21 November 2012

20 tahun sudah..!!

Assalammualaikum wbt.

Lama pulak tak story morry kat blog ni kan. Hehe. Tak ada apa pun nak cerita cuma nak kongsilah sedikit cerita flow sepanjang hari yang bermakna bagi diri aku sendiri iaitu 16 NOVEMBER 2012, hari kelahiran aku yang ke 20 tahun.

Tiada apa pun cerita yang menarik cuma hari bahagia tersebut dikongsi bersama dengan keluarga tercinta. Hari yang biasa sebab malam sebelum birthday aku tu, aku baru sahaja pulang dari Muadzam, Pahang. Pergi melawat nenek dan atuk sedara aku kat sana. Letih jugak badan, jadi aku tidur la awal. Dalam pukul 11 malam, 15 November aku dah tidur dah. Nak dijadikan cerita dalam pukul 0011 aku dapat satu mesej dari seseorang yang aku rapat.


"SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 20 CIK FARAH FAZIRA..
MOGA AWAK PANJANG UMUR DAN DISAYANGI SELALU" 


Aku baca dalam keadaan yang mamai, lepas tu aku bangun nak ke toilet. Belum sempat bukak pintu bilik, seseorang tu dah call aku. Aku pun angkat la panggilan tu dengan suara yang bangun tidur. Dia tak kasi aku tidur, dia suruh aku bangun dan bersembang dengannya. Ok, jom..!! Dalam sejam setengah lepas tu, best friend aku pulak mesej. Aku pun dah alang-alang tengah berjaga, aku call la dia. 

Then, pada pagi tu kebetulan hari Jumaat papa yang kejutkan aku dengan nyanyian 'Allah selamatkan kamu.' Terharu tak terhingga, menangis jugak aku masa tu. Then, mulalah sesi sedih-sedihan dan bebelan, nasihat dan tunjuk ajar. Then, hadiah..!! Wahh...terharu, pagi-pagi dah ada orang kejut dan bagi hadiah. Papa kata tahun ni papa cuti sempena birthday aku. Excited + terharu. Lepas aku mandi siap-siap, aku dapat mesej dari mummy yang tersayang pulak.


"Selamat hari jadi kakak. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Janji ya belajar sungguh-sungguh. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan tinggal solat dan sentiasa doakan mama dan papa. Jadi anak yang baik ya."


Lepas aku dapat mesej tu, aku terus pergi cari mama dan peluk mama. Hanya ucapan terima kasih sahaja yang mampu aku ucapkan. Pagi tu, aku pergi klinik dengan adik dan papa sebab nak check kesihatan sikit. Lepas tu, kitorang pergi la jalan-jalan. Kejap je, tengah hari tu dah balik semula ke rumah. Then, petang tu aku pun online usha usha facebook dengan wish kawan-kawan. Aku reply hampir kesemuanya. Alhamdulillah.

Petang tu jugak aku dapat hadiah dari adik aku. Dia bagi teddy bear. Namanya tommy. Mama pula bagi telekung dan papa...rahsia..Hehe. Okay, then kitorang pergi celebrate sikit-sikit. Happy jugak la masa tu. 

Alhamdulillah hari lahir yang ke 20 masih diberikan kesempatan olehNYA untuk hidup dan berbakti kepada masyarakat. Semoga aku sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki olehNYA. Insyaallah. Aku sentiasa berharap aku dapat berbakti kepada orang tuaku dahulu, then masyarakat. Aku akan cuba sedaya yang mungkin untuk success dalam life aku. Harap-harap begitulah. Insyaallah. Jika masih diberi kesempatan. Aku juga bersyukur dengan rezeki yang aku ada sekarang dan kesihatan yang baik. Juga ibu bapa yang memahami dan dia serta kawan-kawan. Terima kasih semua. Alhamdulillah sekali lagi. 


Hadiah dari adik dan mama :)

Tommy adik bagi. :)

Shakira, si best friend bagi. Kawan tommy :)

Aiman, si best friend bagi :) 


* Si dia tak bagi lagi hadiah. Huhu :(

Itu sahaja cerita dari saya yang baru sahaja menjejaki umur 20 tahun. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...