30 September 2011

Gambar Je...

Assalammualaikum wbt.

Sebelum ni cerita tanpa gambar kan? Kali ni nak tunjuk gambar je. Boleh? Tapi by caption lah. Okay, so, anda-anda semua boleh faham gambar-gambar yang aku tunjuk ni.


Tu dia..Student Centre UMP Pekan

Kolej Kediaman 5, Blok G.

Library UMP Pekan, belakang ada tasik untuk berkayak

Classmate..!! Program Jejak Gemilang.

Housemate..sorang tak ade. :(

Bangga dengan bas UMP walaupun gelap gelita.

4 orang pertama minggu MINDS.
Roommate terchenta, Fatihah..!!

Classmate, Fifi Amin. Rapat woo ngan dia. Gila nak mampus..!!

Apa yang aku rasa sekarang ialah bahagia sebab adanya orang-orang macam ni dalam hidup aku. Tak lupa juga pada papa dan mama and the uppest, ALLAH SWT...

Pada semua kawan-kawan saya walau dimana pun, di facebook ke, di SK Seksyen 20 ke, di SRAI 19 ke, di SBPI Selandar ke, di Kolej Matrikulasi Selangor ke, di SeMac Blogging Community ke, Blogger-blogger ke, Universiti Malaysia Pahang ke, Kampus Pekan ke, Kampus Gambang ke dan mahupun dimana anda mengenali saya, ini untuk anda semua...!! Friends Forever..!!




Sekian dari saya seorang yang menghargai persahabatan. Salam. :)

27 September 2011

UMP Ubah Cara Hidup Aku...

Assalammualaikum wbt.

Meh sini meh aku nak story sikit pasal satu benda ni. Menarik tu tidaklah. Tapi saja nak kongsi pengalaman. Dah nak dekat sebulan aku berada kat UMP ni. Macam-macam lah terjadi. Banyak benda yang mengubah cara hidup aku. Kat UMP ni banyak benda dah aku belajar. Yang paling ketara sekali aku bukanlah lagi seorang yang pemalu nak berhadapan di khalayak ramai. Nervous tetap ade tapi tak macam dulu. Tak blur sangat lah. Aku berani nak bagi pendapat if aku rasa aku benar.

Secondly, aku dah mula menjinakkan diri mengaktifkan diri dalam bidang koku. Actually aku taknak pun. Tapi aku fight for my future. So, aku aktifkan diri jugak. Macam-macam aku cuba. PALAPES, SUKSIS, Seketeriat Kolej Kediaman, Seketeriat MPP. Macam-macam lagilah. Kalau boleh aku nak masuk basketball. Tapi den sogan. Banyak budak hebat. Aku ni...sapalah kan..takpe..sukan letak tepi kejap.

Thirdly, apa yang berubah is setiap hari aku gelak. Ceria, senyum, gelak dah jadi darah daging kat UMP ni hah. Susah nak tengok aku marah lagi. So, aku rasa seronok bila orang sekeliling happy semacam je. Lagi-lagi housemate-housemate ku. Sayang korang lah. Nak mention sikit kat sini. H2-5. Kak Sha, Ain, Lela, Lina, Fatihah (roommate), Eyza. Cool..korang best..!!

Lagi....apa yang mengubah aku ialah aku macam lebih bersemangat kat UMP. Semangat kekawanan aku kuat sampai bila aku bertugas jadi seketeriat PEKA waktu jamuan, semua orang tegur aku. Terasa famous sebentar. Hehe. Bersemangat is lebih matang, semangat kekawanan aku tinggi. Lebih mementingkan family dan kawan. Aku pegang prinsip tu sekarang. Jodoh? Universiti bukan tempat cari jodoh ye kawan-kawan..?? Ingat. Tempat belajar.

Lagi-lagi.....apa ye?? Ha...!! Kat UMP ni, aku lebih bersemangat nak belajar walaupun bidang ni aku tak minat. Cuma aku just redha dan bersyukur setiap masa diberikan rezeki yang melimpah ni. Alhamdulillah. Dan maksud kau disini ialah aku lebih bersemangat nak cari buku teks, rapat dengan senior, lecturer. Macam tu je cara nak dapat ilmu kat universiti. Keberkatan dalam mencari ilmu penting. Kan??

Gembira sangat duduk kat UMP ni. Walaupun rasa rindu kat keluarga tu sentiasa ada. Kalau boleh setiap hari nak telefon. Rindu sangat...!! Lagi-lagi makan sama-sama. Gurau, sembang, gaduh nagn adik. Waaaaa...rindunya semua tu. Tapi aku sabarkan diri dan hati ni dulu. InsyaAllah jika masanya tiba dan rezeki masih ada dapatlah jumpa dengan keluarga di Selangor. Bawa balik kejayaan. InsyaAllah...!!

Sekian sahaja dari saya di UMP ini. Salam.

24 September 2011

Sabtu Yang Indah

Assalammualaikum wbt.

Pada hari Sabtu yang indah lagi nian ini bersamaan dengan 24 September 2011 ini, kat UMP ni adalah satu program khas buat pelajar tahun satu iaitu Jejak Gemilang. Program ini actually bagi aku adalah program susulan daripada Minggu Induksi Siswa (MINDS) untuk student baru ynag bergelar mahasiswa dan mahasiswi.

Nak kebo nye lerrr kat sini, actually pagi-pagi lagi aku dah rasa malas nak pergi program ni. Tapi aku gagahkan diri dan doa-doa aku dapat adapt dengan program macam ni. Mana tahu ada input kan. Okay, pagi-pagi lagi. Dah sesat..!! Sesat maksunya disini tak jumpa lah destinasi yang dicari. Kebetulan jalan-jalan jumpa classmate, Rahman. Senior ni, tapi amek first degree. Umur je senior. Hehe. carilah kelas sama-sama dan akhirnya....jumpa..!!

Lepas tu, masuk kelas, aircond tak ada. Pulak...!! Hati makin panas lah. Apalah..!! Pastu mulalah aktiviti. Duduk dalam bulatan dan perkenalkan diri. Nama, asal dan study mana dulu. Sampai turn aku, aku pun kenalkan lah diriku yang naif ni. Menggeletar jangan cakaplah. Obvious. Then, aktiviti pun bermulalah. Kena tulis saiz kasut, makanan kegemaran, warna kegemaran dan tarikh lahir dalam 4 kertas setiap satu. Then, kertas dibaling dan diambil secara random. Ponnnn bermulalah sesi mencari si pemilik kertas yang kita dapat. Mulalah bising kelas tu. Amboi...bingit snugguh..dan..akhirnya tamat.

Apa yang seronok kat aktiviti ni is ada sorang Chinese ni nickname CY, dia dapat semua kertas aku. Senang hidup. Aku ni?? Berpuluh kali tanya satu kelas. Haha. Then, kitorang rest and breakfast dulu. Pastu, aktiviti lain pula. Kali ni, memang terkena habis lah. Macam ni, aktiviti ni kita kena cakap "I love you but I can't smile." Dah cakap I cant smile, memang tak leh nak senyum lah. Kene serius. Sape senyum kalah..!! Laki wat kat pompuan dan pompuan wat kat laki.

Memang fail lah aku. Ramai pulak yang macam attack aku. Sebab aku suka dan senang tergelak dan tersenyum. Aku, kena approach oleh Taufiq. Budak ni memang suka tersenyum. Nasib menang. Then aku pulak. Ha...!! Mula-mula nak attack Rahman, tapi dia gi toilet pulak. Aku attack lah Epy a.k.a Amirul Hanafi. Dengan dia ni, payah doe. Sebab apa? Muka ada pakej. Hensem lah katakan. So, aku memang akan tersengih dan take time gila. So, cerita bermula. Dengan muka toyerrr aku cakap, dia macam senyum sikit. Tapi aku muka serius betul. And at the end, menang..!! Yeay..!! Dua-dua menang..

Next, rehat dan naik rehat dan solat ada aktiviti pengurusan masa dan kewangan. Aku, Epy, Kong, Fai dan Kak Yana satu group. Dengan epy lagi kan. Best lah sembang. Satu kepala pulak kannn....syok lah. Then, kitorang ponn follow lah step. Pastu rest kejap, aku ajak lah classmates semua main game number tau. Multiple and number 7. Main main main sampai lah tinggal 7 orang. Iaitu, aku, Epy, Kak Yana, Kong, Wawa, Shy dan Lewen. Kami lah yang menang. Yang lain dah terkandas tepi jalan. Hehe.

Pukul 4.30 aktiviti habis. Apa yang aku rasa aku dapat semasa Jejak Gemilang is
  • Kawan baru, Epy. And aku dapat jugak kenal coursemate dan classmate aku.
  • Pengurusan masa dan problem solving.
  • Enjoy our campus life.
  • Dapat timba pengalaman dari akak fasi.
  • Focus on what are you do.
  • Uruskan kewangan.
Itu je dari aku yang dapat banyak jugak input from this program Jejak Gemilang. Tak menyesal pergi..!! Yeay..!!



Sekian dari saya Fara Fazira. Salam. :)

23 September 2011

Aku Bukan Orang Politik

Assalammualaikum wbt.

"Why not you buat official letter to 'him'. Maybe lagi cepat solve problem."

Ha...!! Itu aku tak puas hati lah kan. Okay, bukan apa. Aku tak suka lah nak gaduh-gaduh pasal politik ni. Kalau aku ni budak asasi law takpe jugak kau nak cabar aku macam tu. Aduiyai. Lemas betul. Dan kau ingat aku suka sangat dengan 'him' tu ke?? 
Dengan politik Malaysia yang kotor ni, tak minat aku. Aku dulu yang minat nak masuk politik, nak bangunkan status Melayu dan Islam negara ni pun makin tak minat sebab politik sekarang semua berasaskan duit. Sikit-sikit hulur duit. Ingat ape? Tahulah life is bussiness. Tapi, tak patut lah macam tu. Kita buat kerja ikhlas beb bukan harapkan balasan. 

Kalau buat kerja harapkan balasan duit je, baik tak payah macam tu. Tak ikhlas. Suruh buat amal dapat banyak pahala, tannak. Padahal amalan lah yang bawa kita nanti. Amalan yang ikhlas bukan nak mengharapkan balasan dunia semata-mata.
Ini kes politik. Heiiiiii....aku bukan orang politik lah. Tak minat pun nak ceburinya. Ada kena mengenakan subjek yang aku belajar sekarang dengan politik Malaysia. Huh..!! Kalaupun aku belajar Islam and Asian Civilization, aku tak belajarlah cara-cara nak main politik kotor ni. 

Lagi satu, hak student mana? Suruh merempat macam ni. Hish. Tak patut. Tempat kau, kau tak bangunkan, sibuk bangunkan tempat yang dah sedia maju tu. Kitorang ni? Dah lah berjihad cari ilmu Allah ni, tup tup dianiaya pulak. Herghhhh.. Geram.. Dulu bukan main bangga dengan tempat kelahiran kau ni, last-last ni jadinya. Hish..!! Sibuk main politik sana sini. Tempat sendiri terabai. 

Okay, ikutkan hati memang geram. Tak puas lagi nak luahkan macam-macam. Tapi nanti orang cakap over pulak kan. Okay, stop. Yang aku tahu sekarang, aku ada impian nak bangunkan bangsa Melayu yang dah semakin mundur dengan title Islam sebenar. Semoga Allah kurniakan aku kudrat untuk menegakkan semula Melayu Islam yang sebenar. InsyaAllah.

Sekian dari saya yang amat geram..!! Salam. ;(

19 September 2011

Aku Nakal ??

Assalammualaikum wbt.

Luahan perasaan...huhuhu.. :((

Aku nakal ke? Sangat ke? Huhu. Ada orang cakap aku nakal. Sebab?


Aku nakal sebab :

1) Suka mandi lewat malam.
Ini aku tak puas hati. Nakal itu ada kena mengena dengan mandi ke? Tak ada rasanya. Apa lah salahnya aku mandi lambat sekali sekala. Dah lah habis kelas lambat. Nak rehat-rehat pun tak ade chance. Huhu. Kalau aku mandi lewat malam punnn bukan ada mengganggu orang lain pun. Tak perlu rebut-rebut. Chill je.

2) Suka pada isu perkahwinan
Ini sensitif. Bukan gedik atau apa. Cuma aku suka dengar apa sahaja isu tentang perkahwinan. Menarik..!! Boleh timba ilmu sedikit. Mana tau boleh apply waktu dah berumahtangga kan?? Paling tak boleh bla sekali bila ada orang cakap aku eksaited semacam bila isu kawin-kawin ni masuk. Aduh. Okay..pasni dah tak campur dah. :(

3) Ceria sepanjang masa.
Ini lagi satu masalah. Ceria pun salah. Tak ceria pun salah gak. Aduh..ingat lagi waktu interview SUKSIS, pegawai tu ada pesan.

'Fazira, nak jadi inspector polis kena tegas. Tak boleh ceria sangat.'

Ala....salah ke?? Ceria tu kan awet muda. Cool ape. Kan?? Aku ni memang lah jenis suka gelak. Tak suka lah nak emosi sangat ni. Tapi emosi pada situasi lah kan. Takkan lah aku ni tak ada perasaan kot kan??

Sampai ada orang cakap, 'kau ni muka macam tak ada masalah je dalam hidup. ceria je memanjang.'

Memanjang ke, memendek ke. Asal aku ceria. Senyum..!!

4) Tak kuat makan.
Ye ke? Ini aku tak setuju. Nakal sebab tak kuat makan. Tak ada motif sungguh mereka yang berkata begitu pada aku. kasihanilah daku. Bukan tak kuat makan. Tapi makan bila perlu. Kan? Duit tu boleh guna untuk benda lain selain daripada makan. Yeah..!! *ayat matang*

Apa-apapun kritikan manusia pada aku, aku terima dengan redha dan hati terbuka. Okay, lepas ni aku tak NAKAL lagi. Aku cuba tak nakal lagi. Hihi. Aku cuba, i try....hehe. Insyaallah. Apapun, senyum lah selalu.

Sekian dari saya yang cuba menjadi tak nakal lagi. :))

*nakal = bukan AKU..!!*

18 September 2011

Kagum Sangat...!!

Assalammualaikum wbt.

Malas bukan alasan sebenarnya. Kehendak nak update blog memang ada tapi nak cakap pasal apa pun tak tahu. Nak cerita pasal minggu induksi siswa? Dah dua minggu berlalu. Nak cerita pasal life dekat U sekarang? Macam typical sangat. Okay, tetiba pap..!! Idea muncul. Yeah..!!

Nak dijadikan cerita macam ni. Hari Khamis lepas UMP ada buat menjemput Tun Mahathir Mohammad ke UMP untuk sesi syarahan umum bertajuk 'Cabaran Kepimpinan Masa Hadapan'. Okay, dijadikan cerita aku tak pergi pun ke kampus Gambang tu tengok secara live Tun Mahathir sebab....bas tak ada. Fine..!! Redha. Aku dengan roommate pun semangat dengan baju koperat semua sekali, hm...hampeh..!!

Itu tak penting. Yang penting ialah pengisian. Aku dapat jugak tengok syarahan beliau kat Dewan Kuliah. Live lah konon. Pergi lah berempat, Aku, Roommate, Akmal Haziq ngan Sharifuddin. Sampai dewan terus duduk lah kan. Tengok live kat LCD, Tun Mahathir dah sampai. Kitorang berempat lahirkan rasa kecewa tak dapat tengok live pakcik Akmal *konon* je. Haha.

Pengisian? Simple. Peranan anak muda untuk masa hadapan. Sejauh mana kemampuan anak muda untuk memimpin negara masa hadapan. Perbandingan yang dilakukan oleh Tun Mahathir amat mengkagumkan aku. Tokoh-tokoh yang disebut oleh beliau kebanyakkan aku tak kenal contohnya Peter Zhen. Ntah sape ntah tu. Yang penting, aku tak tidur okay waktu dia ceramah bagai. Yang aku suka ialah cara pemikiran Tun. Mungkin dia dah matang dan banyak pengalaman. Tapi bagi aku jika ada anak muda yang sebaya dengan aku ni yang berfikiran macam tu, komfom kau lah PM akan datang...!!

Apa lagi ye..yang buat aku terharu waktu dengan syarahan itu ialah ada beberapa soalan. Soalan tak menarik minat aku. Yang menarik minat aku ialah ada lah seorang pelajar ni. Dia just bangun, pergi kat mic dan ucapakan, 'Terima Kasih Tun atas pembangunan ini'. Terharu bhaii..kalau aku kat Gambang time tu memang aku dah cakap dah. Hasih. Jeles sungguh.

Jelas lah kat sini yang aku memang kagum dengan Tun Mahathir. Cara pemikiran Tun amat aku suka. Nak pinjam otak Tun..?? Hehe. Aku kagun sangat dengan Tun. Sangat Sangat Sangat. Apapun, walaupun tak dapat jumpa live aku sangat respect gila gila Tun. Aku terharu sangat dapat dengar syarahan dia. Tak banyak yang boleh aku cerita sebab iainya amat subjektif dan boleh mengundang kontrovesi politik. Okay..stop..!!

Sekian sahaja dari saya yang masih lagi terharu. :))

*blog berhabuk..!!*

13 September 2011

Ucapkan Syukur

Assalammualaikum wbt.

Lama dah tak update blog yang berhabuk ni. Teringin tapi tiada masa. So, bertangguh lah. Jadi, hari ini memang sesuai. Hari ini aku bersyukur masih hidup lagi. Diberi nyawa dan kesempatan nak teruskan jihad ke jalan Allah SWT ni.


Malam tadi pukul 9 malam ada perjumpaan Smart Group under Sahabat Masjid di UMP ni. Jadi, aku meringankan punggung ni pergi join lah kan. Dalam tazkirah ada menyeru supaya kita sentiasa bersyukur. Tazkirah itu sungguh terkesan kat aku. Mana tak nya, dari dapat keputusan sehingga saat ni, memang aku kurang bersyukur dan banyak mengeluh. Apelah hang ni..!!

Macam ni, pada mulanya dapat result masuk UMP terchenta ni, memang frust menonggeng lah. Putus cinta pun tak frust macam ni kan. Mulalah tak ada interest dengan course yang aku dapat ni. Asyik dok mengeluh je. Tak habis-habis. Hurm. Research demi research aku buat, alhamdulillah. Lega sikit. Hikmah dah mula timbul.

Masa mendaftar pulak, kebetulan dapat roommate orang Selangor jugak, Bangi. Legalah. Walaupun UMP ni agak jauh, tapi ada yang menemani. Kesyukuran dan kesedaran mula timbul. Alhamdulillah. Dan pada masa yang sama, pakcik aku duduk dekat Kuantan. Memang akan singgah rumah dialah nanti. Syukur lagi..!!

Masuk pulak rumah tu, housemate ada sama course. Dia dah belajar dalam diploma pulak tu, cool lah. Dia dah tau dah pasal course ni. Lagi senang. Ape-ape refer pada dia je. Alhamdulillah. Hikmah muncul lagi. Seterusnya, pergi ke meeting fakulti, ada jumpa kawan jugak. Kebanyakannya budak diploma politeknik, so, mereka dah pro lah sikit-sikit bout this courses kan? Lagi senang. Syukur lagi.

Apa yang bertambah gembira ialah jumpa kawan fasilitator, Akmal Haziq. Sudi pulak nak ajar basic fizik kat aku. Syukur sangat..!! Lega. Tak perlulah nak struggle sorang-sorang kan. Ada lah kawan. Dan dia pulak mintak tolong ajar math. Okay lah. On je. Favourite ponn kan..!!

Syukur lagi apabila papa dengan mama tak risau dekat anak dia sorang ni cause mereka yakin yang anak mereka mampu berdikari. Dalam UMP aku kena berdikari. Tak boleh bergantung dah. Jadi, aku mulai sedar. Tak semua yang kita suka Allah akan beri. Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita kan? Who knows kan? So, hari ini, saat ini, aku bersyukur sangat sebab aku ditempatkan disini.

Moga-moga jihad ini akan berjalan lancar dan mendapat keberkatan dariNYA. Mama dan papa jangan risau tau. Kakak okay je..!! Insyaallah kita beraya Raya Haji nanti sama-sama tau. Doakan je kakak dari jauh. Insyaallah semua okay.

Semua yang berlaku ada hikmahnya. Semua yang berlaku keatas aku, hikmahnya sedang pun muncul satu demi satu. Aku bersyukur sangat pada saat ini aku masih dapat menulis blog lagi. Alhamdulillah.

Sekian dari saya yang baru je habis revise calculus. Salam.

*Calculus menarik..!! :))*

06 September 2011

Jangan Nakal Tau..!!

Assalammualaikum wbt.

Di kesempatan yang sempat ini dengan rushing-rushing menulis, aku nak kongsikan kisah yang aku rasa sedih. Tengok ni..

gambar MMS seminit tadi

Dia nampak gembira kan? Ape punya adik lah. Bila tanya sakit tak? Rilex je jawab, TAK..!!

Apekah?????

Apapun, adik...jaga diri. Kakak jauh ni. Tak boleh tengok adik, tak boleh jaga adik. Hati-hati. Jangan lasak sangat. Kang...macam-macam pulak. Hati-hati tau..!! Sayang adik...!! Muahhhhhhh... :)

Janganlah cool sangat...sedih tau kakak tengok..

Sekian dari saya yang susah hati. Salam.


*berhati-hati walau dimana jua anda berada*

currently location : UMP Kampus Pekan, H2-503

02 September 2011

Sepanjang Raya Ini

Assalammualaikum wbt.

Lama betul tak update blog ni. Dah semakin usang dah aku tengok. Kesian kau ye blog. kau je yang tak ku update lagi pasal raya. Orang lain semua dah. Takpe. Aku bukan nak cerita pengalaman aku untuk raya tahun ni. Sebab memandangkan semuanya sama je macam tahun-tahun sebelum ni. Jadi, aku nak cerita apa yang terjadi sepanjang perjalanan raya sepanjang 4 hari ni.

Bermacam-macam tempat aku pergi beraya. Yang menambahkan keseronokkannya ialah aku asyik tidur je dalam kereta. So, pada suatu ketika ini, aku nekad lah taknak tidur. Konon lah kan. Okay, tukar topik. Biar pening kepala sikit. Bukan itu sebenarnya, aku nak ceritalah kerenah-kerenah orang yang aku jumpa sepanjang raya ni.

Orang pertama yang bertuah ialah adik aku. Ha..!! Minah ni kalau dapat tidur memang lah. Macam hape ntah. Baru je masuk kereta 10 minit dah tidur. Memang kuat tidur. Aku lah jadi mangsa kena sewakan peha aku yang comel ni untuk jadi bantal kepala dia. Okay, redha je. Bila dah tidur tak ingat pulak nak bangun. Aduh..!! Bangun je mesti tanya, 'kat mana ni??' Memandangkan aku pun join adventure sekali. Aku angkat bahu je lah. Hehe. Ni hah muka bangun tidur. Amek kau..!! Kau bangun tidur, aku amek gambor..


Orang kedua yang bertuah lagi geram aku nengoknya ialah....jeng jeng jeng..papa aku. Ni orang, tak reti pulak nak tidur. Asal aku mintak drive je tak kasi. Asal aku offer diri nak drive, tak kasi. Tak percaya ke kat anakmu yang comel ni papa. Tolonglah percaya..!! Huhuhu. Yang penting papa, kalau semua orang dah tidur, dia akan mula projek karoke kat dalam kereta. Jeng jeng jeng. Semua lagu dia tibai. Pop, dangdut, lagu raya..semua hentam sajalah. Sampai masa tu, aku baru nak bangun tidur lah kan, aku dengarlah suara merdu yang karoke ni. Adush..!! Ingat mimpi tadi, rupanya realiti. Aku tergelak-gelak kat belakang dengar, walaupun papa tak perasan. Hehe.


Next, kakak sepupu aku, Nur Darlina. Dia ni pulak, tak habis-habis dengan nak compare berat dia dengan aku. Itu yang aku tak faham. Asyik duk tergelak-gelak je dengan dia. Story morry memang best lah. Ade je cerita dia. Macam-macam lah. Tapi memandangkan aku ni pemalu, so, aku taklah berstory sangat dengan dia. Hihi. Cuma ayat dia yang tak boleh bla kan,

'Orang sekarang nak mengorat tengok luaran dulu. Bukan dalaman. Tapi akak luar dalam baik dik.'

Okay, fine lah kak. Perasan sunggguh. Aku tak sempat nak amek gambar dengan dia. Busy bercerita. bukan ngumpat okay..!!

Seterusnya yang paling terbertuah ialah sepupu-sepupu kecil aku. Bukan main seronok lagi main sana sini. Amboi-amboi. Jalan sana, jalan sini. Hish. Sampai mangga jiran sebelah pun korang nak kebas. Kalau kebas kasi aku sikit takpe, ini makan untuk korang je. Amboi...!! Geram betul. Yang paling tak boleh bla nya ialah, siap kira duit raya depan tuan rumah. Pastu ayat sama je keluar, 'tak boleh banyak lagi ke?' Amboi..amboi..amboi..kau ingat tuan rumah tu kerja cetak duit ke adik-adik oi. Haha. Tak apalah kan, budak-budak. Meh sini aku story satu kejadian best. Macam ni, waktu pergi satu rumah ni kan. Diorang datang dulu, haish. Tengah tuan rumah tu buat air, datang satu rombongan lagi. Diorang pulak yang macam tuan rumah, siap jemput group tu makan, tuang air bagai. Adui. Kelakar betul. Lepas tu,

'Makcik, duit raya extra tak ade ke?'
'Kenapa?'
'Sebab saya tolong layan tetamu makcik. Hehe.'
*makcik ternganga

Okay, sampai sini je review tentang mereka-mereka yang menceriakan hidup saya sepanjang raya ni. Terima kasih anda semua. Seronok. Yang tambah seronok bila, semua makcik-makcik bagi duit raya lebih sebab nak masuk U dah. Tapi kenalah simpan untuk belanja kat U nanti kan?  Sekarang ni aku suka buat pesanan penaja. Now, aku buat.

Pesanan penaja : Kepada sesiapa yang nak masuk U pengambilan September ni terutamanya buat rakan sebaya batch 1992, sabar jelah tak dapat raya lama-lama. Belajar lagi penting. Jihad..!! Apa-apapun bidang yang anda semua ceburi, selamat berjaya. Belajar sungguh-sungguh tau. Insyaallah dapat grab segulung atau bergulung-gulung ijazah soon. Hehe.

Sekian sahaja dari saya yang fening melayan beberapa kerenah masyarakat a.k.a family aku. Hehe. Salam.

*itu baru 4 kena review, yang lain later lah ^^*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...