29 November 2012

Induksi Suksis Kembali Lagi

Assalammualaikum wbt.

Taknak cerita banyak dalam post ni. Cuma nak beritahu bahawasanya kami anggota Suksis berinduksi menyambut kedatangan adik-adik junior. Ini adalah sepanjang kami berinduksi di Pantai Balok, Kuantan.


exercise dulu pagi-pagi


sempat lagi tu...


semangat tetap ada walaupun muka macam tettt..


senior tahap 3 :)


abang pengarah program, Arif Budiman



kawan2ku selepas selesai ber'treasure hunt'



group DANGER :)


aku ke tuh? mak haiii...


senior tahap 3. acara tiup tepung cari gula-gula



AJK sibuk berbincang



acara pas getang guna straw..menarik kan?? haha



jalan guna kaki batu..hoyeah..



bakar bakar time..!!


nampak sedap je...


ayam bakar siap untuk dimakan..!!


adik-adik junior tahap 1 lelaki..mostly PEKAN


AJK curi masa untuk menjamu selera


wahhhh bila pulak ade aiskrim ni??


DANGER here..!!


Pegawai-pegawai tauliah KOR SUKSIS


masa untuk pulang..!! :)

Nampaknya tu je la yang menarik buat masa ni. Nanti kalau ada event lagi, aku post lagi. 

Exam Lagi?

Assalammualaikum wbt.

Jadual exam cik fara dah keluar. Haaaa...suprised gila tengok. Satu hari dua subjek, tough pulak tu. Apa nak buat, redha je la. So, I decided to prepare it early. Tak adalah kelam kabut sangat nanti. Betul tak..? Nah lihat..



Begitulah. Harap-harap semester kali ni dapat buat yang lebih baik dari sem lepas. Insyaallah :)

21 November 2012

20 tahun sudah..!!

Assalammualaikum wbt.

Lama pulak tak story morry kat blog ni kan. Hehe. Tak ada apa pun nak cerita cuma nak kongsilah sedikit cerita flow sepanjang hari yang bermakna bagi diri aku sendiri iaitu 16 NOVEMBER 2012, hari kelahiran aku yang ke 20 tahun.

Tiada apa pun cerita yang menarik cuma hari bahagia tersebut dikongsi bersama dengan keluarga tercinta. Hari yang biasa sebab malam sebelum birthday aku tu, aku baru sahaja pulang dari Muadzam, Pahang. Pergi melawat nenek dan atuk sedara aku kat sana. Letih jugak badan, jadi aku tidur la awal. Dalam pukul 11 malam, 15 November aku dah tidur dah. Nak dijadikan cerita dalam pukul 0011 aku dapat satu mesej dari seseorang yang aku rapat.


"SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 20 CIK FARAH FAZIRA..
MOGA AWAK PANJANG UMUR DAN DISAYANGI SELALU" 


Aku baca dalam keadaan yang mamai, lepas tu aku bangun nak ke toilet. Belum sempat bukak pintu bilik, seseorang tu dah call aku. Aku pun angkat la panggilan tu dengan suara yang bangun tidur. Dia tak kasi aku tidur, dia suruh aku bangun dan bersembang dengannya. Ok, jom..!! Dalam sejam setengah lepas tu, best friend aku pulak mesej. Aku pun dah alang-alang tengah berjaga, aku call la dia. 

Then, pada pagi tu kebetulan hari Jumaat papa yang kejutkan aku dengan nyanyian 'Allah selamatkan kamu.' Terharu tak terhingga, menangis jugak aku masa tu. Then, mulalah sesi sedih-sedihan dan bebelan, nasihat dan tunjuk ajar. Then, hadiah..!! Wahh...terharu, pagi-pagi dah ada orang kejut dan bagi hadiah. Papa kata tahun ni papa cuti sempena birthday aku. Excited + terharu. Lepas aku mandi siap-siap, aku dapat mesej dari mummy yang tersayang pulak.


"Selamat hari jadi kakak. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Janji ya belajar sungguh-sungguh. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan tinggal solat dan sentiasa doakan mama dan papa. Jadi anak yang baik ya."


Lepas aku dapat mesej tu, aku terus pergi cari mama dan peluk mama. Hanya ucapan terima kasih sahaja yang mampu aku ucapkan. Pagi tu, aku pergi klinik dengan adik dan papa sebab nak check kesihatan sikit. Lepas tu, kitorang pergi la jalan-jalan. Kejap je, tengah hari tu dah balik semula ke rumah. Then, petang tu aku pun online usha usha facebook dengan wish kawan-kawan. Aku reply hampir kesemuanya. Alhamdulillah.

Petang tu jugak aku dapat hadiah dari adik aku. Dia bagi teddy bear. Namanya tommy. Mama pula bagi telekung dan papa...rahsia..Hehe. Okay, then kitorang pergi celebrate sikit-sikit. Happy jugak la masa tu. 

Alhamdulillah hari lahir yang ke 20 masih diberikan kesempatan olehNYA untuk hidup dan berbakti kepada masyarakat. Semoga aku sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki olehNYA. Insyaallah. Aku sentiasa berharap aku dapat berbakti kepada orang tuaku dahulu, then masyarakat. Aku akan cuba sedaya yang mungkin untuk success dalam life aku. Harap-harap begitulah. Insyaallah. Jika masih diberi kesempatan. Aku juga bersyukur dengan rezeki yang aku ada sekarang dan kesihatan yang baik. Juga ibu bapa yang memahami dan dia serta kawan-kawan. Terima kasih semua. Alhamdulillah sekali lagi. 


Hadiah dari adik dan mama :)

Tommy adik bagi. :)

Shakira, si best friend bagi. Kawan tommy :)

Aiman, si best friend bagi :) 


* Si dia tak bagi lagi hadiah. Huhu :(

Itu sahaja cerita dari saya yang baru sahaja menjejaki umur 20 tahun. 

04 November 2012

Bang Bang..tembak..!!

Assalamualaikum wbt.

Saya kembali..!! Haha. Nak cerita ni. Semalam, Sabtu 3 November, macam biasalah latihan sabtu sabtu kan. Tapi the special on this Saturday is kami anggota-anggota SUKSIS Tahap 2 dan 3 pergi menembak. Tahap 2 menembak guna Revolver 3.8 dan Tahap 3 menembak guna M16. Wuhuuu..tembak tembak..kahkahkah..

Punya lah semangat kan nak cerita ni. Tempat menembak kami tu dekat Kem PGA Bukit Galing. Dekat area Kuantan jugak lah. Kalau dari Gambang dalam 45 minit dah sampai la. Pagi-pagi gerak dalam pukul 7.30. Then 45 minit lepas tu sampai la. Siap sesat-sesat lagi kan. Haha.

Lepas je sampai tu, ada taklimat sikit dari Tuan Samad, then, breakfast and lastly taklimat keselamatan dari pegawai bertugas kat situ. Kami pun dengar la dengan semangat ni. Benda keselamatan yang sama dicakapkan semula oleh pegawai tersebut. Masing-masing dah buat muka faham dan aku yakin, masing masing dah excited nak menembak. First time la katakan.

Lepas tu, tahap masing-masing pergilah ke tempat lapang sasar masing-masing. Muka dah excited, nama dalam detail masing-masing dah isi. Kebetulan aku dan kawan-kawan Pekanku satu detail.  Semangat tak terkira ni. Aku duduk dalam Detail 3 Lorong 6. Semangat kau kat tengah-tengah alam.


Lapang Sasar untuk menembak Revolver


Lepas breakfast, muka happy dapat makan free


Kawan-kawan excited nak menembak



We are on one detail, 'Pekanians' kecuali hujung sebelah kiri


Lepas tembak sana tembak sini. Erm..macam biasa lah tembak sana tembak sini, macam kau hebat kan. Tersasar je banyak. Tapi tak terkilan sebab it's our first time. Its normal okay? Kalau korang berada ditempat kami, lagi la. Dengan tak ada basic menembak, main hentam keromo je kan. Last-last berapa peluru yang kena pada target? Aku punya? Ntah, rahsia. Wahaha. For your information, kitorang diberi 20 butir peluru. Tembak 10 peluru dalam keadaan berdiri dan 10 butir lagi dalam keadaan melutut. Ha...kau..!! macam polis sebenar tak? Haha.

Dan lepas tembak menembak tu, ade la suara-suara sumbang, 'Macam mana nak tembak penjenayah ni. Satu pun tak kena.' Haha. Dalm hati redha ni cakap, 'Ala..first time la. Chill la.' Tapi, apa yang penting bagi kami ialah pengalaman dan usaha keras kami untuk menembak tu walaupun tak tau apa-apa. Hihi

Lepas tu tak tau nak buat apa, kitorang pun bergambar sakan dengan camera cun, boyfriend kesayangan saya (D5100). Hehe. 


Kami, PEKANIANS..!!

Akak akak cun PEKAN..!!


Abang abang hensem PEKAN..!! 



Hampir kesemua anggota Tahap 2 perempuan SUKSIS



Separuh dari anggota Tahap 2 lelaki SUKSIS



Kami warga SUKSIS UMP Tahap 2 with our JL, En Zul :)

And last but not least, kami sebagai anggota SUKSIS UMP Tahap 2 berbangga dengan pencapaian kami sendiri mahupun didalam Skuad 5 sendiri. Apa yang boleh dikatakan disini ialah semangat kami bersama memajukan SUKSI UMP dan menaikkan nama Skuad 5 sendiri. Insyaallah. Hari ini bukan sekadar tembak tembak bang bang sahaja tapi ialah pengalaman dan kerjasama kami sehingga ke akhir serat komitmen. Diharapkan after this adelah aktiviti khas untuk Tahap 2 je. Dan diharapkan kita satu Skuad 5 dapat kekal macam ni sehingga tauliah nanti. Baru great..!! Because me have a nice memory with you all. :)

Aku jugak sebagai salah seorang anggota SUKSIS Tahap 2 ni, tak apa yang boleh dikatakan kecuali aku suka hubungan sosial yang macam ni. Bekerja dalam satu kumpulan dan masing-masing ada komitmen sendiri. Aku kagum dengan semangat yang ada dan harap dapat tauliah bersama-sama yang lain. Insyaallah tahun 2014.

Last but not least, 

Special untuk Mr Handsome..!! (natural ni tau, candid)

Sekian. Terima kasih. Have a nice day after baca post ni :)

01 November 2012

November Coming..!!

Hai assalammualaikum.

Lamanya tak update blog ni. Berhabuk sangat ni. Sekian lama tinggalkan dunia blogging, kini aku kembali update blog ni. Starts now. Its NOVEMBER friend..!! So azam baru untuk November yang insyaallah bakal menjadi bulan yang paling barakah sekali dalam hidup aku. Aku akan manfaatkan sebaik-baiknya bulan November sebab aku takut aku tak sempat nak enjoy bulan kelahiran aku ke dunia ni. Hihi.


Semoga bulan ni aku lebih bersemangat nak update blog. Kembali bersemangat nak update blog. Insyaallah. Sekian. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...