaneka lagi..huhu.. Moto group BRAVO, One for ALL, ALL for one tercapai apabila kami semua dapat menjulang nama bravo. Dapat number 3 keseluruhan beb..perghhh..hebat nya bravo.. 'Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa' identiti group BRAVO. 

Go Bravo..!!

Sekian. Salam. :)

19 October 2011

Apa Sumbangan Wanita Islam?

Assalammualaikum wbt.

Dah alang-alang sakit gigi ni dan tak boleh nak berkata-kata kan...aku tulis je lah. Hehe. Okay, tajuk macam over kan? Haha. Actually aku terdapat beberapa idea daripada blogger yang bernama SajeSukaCerita. Erkk..nape nama macam tu? Ntah. Jangan tanya aku. The point is, before you read my blog, please read her/his blog first.

Apa yang korang terfikir bila korang tengok gambar-gambar tu? Ada tak terfikir macam aku fikir?

  1. Hebatnya wanita.....
  2. Kenapa wanita Islam tak macam tu (semangat juang yang tinggi) ?
  3. Kenapa Allah tak buka hati mereka untuk peluk Islam? So, mereka dapatlah pahala jihad.
  4. Kalau kat Malaysia ada macam tu, aku nak masuk. Boleh tak?
Itulah beberapa soalan yang terpacul kat pemikiran aku. Tapi mampukah aku? Aku kalau kat Malaysia ni ada macam tu, aku tak sambung degree aku kat UMP ni. Aku masuk tentera. Berjuang demi negara dan agama aku. Memanglah orang kata belajar pun jihad. Tapi sejauh mana jihad kita tu? Pada yang istiqamah tu, ok lah. Tapi iman manusia ni berubah kan. So, no wonder lah jihad kita yang belajar ni boleh tukar menjadi jihad yang langsung tak ikhlas. Kan???

Cuba fikir sejenak. Sanggup tak korang jadi macam tu? Aku sanggup, sebab aku suka aktiviti outdoor. Aku suka pada challenges. Tapi, cuba korang fikir, tak semua wanita sanggup kan. Bukan wanita je, kalau tanya lelaki pun ada yang tak sanggup. Lagi-lagi kerja macam tu have a high risk. Hurm..tapi, kalau diberi aku peluang, aku grab. Tamau sambung degree ni. Penat..!! Lagi bagus, if jihad ke jalan Allah yang seterusnya menaikkan semula nama Islam.

Dulu kannn...aku pernah lah cakap dengan mama aku yang aku nak jadi tentera. Tak kira lah darat ke laut ke. Hampirrrrr berjaya dan disokong oleh papa aku, tapi mama tak kasi. Bila aku tanya kenapa?? Mama jawab ni.

Kerja tentera ni lasak, kakak tak boleh. Kerja tentera ni sibuk, nanti kakak tak ada masa nak jumpa mama. Kerja tentera ni bahaya, boleh bawak kepada kematian, nanti kakak tinggalkan mama kat dunia ni.

Is all about IF. Tapi aku tak berapa sokong. Sebab kalau TAK jadi tentera,
  • Kakak habiskan duit mama and papa untuk degree, master and Phd.
  • Kakak habiskan duit mama and papa untuk belanja semua.
  • Kalau kakak jadi engineer yang sibuk, tak dapat jugak jumpa mama.
  • Kalau kakak tak istiqamah dalam belajar, tak ada keberkatan jihad belajar kakak, ma...
Tapi....now, aku redha je aku macam ni. Walaupun aku kecewa, kehendak aku tak pernah diikuti, tapi aku bersyukur jugak sebab aku pun berjihad jugak. Ada mama dan papa yang menyokong jihad aku. Heee..apapun, aku memang teringin nak jadi tentera/askar/polis...heee..dah berjaya dah pun...aku lah KOR SUKSIS UMP. Hee..at least ada hikmah disebalik semuanya.

Sekian sahaja dari saya yang sakit gigi. Salam. :)

4th Wordless Wednesday

Assalammualaikum wbt.



Tiada apa aktiviti pun dapat dibuat kecuali tidur. Tidur pun masih memikirkan gigi bongsuku ini. :(

13 October 2011

Perlu ke?

Assalammualaikum wbt.


Entry ini akan bercerita tentang perlukah DIA ada dalam hidup kita? Dia yang aku maksudkan ialah kekasih hati jantung, intan payung, berlian and so on. Perlukah dia dalam hidup kita? Ulang lagi kan? Ha....perlu tak? Pendapat aku, bukan tak perlu tapi belum perlu. Means, bukan masanya lagi nak berkasih-kasihan. Terlalu lah awal. Baca ayat ni,



"..janganlah kamu menghampiri zina"

(surah Al-isra' ayat 32)


Sedangkan yang Esa pun melarang kita menghampiri zina. Siapa kita untuk melawan hukumnya? Berkuasakah kita. Menghampiri zina pun Allah marah inikan zina. Tahu tak couple tu sudah dikira menghampiri zina. Pernah ada orang tanya aku.

Situasi 1

Orang : Fara, hang tak pernah couple ke?
Fara : Pernah. Kenapa?
Orang : Oh. Hang kata couple tu haram. Menghampiri zina tu haram. Allah tak suka. Tapi yang hang dok couple tu awatnya?
Fara : Itu dulu. Sekarang aku dah tak couple dah. Aku tannak menghampiri zina. Takut akan azab Allah. Dosa aku yang lain pun belum tentu Allah ampunkan. Hang couple ka sekarang?
Orang : Ha la....aku sayang lah kat dia Fara. Cam mana hah? Dosakah aku?
Fara : Dosa hang tau dak. Dosa besar. Kan dah cakap tadi, couple tu menghampiri zina.
Orang : Thanks fara ingatkan.

Situasi 2

Orang : Fara, hang takdak boyfriend ka? Nanti nak kawin macam mana?
Fara : Takdak. Kawin? Kawin je lah.
Orang : Ada ka orang nak kat hang, kalau hang tak couple?
Fara : Ada. Jodoh aku Allah dah tentukan. Mesti ada. Tamau lah couple...
Orang : Abes tu?
Fara : Aku nak orang yang suka kat aku tu terus masuk meminang aku kalau dia betul-betul ikhlas kat aku. Kan lebih diberkati. Betul tak?
Orang : Betul. Aku pun nak macam tu lah. 

Situasi 3

Orang : Fara, hang takdak ka minat sesapa?
Fara : Minat? Semua kawan lah. Awatnya?
Orang : Takdaklah. Aku tengok hang ni single memanjang ja.
Fara : Ha lah. Abes tu macam mana?
Orang : Couple lah.
Fara : Single lagi bagus. Sebab couple tu haram hang tau dak? Dosa. Tamau aku. Insaf sudah...
Orang : Ya ka? Okay. Alasan munasabah.

Okay, conclusion. Bukan aku membenci manusia yang couple or ada kekasihan. Cuma aku benci kenapa kita perlu ada attitude tu. Benda tu macam lumrah. Macam amalan. Ntah. Percaya atau tidak, bila orang tak couple dia macam satu kepelikan untuk mereka yang couple. Bagi aku biasa je. Kenapa perlu couple? Tak perlu pun. Single lagi seronok. 

Okay, sekian. Salam.

*entry tanpa gambar. Maaf jika bosan membaca.*

07 October 2011

Give and Take

Assalammualaikum wbt.

Entry ni pendek tapi bermakna. Korang pernah tak berkorban untuk orang lain? Dan korang pernah tak mengambil kesempatan di atas pengorbanan orang lain? Hurm..kedua-dua ni amatlah tak patut actually. Sebab bak kata orang putih, give and take. So, setiap orang perlu give dan take. Tak boleh give sahaja dan take sahaja.

Tapi bagi aku yang amat memntingkan persahabatan ini, aku kurang percaya give and take tu. Sebab bagi aku, kalau kita beri orang akan beri lagi kat kita. Tapi persepsi aku salah. Terlampau berkorban demi orang lain sampai aku sendiri yang terima padah. Aduh. Bukan aku mengeluh, cuma kesal. Kadang-kadang aku sedapkan jugak hati ni. Aku cakap, 'Tak apalah orang buat kita, asal jangan kita buat orang.'

Bak kata papa aku, benda tu meman betul if kita ada sifat give and take tu. Tapi masalahnya bagi aku ialah aku langsung tak ada give and take tu. Aku asyik give je. Maksud aku, aku asyik berkorban untuk kepentingan orang lain. Disebabkan aku, dia dapat nama. Macam tulah lebih kurang. Tapi aku? Hurm. Stay macam ni je. Tak  pandai-pandai jugak. Tak ada ape pun perubahan.

Papa cakap, 'Kakak, ego sikit..!!' Tapi bagi aku yang mementingkan persahabatn ni, aku tak nak lah berkira dengan kawan-kawan aku. Aku bagi sama rata. Tapelah. Allah lebih tahu kan yang benar. Moga Allah SWT bantu aku kelak. Insyaallah.

Sekian dari saya yang sedang berfikir apa kesilapan saya. :(

Salam.

*entry tanpa gambar, line internet lembab. soriiii*

06 October 2011

Is About Friendship

Assalammualaikum wbt.

Malam ni jam 2.04am. Aku tak tidur lagi, sebab siapkan assignment yang agak berlambak. Macam-macam ade. Technical English ada, Technical Drawing ada, Calculus ada, Statics ada. Maklumlah dah masuk minggu ke 4 kat UMP. So, macam-macam lah kan. Malam ni bukan nak cerita pasal assignment pun. Nak cer pasal seseorang ni.

Siapa? Aku lah. Aku dapat rasakan aku ialah seorang yang lain bila aku masuk U ni. Kenapa? Sebab aku rasa aku semakin mementingkan persahabatan. Macam yang bagitahu pada post yang lepas, aku tak suka orang usik kawan-kawan aku. Sebab bagi aku kawan-kawan aku adalah family aku yang kedua. Ye la...aku adik beradik tak ramai. Aku yang sulung pulak, so, aku rasa kawan-kawan lah yang selalu akan berada di samping aku. Aku bukan cakap aku membelakangkan family aku. Bukan, tapi dalam situasi ni, kawan lebih penting. Mana nak cari family kat sini bila sakit? Kawan jugak kita cari...

Apa yang berbeza? First sekali, aku dah mula menjinakkan diri aku study group. Dulu aku memang tak suka study group. Bagi aku, aku lebih suka study sorang-sorang. Tapi disebabkan study sorang-sorang aku akan termenung then tidur, baik aku study ramai-ramai kan...Actually, ini bermula dengan rancangan yang tidak dirancang sama-sekali. Tau-tau dah digelar study group. Credits to : Fifi Amin, Tetikuis Tetikas, Syafiq Saib, Safwan Shah, Nabil Mohammad, Amirul Hanafi dan Aku, Fara Fazira. Seronok. Kitorang banyak kongsi pengalaman, skill, ilmu. Macam-macam ada. Kitorang masing-masing tak kedekut ilmu. Tak segan bertanya. Alhamdulillah semua berjalan lancar je. Suka study group saya..!!

Secondly, sejak berstudy group dan mementing persahabatan ni, aku punya bilik...hamboi..bukan main bersepah lagi. Bukan malas nak kemas, tak ada masa. Bila kemas je, bersepah balik. So, macam tu lah. Study group je kan...meja pun macam hape ntah. Lantak lah kan. Apa jadi pun, asalkan aku bahagia. Haha. Yang paling terkesan ialah sifat malas aku makin bertambah dari hari ke hari. Macam orang tak terurus dah. Baju pun basuh 3 hari sekali. Makan jangan cakap lah, tak menentu langsung. Kadang-kadang sehari tu tak makan langsung. Lantaklah. Mandi pun sama jugak, malam baru aku mandi. Ntah ape kene ntah. Malas sungguh. Nak kata banyak kerja, baru minggu ni je. Mungkin minggu-minggu lepas aku nak catchup yang aku  tak faham. So, banyak masa aku study je then latihan. Jaranglah nak outing-outing sangat ni.

Dah berhari tak kemas...
Last but not least. Sifat persahabatan terserlah bila, aku malas nak fikir langsung pasal boyfriend ni. Orang kata, masuk U kene ada boyfriend. Meh sini aku betulkan. Bukan wajib pun. Allah tak suruh pun. Perlu ke boyfriend? Tak perlu. bagi aku tak perlu, cukup lah kawan-kawan aku yang menceriakan hidup aku. Family aku yang menyokong dan beri aku kasih sayang. Aku tak perlukan kasih sayang dari yang belum sah jadi suami aku pun. Kannnn..ganas tak?? Haha. lagipun, buat apa nak ber'boyfried' sangat ni. Tak perlu pun. Kawan kan ramai. Lagi best kawan dari ada yang special tapi belum tentu jadi suami kita. Kannn??

Jangan berani try ye...!!
Begitulah aku di sini. Stay cool macam kawan aku apycool. Haha. Apa-apa pun, aku suka life universiti aku. Happy..!! Banyak kawan. Senior? Belum mula rapat. Insyaallah akan datang. Nantikan kemunculannya. Haha. Yang penting, aku seronok ada kawan-kawan aku yang sungguh memahami aku. Thanks korang. Sayang korang..!!

Sekian dari saya yang amat merindui rakan-rakan saya yang berada jauh dari saya :)

Muhasabah diri dan renungkan apa kekurangan kita setiap hari. Salam. :))

02 October 2011

Diri Yang Tidak Dihargai

Assalammualaikum wbt.

Selamat pagi cikgu..!! Hehe. Gurau je. Hari Ahad mana sekolah kan...?? Okay, first of all kat sini aku nak mintak maaf banyak-banyak before topik sebenar aku kupas. Actually, aku cuba ceriakan hidup aku pagi-pagi ni. Tapi malangnya aku sangat lah emotional. Huhu. Okay, kembali kepada topik yang sebenar.

Macam nilah muka aku pagi-pagi.


Aku bukan nak bukak pekung orang pagi-pagi yang indah ini. Tapi aku cuma nak luahkan. Kalaulah 'dia' boleh baca blog aku yang comel loteh ni, *merapu* alangkah bagusnya kan. Tapi apakan daya hamba. Huhu. Tacing..!! Okay, actually adalah berlaku sedikit krisis. Cuba korang bayangkan jika diri korang cuba membantu tetapi hasilnya korang tidak dihargai. Apakah perasaan sayu korang rasa?

Macam ni, senang cerita. Topik sebenar ialah diri yang tidak dihargai. Highlight..!!

Diri Yang Tidak Dihargai.

Aku bukanlah nak tacing pagi-pagi ni. Tapi cuba korang bayangkanlah diri korang tak dihargai. Puas pujuk rayu, cakap baik-baik, ajak lembut-lembut. Tak makan saman. Okay, aku benci orang yang degil nak MAMPUS..!! Aku rasa semua orang ada sifat degil, tapi cuba kita fikir secara rasional. Benda yang remeh tak perlu kita besarkan. Hanya benda sekecil kuman, nak beritahu semua orang, Satu blok, satu universiti. Bagitahulah..!!

Bagi aku lah. Kau panas baran, aku panas baran. Tapi cuba kau fikir sikit, kau tu dah dewasa. Dah matang, hidup dengan orang sekeliling yang matang. Kau anak sulung, takkan kau nak jadi macam budak-budak. Hanya kerana masalah kecil kau besar-besarkan. Tak faham aku. Lepas tu, kau tak hargai pengorbanan orang-orang yang cuba memahami kau. Penat lelah tau tak??

Memang lah kau cakap, tak payah caring kat aku and whatsoever. Tapi, disebabkan kitorang ni masih punya hati perut, ada sifat kasih sayang tu. Kitorang caring kat kau...!! Bodoh lah kau..!! Salah orang yang kecil tu kau boleh nampak, yang buat baik ni kau ada nampak?? Bodoh kau tau tak bodoh. Okay. Bagi aku tenang sikit.

Aku tak kisah kau tak hargai aku sebagai kawan kau. Tapi jangan kecilkan hati kawan-kawan aku yang dah caring kat kau. Yang ambil tahu pasal kau. Aku pantang betullah orang usik kawan-kawan aku. Kau tahu tak, diorang semua dah kecil hati dengan kau. Tak dihargai..!! Dah aku taknak cakap banyak.

Setiap orang ada sifat marah dia. Tapi kalau kita marah tak tentu pasal tanpa fikir sedikit pun tentang Pencipta kita, ALLAH. Memang hanyut punyalah. Ingatlah. Tak kemana pun marah tu. Nanti yang lembutkan hati kau, ALLAH jugak. Ada syaitan yang bagi kau marah tu nak lembutkan hati kau? Ada? Kalau ada, bagitahu aku. Lagi satu, kalau nak ikutkan marah memang matilah hati aku. Aku pun panas baran jugak, degil jugak. Tapi fikir secara rasionallah. Jangan ikut perasaan. 

Sampai bila nak buat perangai yang tak matang tu. Selesaikan masalah secara profesional lah. Musyawarah lagi bagus. Bincang baik-baik. Cakap apa tak puas hati. Kan senang, tapi masalahnya bila syaitan nirrajim tu dah kuasai diri kita, memang yang ESA pun kita tak fikir. Kan?? Apapun, fikirkanlah. 

Musyawarah jalan terbaik.

Aku bukan cakap aku baik, sempurna, tak pandai marah or whatsoever. Tapi aku sayang kat kau. Sayang kau sebagai kawan aku. Aku nak kau ubah perangai kau yang tak sepatutnya tu. Jadi seorang yang matang. Bukan buat perangai yang tak rasional langsung. Ingat pada yang Esa pun cukuplah if kau tak ingat pada kawan-kawan kau. 

Okay, tamatkan sesi emotional disini. Huh..!! Alhamdulillah. Lega lepas dapat luahkan. Hehe. Sekian sahaja dari saya yang penat emosi tak tentu pasal. :)

Pesanan penaja : Yang baik ialah, lambat marah, cepat reda. 

Laa taggdob..!!

Sama-sama kita renungkan. Salam. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...