19 September 2011

Aku Nakal ??

Assalammualaikum wbt.

Luahan perasaan...huhuhu.. :((

Aku nakal ke? Sangat ke? Huhu. Ada orang cakap aku nakal. Sebab?


Aku nakal sebab :

1) Suka mandi lewat malam.
Ini aku tak puas hati. Nakal itu ada kena mengena dengan mandi ke? Tak ada rasanya. Apa lah salahnya aku mandi lambat sekali sekala. Dah lah habis kelas lambat. Nak rehat-rehat pun tak ade chance. Huhu. Kalau aku mandi lewat malam punnn bukan ada mengganggu orang lain pun. Tak perlu rebut-rebut. Chill je.

2) Suka pada isu perkahwinan
Ini sensitif. Bukan gedik atau apa. Cuma aku suka dengar apa sahaja isu tentang perkahwinan. Menarik..!! Boleh timba ilmu sedikit. Mana tau boleh apply waktu dah berumahtangga kan?? Paling tak boleh bla sekali bila ada orang cakap aku eksaited semacam bila isu kawin-kawin ni masuk. Aduh. Okay..pasni dah tak campur dah. :(

3) Ceria sepanjang masa.
Ini lagi satu masalah. Ceria pun salah. Tak ceria pun salah gak. Aduh..ingat lagi waktu interview SUKSIS, pegawai tu ada pesan.

'Fazira, nak jadi inspector polis kena tegas. Tak boleh ceria sangat.'

Ala....salah ke?? Ceria tu kan awet muda. Cool ape. Kan?? Aku ni memang lah jenis suka gelak. Tak suka lah nak emosi sangat ni. Tapi emosi pada situasi lah kan. Takkan lah aku ni tak ada perasaan kot kan??

Sampai ada orang cakap, 'kau ni muka macam tak ada masalah je dalam hidup. ceria je memanjang.'

Memanjang ke, memendek ke. Asal aku ceria. Senyum..!!

4) Tak kuat makan.
Ye ke? Ini aku tak setuju. Nakal sebab tak kuat makan. Tak ada motif sungguh mereka yang berkata begitu pada aku. kasihanilah daku. Bukan tak kuat makan. Tapi makan bila perlu. Kan? Duit tu boleh guna untuk benda lain selain daripada makan. Yeah..!! *ayat matang*

Apa-apapun kritikan manusia pada aku, aku terima dengan redha dan hati terbuka. Okay, lepas ni aku tak NAKAL lagi. Aku cuba tak nakal lagi. Hihi. Aku cuba, i try....hehe. Insyaallah. Apapun, senyum lah selalu.

Sekian dari saya yang cuba menjadi tak nakal lagi. :))

*nakal = bukan AKU..!!*

1 comment:

The Trio Aunties said...

aaah buat donno je ngn semua tu. Aku suka kau yang nakal :) full with honesty ni. btw aku pon suka ckp pasal hal kawen ok je. -dey

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...