23 April 2012

Satu Suksis Satu Semangat

Assalammualaikum wbt.

Lama sudah tak update blog. Kemalasan tahap maksimum. Haha. Actually busy sebenarnya. Busy dengan macam-macam. Kawan-kawan, family dan DIA. Alhamdulillah, kesihatan semakin baik. Baru sahaja pulih dari kecederaan dan demam. Ha..!! Nak cerita lah ni, baru-baru ni pihak Kolej Kediaman 1 UMP ada menganjurkan pertandingan bola jaring. Tidak kira siapa pun nak masuk. Jadi, ada la seorang kakak senior ni nak tubuhkan kumpulan wakil SUKSIS. Aku pun bagilah nama. Mencuba tak salah kan.

Apa yang seronoknya ialah aku dapat main semula. Terlalu lama tak bersukan kan. So, aku pun joinlah. Main netball dengan mereka ni aku rasa kerdil sikit sebab aku tak berapa pandai main. Tapi cuba-cuba je. So, game pada hari Sabtu, 21 April. Pagi tu pergi PT macam biasa. Warming up siap-siap. Then, terus pergi lawan dalam pukul 9 macam tu. First game, aku tak main. Second game baru aku main. Nak dijadikan cerita, SUKSIS hantar 2 team. So, aku team 1 SUKSIS. Dengan akak seniore~~

Nak dijadikan cerita best sikit, kitorang bolot semua game. Senang cerita kitorang menanglah. Hehe. Ini gambar kemenangan. Dua-dua team pun memang. Aku pegang posisi WD. Tapi tak sehebat akak-akak lah. Biasa je pun. Sebab tak suka pada bola, aku hanya defend sahaja. So, inilah gambarnya.


Sumbangan dari Kak Tiqah :)


Dan pengalaman yang paling seronok ialah dapat kawan baru, Aini Aqilah. Best kawan dengan dia. Banyak cerita dan senang dibawa bersembang. Senang cerita dia ni friendly, caring dan open minded. Hehe. I like.

Akhir kata, minggu ni ada game lagi. Doakan kami ya. Hidup SUKSIS UMP. Sayang SUKSIS..!! :)

3 comments:

Shiema Sufian said...

waaaaaaaaaa, congrats sbb menang (:

Farah Fazira said...

heee...thanks shiema... :)

ejulz said...

tahniah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...