28 February 2013

Wednesday Cycling

 Assalammualaikum wbt.

Cuba kira berapa hari dah aku tak update blog ni? Agak-agak bersawang tak? Haha. Tak mungkin. Baru je last week kan. Hari ni hari Khamis. Ya! Semua orang tahu hari ni hari Khamis. Semalam? Rabu kan? Ya! Semalam actually hari koku untuk warga UMP. Tapi kan macam tak ramai je yang beriadah semalam.

Cerita sebenarnya macam ni, mulai minggu ini kami anggota Suksis akan ada aktiviti riadah setiap petang Rabu. Hari kuliah Rabu pun kami kena pakai uniform lengkap. Segak bergaya semuanya. Apapun nak cerita pasal aktiviti riadah je sebenarnya.

Semalam, jurulatih dengan pegawai kitorang datang ke Kampus Pekan yang permai ini untuk beriadah bersama. Hoyeah! Seronok kot. Sesampai je mereka, kami terus berbaris. Cek barisan, panggil nama dan Tuan Samad pun bagi taklimat aktiviti. Kitorang akan berbasikal ke Kuala Pahang. Ambil angin dalam masa yang sama beriadah sihatkan tubuh badan ni. Hehe.

Lepas taklimat, kami jogging dalam skuad menuju ke stor tempat letak basikal. Penat berlari mengejar barisan hadapan. Amboi laju betul bebudak lelaki lari walaupun masih dalam barisan. Lari punya lari, sihat la jugak tubuh badan ni. Lepas sampai je, terus ambil basikal. Lepas tu, ambil helmet sebagai keselamatan. Lepas tu taklimat sedikit dan kami pun terus berbasikal menuju ke Kuala Pahang. Berbaris dalam satu baris sahaja.



Yea! Kami dah tak sabar nak berbasikal.


Library UMP. Gahnya..


Junior ku. Semangat sekali !

Muka penat berkayuh. Haha


Dapatlah tengok permandangan Kuala Pahang. Lama tak keluar ke Kuala Pahang nun. Lepas sampai kat perkarangan Kuala Pahang tu, lepak lepak kejap. Ambil gambar lepas tu, makan aiskrim then balik. Dapatlah jugak singgah beli keropok lekor dengan air. Sebab penat sangat. Minum laju je tak tinggal setitik pun. Haha.

Rasa sihatlah dapat beriadah. Sebab sebenarnya aku ni jarang turun beriadah. So, bila dapat peluang, GRAB je lah. Hehe. Minggu depan apa pulak aktivitinya. Nantikan. :)

18 February 2013

Fourth Semester

Assalammualaikum wbt.

Haaa...apa cerita uolls? Meh nak cerita meh. Cuti semester 3 sudah tamat. Jadi makanya, aku sudahlah memulakan semester baru iaitu semester 4. Apa yang terjadi pada hari pertama? Sama seperti setiap semester pun. Orang yang sama. Cuma harapan yang baru, azam yang baru, spec yang baru. Eh..hehe.

Ni hah jadual semester 4. :)





As usual, mesti ada subjek killer tu. Semester ni subjek killer aku,

  • Fluid Mechanics
  • Manufacturing Process 1
  • Manufacturing System
Cukup lah tiga final aku semester 4 ni untuk aku pulun sehabisnya. InsyaAllah. Hari pertama dimulakan dengan baik. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Moga-moga hari yang seterusnya macam itulah. Tapi apa yang penting kat sini is mental. Memang fizikal penting jugak. Tapi the most important is mental. Bak kata lecturer Techno tadi. Kena sentiasa positif. Yes ! Positive ! Semua yang positive kita kena ambil. Kalau boleh letak jauh-jauh yang negative tu.




Jadi...jom mulakan semester baru ni dengan azam yang baru dan sikap yang positive. InsyaAllah. Let's try our best. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Kita buat kerja kita, DIA buat kerja dia. InsyaAllah. ''Tiada apa yang boleh mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.''
 
Sekian. :)

14 February 2013

Oh My Result !

Assalammualaikum wbt.

Lama tak update blog ni. At last dapat jugak update walaupun dalam keadaan tak sihat. Nak cerita apa pun aku tak tahu. Nak cerita pasal camping PGA, belum ada mood. Sebab masih dalam mood dapat result sekarang ni. Cerita pasal result lah. Menarik ke tak menarik, nak cerita jugak. Don't care!!

Semalam 13/2/2013. Result sem 3 dikeluarkan. Aku tak mau tengok. At last hari ni aku tengok jugak. Sangat mengejutkan. Tapi alhamdulillah masih di paras 3. Alhamdulillah. Cuma sekarang ni perlu usaha double triple lagi. Kecewa memang kecewa. Tapi itulah dia usaha aku, itulah yang aku dapat. So, aku dah redhakan. Memang bukan mudah nak bawak subjek engineering ni. Lagi-lagi aku bukannya seorang yang genius tapi I try my best setiap kali exam. Tapi nak buat macam mana. Itulah hasilnya.






Aku anggap ini satu ujian dari Allah. Mungkin sebelum ni aku selesa, aku bangga dengan result aku. Tapi sekarang aku kena sedar yang aku kena usaha lagi untuk dapat yang lebih baik dari sekarang. Sebelum jatuh tergolek-golek baik insaf dari sekarang.

So lepas ni bukan kena study smart je, kena study hard hard hard. Supaya tak menyesal di penghujungnya macam sekarang. Anyway, aku bersyukur sangat sebab dengan result macam ni Allah bagi aku kesedaran. Kalau tak, aku rasa aku masih je selesa dengan apa yang aku ada. So, let's strive for our excellent next semester. Chaiyok!!! In Sha Allah. :)




03 February 2013

Lovely Sunday

Assalammualaikum.

Lama tak update blog. Entry pertama untuk bulan Februari. Kini aku sedang menjalani proses merehatkan diri di rumahku syurgaku. Hehe. Alhamdulillah. Kesihatan semakin baik, sihat, badan semakin naik. Tapi masih maintain. Tak berapa nak naik. Tapi okaylah. Tak la teruk sangat. Hehe

So, di hari yang berbahagia ini. Hari Ahad yang mulia ini. Aku sesaje nak test dapur mama yang dah lama aku tak singgah. Sesekali je aku singgah sebab sibuk jadi baby sitter kat rumah. Jaga babyku sayang, Umar. Hehe. Hari ini barulah berkesempatan. Plannya dari pagi nak masak untuk lunch ni ..

1) Ikan Bakar
2) Sup Sayur
3) Kuah Asam

Tapi last-last benda lain yang jadi. Haha. Mama habaq mai kat cheq, ada udang. So, kami decide nak masak Udang Masam Manis. Ewahhh. Lepas tu, kami masak Sayur Campur my favourite and lastly Ikan Patin Masak Tempoyak. Gituu kau.


Sayur Campur 

Udang Masam Manis

Ikan Patin Masak Tempoyak

Semua dishes dalam kuali. Keranaa... bila dah masuk je dalam pinggan semua dah standby kat meja makan. Tak sempat snap. So, dengan izin Chef Mama, dapatlah masukkan gambar lauk yang dalam kuali. Hehe.

Lepas tu, makan tak ingat dunia kau. Badan naik macam kena pam dengan pam belon tu. Hey hey hey, fara..jaga sikit badan tu. Stamina kurang nanti susah nak training. Hehe.

Okay, itu saja. Next entry aku cerita pasal perjalanan hidup aku masa pergi camping dengan Hutan Lipur Bukit Bakar. Nantikannnn.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...