Saya kembali..!! Haha. Nak cerita ni. Semalam, Sabtu 3 November, macam biasalah latihan sabtu sabtu kan. Tapi the special on this Saturday is kami anggota-anggota SUKSIS Tahap 2 dan 3 pergi menembak. Tahap 2 menembak guna Revolver 3.8 dan Tahap 3 menembak guna M16. Wuhuuu..tembak tembak..kahkahkah..
Punya lah semangat kan nak cerita ni. Tempat menembak kami tu dekat Kem PGA Bukit Galing. Dekat area Kuantan jugak lah. Kalau dari Gambang dalam 45 minit dah sampai la. Pagi-pagi gerak dalam pukul 7.30. Then 45 minit lepas tu sampai la. Siap sesat-sesat lagi kan. Haha.
Lepas je sampai tu, ada taklimat sikit dari Tuan Samad, then, breakfast and lastly taklimat keselamatan dari pegawai bertugas kat situ. Kami pun dengar la dengan semangat ni. Benda keselamatan yang sama dicakapkan semula oleh pegawai tersebut. Masing-masing dah buat muka faham dan aku yakin, masing masing dah excited nak menembak. First time la katakan.
Lepas tu, tahap masing-masing pergilah ke tempat lapang sasar masing-masing. Muka dah excited, nama dalam detail masing-masing dah isi. Kebetulan aku dan kawan-kawan Pekanku satu detail. Semangat tak terkira ni. Aku duduk dalam Detail 3 Lorong 6. Semangat kau kat tengah-tengah alam.
Lapang Sasar untuk menembak Revolver |
Lepas breakfast, muka happy dapat makan free |
Kawan-kawan excited nak menembak |
We are on one detail, 'Pekanians' kecuali hujung sebelah kiri |
Lepas tembak sana tembak sini. Erm..macam biasa lah tembak sana tembak sini, macam kau hebat kan. Tersasar je banyak. Tapi tak terkilan sebab it's our first time. Its normal okay? Kalau korang berada ditempat kami, lagi la. Dengan tak ada basic menembak, main hentam keromo je kan. Last-last berapa peluru yang kena pada target? Aku punya? Ntah, rahsia. Wahaha. For your information, kitorang diberi 20 butir peluru. Tembak 10 peluru dalam keadaan berdiri dan 10 butir lagi dalam keadaan melutut. Ha...kau..!! macam polis sebenar tak? Haha.
Dan lepas tembak menembak tu, ade la suara-suara sumbang, 'Macam mana nak tembak penjenayah ni. Satu pun tak kena.' Haha. Dalm hati redha ni cakap, 'Ala..first time la. Chill la.' Tapi, apa yang penting bagi kami ialah pengalaman dan usaha keras kami untuk menembak tu walaupun tak tau apa-apa. Hihi
Lepas tu tak tau nak buat apa, kitorang pun bergambar sakan dengan camera cun, boyfriend kesayangan saya (D5100). Hehe.
Kami, PEKANIANS..!! |
Akak akak cun PEKAN..!! |
Abang abang hensem PEKAN..!! |
Hampir kesemua anggota Tahap 2 perempuan SUKSIS |
Separuh dari anggota Tahap 2 lelaki SUKSIS |
Kami warga SUKSIS UMP Tahap 2 with our JL, En Zul :) |
And last but not least, kami sebagai anggota SUKSIS UMP Tahap 2 berbangga dengan pencapaian kami sendiri mahupun didalam Skuad 5 sendiri. Apa yang boleh dikatakan disini ialah semangat kami bersama memajukan SUKSI UMP dan menaikkan nama Skuad 5 sendiri. Insyaallah. Hari ini bukan sekadar tembak tembak bang bang sahaja tapi ialah pengalaman dan kerjasama kami sehingga ke akhir serat komitmen. Diharapkan after this adelah aktiviti khas untuk Tahap 2 je. Dan diharapkan kita satu Skuad 5 dapat kekal macam ni sehingga tauliah nanti. Baru great..!! Because me have a nice memory with you all. :)
Aku jugak sebagai salah seorang anggota SUKSIS Tahap 2 ni, tak apa yang boleh dikatakan kecuali aku suka hubungan sosial yang macam ni. Bekerja dalam satu kumpulan dan masing-masing ada komitmen sendiri. Aku kagum dengan semangat yang ada dan harap dapat tauliah bersama-sama yang lain. Insyaallah tahun 2014.
Last but not least,
Special untuk Mr Handsome..!! (natural ni tau, candid) |
Sekian. Terima kasih. Have a nice day after baca post ni :)
No comments:
Post a Comment