26 December 2012

Souvenir dari Thailand

Assalammualaikum wbt. Hai semua.

Lama tak update blog kan? First of all, today is my mom birthday. So, here i want to wish her HAPPY BIRTHDAY to Puan Norhayati binti Mohd Sarip. May ALLAH bless you mama. Hope mama happy dan sentiasa sihat disamping kami. Mohon ampun dan maaf ye kalau ada salah silap. Hehe.

Done with it. Next, nak story lerr sikit. Minggu lepas kan depa dok pi Thailand yang ada Khidmat Komuniti tu. So, mereka-mereka semua balik ada la beli souvenir sikit untuk beta tuan puteri yang comel, comot dan chubby ni. Hehehe.

Nak lihat?

Semua hadiah yang aku dapat :)

First, ni baju Mr Dimple kasi. Haaa sama dengan baju dia. Woot woot. Haha. Tapi one thing je aku puji, dia pandai pilih baju. Tak tau la. Simple tapi cantik. Kalau aku, aku suka yang macam serabut sikit. Macam banyak corak. Tapi dia, simple and nice. Thanks awak. :)


I love Hatyai and you. :)

Next, ni pulak gajah!! Actually aku kirim gajah kat dia. Tapi orang lain yang bagi. Hehe. Ni housemate bagi. Lidia, Shakey and Wany. Thanks korang. Macam tau aku tengah kecewa tak dapat gajah dari dia. Huhu. Yeay ! Dapat jugak akhirnya. :)


Gajah putih, baru betul Thailand :)

Next...Tadaaaa. Duit yang menyerupai keychain. Eh? Terbalik eh? Hehe. Ni Hakim Z bagi. Hakim ni kawan Mr Dimple. Tak sangka, Hakim ingat kat aku. Actually aku baru je rapat dengan Hakim Z ni. Baru jugak la. Dalam 2 minggu before diorang ke Thailand. And tak sangka dia ada belikan aku something from Thailand. Hehe. Thanks Laksamana Hakim Z !!


Boleh gantung kat beg ! 

Seterusnya, pelekat kat peti ais ni Mr Dimple bagi jugak. Tapi memandangkan aku tak suka kumpul benda macam ni. So, aku bagi kat mama. Mama je yang ade hobby macam tu. Hehe. Mama tunggu eh, kakak balik nanti kakak bagi kat mama. :)


Floating Market !

Last but not least ! Pouch kecik ni. Roommate kesayangan bagi a.k.a best fren saya, Shakey! Hehe. Thanks ! Sebab purple ni my favorite colour. Love it so much !! :)


Dah seminggu dah rasmi. :)

Itu sahaja untuk kali ini. Hehe. Thank you everyone sebab bagi kenangan dari Thailand. :)

16 December 2012

Intrasuksis 2012

Assalammualaikum wbt

Hai, besua kembali. Sejak sejak ade baby D5100 ni, asyik nak amek gambar je. Seronok kan? Hehe. Semalam 15 December 2012, tak ada latihan sebab ade sesetengah anggota yang ke Thailand untuk program Khidmat Komuniti. Jadi, kami yang tertinggal disini adakan sedikit sukan Intrasuksis. Bagi menyihatkan lagi badan kami yang sedia sihat ni.

Mula-mula plan game bola tampar pagi tapi sebab hujan, kami teruskan dengan game bola jaring dan futsal. Di bawah court futsal la kami jalankan aktiviti tu. Hehe. Aku group Bravo *again*. Hmmpp. Wakil bola jaring group, memandangkan group kami tak banyak player, so aku terpaksa main. Hehe. Disebabkan tak bawak baby pagi tu, so pakai handphone je amek gambar. Ni gambar untuk pagi tu.

bestfren saya, Wardah :)


Skuad tahap 2 yang tinggal kat UMP :)


Dalam jam 1 kami rehat la. Masa tu mula-mula lah rasa sakit badan bagai. Ye la, mana tak nya, main netball tu, jatuh sana jatuh sini. Rebut bola la katakan. Tapi normal lah kan, permainan. So, just enjoy. Petang tu, rehat-rehat, makan, tido, solat dan mandi. Then about 2.30pm pergi balik court bola tampar. Main bola tampar pulak. Sebab tak ada player lagi, aku main lagi. Walaupun tak tau. Haha. Fine..!! Ni gambar untuk petang. Dengan ihsan Aida Syafiqa, dia yang tolong amekkan gambar ni semua. :)


Sebelum game dimulakan.


Mr President :)

Khusyuk tengok first game, Bravo vs Alpha


Bola tampar lelaki

Macam model tak? Senior tahap 3.

Tahap 2 lelaki. Tinggal ni je?

Khusyuk tengok apa tu bang?

Haaa...sekali aku bagi. Mana bola? Cari sendiri.

Game Bravo vs Alpha


Penonton yang setia menyokong


Cik Mala :)


Penyokong-penyokong bola tampar perempuan.


Petang tu sebelum habis game, kitorang berkumpul dan masa berkumpul tu hujan. Tapi sepanjang hari tu, memang asyik hujan je. Tak best. Angin pon kuat je. Dan walaupun kami tak dapat pergi Thailand, tapi semangat kami tetap kuat. Sedikit mana pun anggota yang tertinggal kat UMP ni, tapi kami tetap bersatu. Cehh *sebenarnya jeles tak dapat ikut gi Thailand*

Okay, sekian sahaja laporan untuk Sukan Intrasuksis 2012. :)

#rindu Mr Dimple saya :'(

07 December 2012

Indahnya Jumaat

Assalammualaikum wbt

Salam jumaat. Hari ini tak tahu kenapa aku rasa tenang je. Walaupun badan tak berapa nak sihat. Otak berserabut sangat. Banyak sangat benda kena buat dalam 2 3 minggu ni. Bila semuanya nak tamat pun aku tahu la. Tapi the best thing is yang berlaku hari ini ialah...

1) Si dia teramatlah concern about me.

Aku tak tahu apa masalah aku semalam. Tapi aku ni bukan jenis yang suka mengadu kat orang kalau aku sakit. Let me keep by myself. Tapi semalam dah tahap kritikal sangat. Aku terpaksa cerita dengan dia orang yang aku percaya selain dari keluarga aku. Then, tak henti-henti telefon bunyi dia nak tanya aku okay ke tak. I'm okay la awak. Don't worry. Tapi, don't worry macam mana pun, bangun-bangun tengok ada 5 miscall. Mesej ada la 1 2 jugak. Tanya aku okay ke tak. Dan bila aku baru nak bukak mata je, handphone bunyi lagi. Rimas memang rimas sebab aku okay. Tapi dia yang terlampau concern dengan aku nak tahu sangat condition aku. So, I let him know. Cerita punya cerita dan tamat. And the end is like this,

"Jaga lah kesihatan awak baik-baik. Jangan la sakit-sakit. Saya tak nak awak sakit. Saya sayang awak. Awak jangan lah sakit, exam dah dekat ni. Kena banyak minum air. Tidur kena cukup, makan tu jangan tinggal. Jangan biar perut kosong. Link-link blog pasal kesihatan tu awak kena baca. Kalau awak malas nak bukak nanti saya printkan untuk awak. Dan one more thing, kalau awak sakit siapa yang nak bagi semangat kat saya kalau saya tak ada semangat. Ingat, jaga kesihatan awak."

Orait awak. Itu je yang aku boleh reply. Maaf, ia datang tanpa aku duga. Sakit ni bukan aku mintak pun. Just doakan aku sihat macam biasa dan boleh bertahan sampai bila-bila. Insyaallah.





2) Sir Hasnun punya nasihat yang di luar jangkaan

First thing about Dynamics is aku suka gila subjek ni. Dan aku cuba untuk tidak gagal. Aku sentiasa berusaha. Dan you know what, tadi aku ada kelas dengan sir. Okay mula-mula kelas macam biasa je. And the end, sir tetiba je bagi special advice. Tak mintak pun. HAHA

"Okay, i hope you all will pass this subject. I really hope it. Jangan repeat this subject because I will not teach anymore next year. I will continue my study on Phd. I want to concentrated to my study because if I teach I cannot focus. Mana nak buat assignment lagi, nak marking paper lagi. Banyak kerja. So, I hope you guys will score on this subject. Do a lot of exercises during weekend. Don't sleep all over the day. Remember the final exam is around the corner. So, struggle. Exam is least than one month only. Focus and focus."

Dah macam akhir of this sem je sir bagi nasihat. Padahal ade lagi 2 minggu nak jumpa sir. Hehe. Btw, sir memang comel. Hihi.



Sebab tu hari ni aku rasa bahagia je. Tenang je. Lagi-lagi hari jumaat kan? Hehe. Salam Jumaat pada semua. Tingkatkan prestasi + always think positive = Ketenangan dirasai. :)

29 November 2012

Induksi Suksis Kembali Lagi

Assalammualaikum wbt.

Taknak cerita banyak dalam post ni. Cuma nak beritahu bahawasanya kami anggota Suksis berinduksi menyambut kedatangan adik-adik junior. Ini adalah sepanjang kami berinduksi di Pantai Balok, Kuantan.


exercise dulu pagi-pagi


sempat lagi tu...


semangat tetap ada walaupun muka macam tettt..


senior tahap 3 :)


abang pengarah program, Arif Budiman



kawan2ku selepas selesai ber'treasure hunt'



group DANGER :)


aku ke tuh? mak haiii...


senior tahap 3. acara tiup tepung cari gula-gula



AJK sibuk berbincang



acara pas getang guna straw..menarik kan?? haha



jalan guna kaki batu..hoyeah..



bakar bakar time..!!


nampak sedap je...


ayam bakar siap untuk dimakan..!!


adik-adik junior tahap 1 lelaki..mostly PEKAN


AJK curi masa untuk menjamu selera


wahhhh bila pulak ade aiskrim ni??


DANGER here..!!


Pegawai-pegawai tauliah KOR SUKSIS


masa untuk pulang..!! :)

Nampaknya tu je la yang menarik buat masa ni. Nanti kalau ada event lagi, aku post lagi. 

Exam Lagi?

Assalammualaikum wbt.

Jadual exam cik fara dah keluar. Haaaa...suprised gila tengok. Satu hari dua subjek, tough pulak tu. Apa nak buat, redha je la. So, I decided to prepare it early. Tak adalah kelam kabut sangat nanti. Betul tak..? Nah lihat..



Begitulah. Harap-harap semester kali ni dapat buat yang lebih baik dari sem lepas. Insyaallah :)

21 November 2012

20 tahun sudah..!!

Assalammualaikum wbt.

Lama pulak tak story morry kat blog ni kan. Hehe. Tak ada apa pun nak cerita cuma nak kongsilah sedikit cerita flow sepanjang hari yang bermakna bagi diri aku sendiri iaitu 16 NOVEMBER 2012, hari kelahiran aku yang ke 20 tahun.

Tiada apa pun cerita yang menarik cuma hari bahagia tersebut dikongsi bersama dengan keluarga tercinta. Hari yang biasa sebab malam sebelum birthday aku tu, aku baru sahaja pulang dari Muadzam, Pahang. Pergi melawat nenek dan atuk sedara aku kat sana. Letih jugak badan, jadi aku tidur la awal. Dalam pukul 11 malam, 15 November aku dah tidur dah. Nak dijadikan cerita dalam pukul 0011 aku dapat satu mesej dari seseorang yang aku rapat.


"SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 20 CIK FARAH FAZIRA..
MOGA AWAK PANJANG UMUR DAN DISAYANGI SELALU" 


Aku baca dalam keadaan yang mamai, lepas tu aku bangun nak ke toilet. Belum sempat bukak pintu bilik, seseorang tu dah call aku. Aku pun angkat la panggilan tu dengan suara yang bangun tidur. Dia tak kasi aku tidur, dia suruh aku bangun dan bersembang dengannya. Ok, jom..!! Dalam sejam setengah lepas tu, best friend aku pulak mesej. Aku pun dah alang-alang tengah berjaga, aku call la dia. 

Then, pada pagi tu kebetulan hari Jumaat papa yang kejutkan aku dengan nyanyian 'Allah selamatkan kamu.' Terharu tak terhingga, menangis jugak aku masa tu. Then, mulalah sesi sedih-sedihan dan bebelan, nasihat dan tunjuk ajar. Then, hadiah..!! Wahh...terharu, pagi-pagi dah ada orang kejut dan bagi hadiah. Papa kata tahun ni papa cuti sempena birthday aku. Excited + terharu. Lepas aku mandi siap-siap, aku dapat mesej dari mummy yang tersayang pulak.


"Selamat hari jadi kakak. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Janji ya belajar sungguh-sungguh. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan tinggal solat dan sentiasa doakan mama dan papa. Jadi anak yang baik ya."


Lepas aku dapat mesej tu, aku terus pergi cari mama dan peluk mama. Hanya ucapan terima kasih sahaja yang mampu aku ucapkan. Pagi tu, aku pergi klinik dengan adik dan papa sebab nak check kesihatan sikit. Lepas tu, kitorang pergi la jalan-jalan. Kejap je, tengah hari tu dah balik semula ke rumah. Then, petang tu aku pun online usha usha facebook dengan wish kawan-kawan. Aku reply hampir kesemuanya. Alhamdulillah.

Petang tu jugak aku dapat hadiah dari adik aku. Dia bagi teddy bear. Namanya tommy. Mama pula bagi telekung dan papa...rahsia..Hehe. Okay, then kitorang pergi celebrate sikit-sikit. Happy jugak la masa tu. 

Alhamdulillah hari lahir yang ke 20 masih diberikan kesempatan olehNYA untuk hidup dan berbakti kepada masyarakat. Semoga aku sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki olehNYA. Insyaallah. Aku sentiasa berharap aku dapat berbakti kepada orang tuaku dahulu, then masyarakat. Aku akan cuba sedaya yang mungkin untuk success dalam life aku. Harap-harap begitulah. Insyaallah. Jika masih diberi kesempatan. Aku juga bersyukur dengan rezeki yang aku ada sekarang dan kesihatan yang baik. Juga ibu bapa yang memahami dan dia serta kawan-kawan. Terima kasih semua. Alhamdulillah sekali lagi. 


Hadiah dari adik dan mama :)

Tommy adik bagi. :)

Shakira, si best friend bagi. Kawan tommy :)

Aiman, si best friend bagi :) 


* Si dia tak bagi lagi hadiah. Huhu :(

Itu sahaja cerita dari saya yang baru sahaja menjejaki umur 20 tahun. 

04 November 2012

Bang Bang..tembak..!!

Assalamualaikum wbt.

Saya kembali..!! Haha. Nak cerita ni. Semalam, Sabtu 3 November, macam biasalah latihan sabtu sabtu kan. Tapi the special on this Saturday is kami anggota-anggota SUKSIS Tahap 2 dan 3 pergi menembak. Tahap 2 menembak guna Revolver 3.8 dan Tahap 3 menembak guna M16. Wuhuuu..tembak tembak..kahkahkah..

Punya lah semangat kan nak cerita ni. Tempat menembak kami tu dekat Kem PGA Bukit Galing. Dekat area Kuantan jugak lah. Kalau dari Gambang dalam 45 minit dah sampai la. Pagi-pagi gerak dalam pukul 7.30. Then 45 minit lepas tu sampai la. Siap sesat-sesat lagi kan. Haha.

Lepas je sampai tu, ada taklimat sikit dari Tuan Samad, then, breakfast and lastly taklimat keselamatan dari pegawai bertugas kat situ. Kami pun dengar la dengan semangat ni. Benda keselamatan yang sama dicakapkan semula oleh pegawai tersebut. Masing-masing dah buat muka faham dan aku yakin, masing masing dah excited nak menembak. First time la katakan.

Lepas tu, tahap masing-masing pergilah ke tempat lapang sasar masing-masing. Muka dah excited, nama dalam detail masing-masing dah isi. Kebetulan aku dan kawan-kawan Pekanku satu detail.  Semangat tak terkira ni. Aku duduk dalam Detail 3 Lorong 6. Semangat kau kat tengah-tengah alam.


Lapang Sasar untuk menembak Revolver


Lepas breakfast, muka happy dapat makan free


Kawan-kawan excited nak menembak



We are on one detail, 'Pekanians' kecuali hujung sebelah kiri


Lepas tembak sana tembak sini. Erm..macam biasa lah tembak sana tembak sini, macam kau hebat kan. Tersasar je banyak. Tapi tak terkilan sebab it's our first time. Its normal okay? Kalau korang berada ditempat kami, lagi la. Dengan tak ada basic menembak, main hentam keromo je kan. Last-last berapa peluru yang kena pada target? Aku punya? Ntah, rahsia. Wahaha. For your information, kitorang diberi 20 butir peluru. Tembak 10 peluru dalam keadaan berdiri dan 10 butir lagi dalam keadaan melutut. Ha...kau..!! macam polis sebenar tak? Haha.

Dan lepas tembak menembak tu, ade la suara-suara sumbang, 'Macam mana nak tembak penjenayah ni. Satu pun tak kena.' Haha. Dalm hati redha ni cakap, 'Ala..first time la. Chill la.' Tapi, apa yang penting bagi kami ialah pengalaman dan usaha keras kami untuk menembak tu walaupun tak tau apa-apa. Hihi

Lepas tu tak tau nak buat apa, kitorang pun bergambar sakan dengan camera cun, boyfriend kesayangan saya (D5100). Hehe. 


Kami, PEKANIANS..!!

Akak akak cun PEKAN..!!


Abang abang hensem PEKAN..!! 



Hampir kesemua anggota Tahap 2 perempuan SUKSIS



Separuh dari anggota Tahap 2 lelaki SUKSIS



Kami warga SUKSIS UMP Tahap 2 with our JL, En Zul :)

And last but not least, kami sebagai anggota SUKSIS UMP Tahap 2 berbangga dengan pencapaian kami sendiri mahupun didalam Skuad 5 sendiri. Apa yang boleh dikatakan disini ialah semangat kami bersama memajukan SUKSI UMP dan menaikkan nama Skuad 5 sendiri. Insyaallah. Hari ini bukan sekadar tembak tembak bang bang sahaja tapi ialah pengalaman dan kerjasama kami sehingga ke akhir serat komitmen. Diharapkan after this adelah aktiviti khas untuk Tahap 2 je. Dan diharapkan kita satu Skuad 5 dapat kekal macam ni sehingga tauliah nanti. Baru great..!! Because me have a nice memory with you all. :)

Aku jugak sebagai salah seorang anggota SUKSIS Tahap 2 ni, tak apa yang boleh dikatakan kecuali aku suka hubungan sosial yang macam ni. Bekerja dalam satu kumpulan dan masing-masing ada komitmen sendiri. Aku kagum dengan semangat yang ada dan harap dapat tauliah bersama-sama yang lain. Insyaallah tahun 2014.

Last but not least, 

Special untuk Mr Handsome..!! (natural ni tau, candid)

Sekian. Terima kasih. Have a nice day after baca post ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...