Haaa...apa cerita uolls? Meh nak cerita meh. Cuti semester 3 sudah tamat. Jadi makanya, aku sudahlah memulakan semester baru iaitu semester 4. Apa yang terjadi pada hari pertama? Sama seperti setiap semester pun. Orang yang sama. Cuma harapan yang baru, azam yang baru, spec yang baru. Eh..hehe.
Ni hah jadual semester 4. :)
As usual, mesti ada subjek killer tu. Semester ni subjek killer aku,
- Fluid Mechanics
- Manufacturing Process 1
- Manufacturing System
Cukup lah tiga final aku semester 4 ni untuk aku pulun sehabisnya. InsyaAllah. Hari pertama dimulakan dengan baik. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Moga-moga hari yang seterusnya macam itulah. Tapi apa yang penting kat sini is mental. Memang fizikal penting jugak. Tapi the most important is mental. Bak kata lecturer Techno tadi. Kena sentiasa positif. Yes ! Positive ! Semua yang positive kita kena ambil. Kalau boleh letak jauh-jauh yang negative tu.
Jadi...jom mulakan semester baru ni dengan azam yang baru dan sikap yang positive. InsyaAllah. Let's try our best. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Kita buat kerja kita, DIA buat kerja dia. InsyaAllah. ''Tiada apa yang boleh mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.''
Sekian. :)
No comments:
Post a Comment