20 May 2014

Annual Dinner Suksis 2014

Assalammualaikum.

Hai guys. Entry kali ni panjang dan banyak gambar sikit lah. Saje nak kongsi cerita apa yang berlaku hari Sabtu baru baru ni. Hmmm macam mana nak mula eh? Okay. Hari Sabtu ni bagi kami warga Suksis memang hari latihan kami. Tapi nak dijadikan cerita hari Sabtu lepas ni takde latihan. Pagi tu kami PT macam biasa, ada senamrobik dan kami dibekalkan makanan. Haaa actually program harini memang full organized by adik adik kami Tahap 2.

So, lepas habis senamrobik bagai. Ada sukaneka. Banyak lah game. Sharpshooter lah. Ironman lah. Sukaneka lah. Banyak banyak. Tapi satu pun aku tak masuk sebab sibuk tengok game basketball yang dalam masa sama ada jugak masa tu. So, menepek lah kat court basketball tengok diorang main.

Disebelah petang pulak, kami ada AGM. Annual Grand Meeting. Ni lah masanya nak bubarkan jawatankuasa yang ada. Lepas tu ada sesi mengundi calon untuk MT dan Exco yang baru. Disebabkan aku malas nak letak caption setiap gambar. Korang bayangkan aje macam mana situasi dia eh.


MT Exco 203/2014










Calon MT Exco 2014/2015








Masa pengundian


Undi yaw!


Mantan Presiden Suksis, Hazim Bachok







Habis dengan AGM petang tu. Beralih pula pada event malam. Malam Sabtu tu, kami ada Annual Dinner Suksis yang julung kali diadakan. Almaklumlah dah nama julung kali, grand lah sikit. Dinner tu berlangsung kat De Rhu Resort, Kuantan. Dari Gambang hampir sejam jugak nak sampai ke sana. Kami bertolak pada jam 5.40 petang dan sampai jam 7 malam. Sampai je kami solat lepas tu terus masuk dewan untuk program.

Haaa nama pun dinner. Makan lah kan. Tapi disamping tu, kami ade buat sesi pengenalan kepada MT Exco baru yang telah diundi petang tu. Kebetulan pula, kami punya jurulatih, En Mail nak berpindah, itu yang majlis makan malam ni. Adik adik Tahap 2 yang organize dinner ni. Katanya, malam penghargaan kepada kami Tahap 3 yang nak bertauliah dan menamatkan latihan. Huuu alhamdulillah. Tamat akhirnya. Nah, aku belanja gambar. Tapi gambar ni banyak sumber. DSLR aku yang aku tak tahu orang tu reti guna ke tak. Aku bagi je dia amek. Haha. 














Jurulatih jurulatih kami


Guys Tahap 2 Pekan








Yeah. We all geng satu meja. 


Hoi seronoknyaaa..














Ni lah En Mail yang nak pindah tu.



Kami Skuad 5 Suksis UMP!











Faiz Fadzil karok boh!








Me and my buddyz, Mina. #ootd















Sekian sahajalah aku belanja gambar. Apa yang aku boleh katakan, aku puas hati. Get along dengan kawan kawan, adik adik, jurulatih jurulatih. Seronok! Dinner yang pertama dan terakhir. Aku happy. Dan pastinya ada jugak terbit rasa sedih sebab ni last semester bersama Suksis dan lepas ni takde dah. Dah tauliah. InshaAllah. Okay, sampai sini je lah. Nanti ade event lagi, aku up gambar. Gambar yang tak di up mungkin ade sebab tersendiri. Aku menjaga hati semua pihak. Maaf atas kekurangan. Bye. Salam. :)


15 May 2014

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Assalammualaikum.

Hai guys! Hai lads! Harini aku nak share lirik lagu Kak Fynn yang terbaru, lagu Terbang Tunduk. Lagu Kak Fynn ni banyak yang aku suka. Walau tak follow dari dulu, tapi aku suka semua penulisan dia. Buku Puisi Tepi Jalan, belum ada kesempatan nak beli. InshaAllah. Meh, kita tengok lirik lagu ni. Deep bro!

Lirik: Fynn Jamal
Komposer: Fynn Jamal, Tri Hadzir, Ag Coco


Terbang Tunduk


Bertahan wahai raksa
Janganlah kau terhenti
Berpautlah wahai nyawa
Ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka
Getir yang menghalang
Tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak henyak
Biar dibelakangmu
Jangan dikenang
Moga dibunag dendam dan sayu

Tuhan jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biar aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati
Paksakan ku tunduk sehingga mati
Paksakan ku tunduk sehingga mati

Lagu : Terbang Tunduk <-- klik="" p="" sini="">

11 May 2014

Liga Super 2014

Assalammualaikum.

Hai bloggers! Harini aku nak ulas sikit pasal game semalam, Pahang vs Selangor dalam Liga Super di Stadium Darul Makmur. Aku bukan pemain professional bola mahupun peminat tegar. Tapi aku sekadar ingin berkongsi pendapat aku.

Semalam, jam 8.45 malam sepak mula antara pasukan Pahang dan Selangor dimulakan. Sebagai anak jati Selangor, apa yang aku boleh katakan Red Giant aku mampu walaupun pagi tu jurulatih aku ade kata, Pahang kalau main kat tempat sendiri tak pernah lagi kalah. Ayuh kita lihat ramalan pakar.






Sebelum sepak mula, inilah dia barisan pemain Selangor, Red Giantku. Kalau tengok rekod diorang clean lagi tanpa sebarang kad kuning mahupun merah.




Game semalam pada first halfnya memang hambar. Apa yang aku boleh katakan, aku mengantuk tengok game semalam. Pemain Selangor menerima banyak asakan dari pemain Pahang. Tapi bagi aku benda tu normal sebab kalau aku jadi pemain, takkan aku nak bagi musuh permainan aku masukkan gol ke dalam gawang. Ye dok? Hehe.

First half punya cerita, berkali kali peluang bagi pemain Pahang sumbatkan gol ke gawang Selangor. Tapi orang kata apa, REZEKI. Tak ade rezeki. Tak masuk satu pun. Farizal Marlias sebagai penjaga gol, seriously aku tengok memang dia semangat. Semangat juang dia tinggi. Nampak effort dia walaupun menerima banyak asakan.

Dan akhirnya, 2nd half game, Andik Vermansyah pemain import Selangor menjaringkan gol pada minit ke 65'. Nampaknya penantian peminat Selangor berakhir. Alhamdulillah. 2nd half memang sengit. Masing2 nak kan gol. Satu pun cukuplah kan? Pemain Selangor nampak lebih struggle. Permainan tersusun compared dengan first half permainan mulanya. Dan akhirnya, kami Selangor get one goal. Yeay!




Ini yang kami dapat di tempat lawan. Pemain Pahang juga tak kurang hebatnya contohnya Azamuddin Akil (12), Azidan Sarudin (8) dan Hafiz Kamal (21). Memang hebat. Corak permainan 4-4-2 memang betul betul ditunjukkan oleh pemain Pahang. Pahang superb!

Tahniah kepada pemain Pahang dan Selangor yang menunjukkan ke'professional'an anda dalam permainan. Penyokong Pahang juga hebat, awesome. Penyokong Selangor apatah lagi hebatnya. Bagus, berada di tempat orang, kita behave sebaik mungkin. Alhamdulillah. 

Okay, itu sahaja. Permainan ditamatkan dengan keputusan Pahang 0-1 Selangor. Yeay! Tahniah Selangor! Tahniah VivaSelangor! Tahniah Red Giant! Okay, bye. Assalammualaikum. 

03 May 2014

Coming Again!

Assalammualaikum.

Hai bloggers! Happy Saturday! Dalam kesibukan yang tinggal tak sampai 40 hari untuk ke final exam, tak lupa juga pada Ramadhan Al Mubarak yang bakal tiba juga ini. Dalam 59 hari lagi Ramadhan bakal menjenguk kita. Sempatkah kita untuk bersama Ramadhan kali ini?



Jadi sama sama kita prepare untuk bersama Ramadhan. Jikalau kita tak berkesempatan bersama Ramadhan tahun ini, at least kita dah prepare. Ini hanya sekadar pendapat aku lah. First, sekali kita boleh belajar berpuasa dahulu pada bukan Rejab dan Syaaban. Memang suasana dia lain, tapi kita boleh praktis. Rajinkan diri beribadah pada Dia. Lepas tu, inshaAllah nanti pada bulan Ramadhan, kita boleh istiqamah.

Kedua, banyakkan berdoa agar kita berjumpa dengan Ramadhan tahun ini. Bukan apa, ini adalah satu satunya bulan yang semua ornag berkejar akan kebaikannya. Semua orang. Berlipat kali ganda hikmahnya. Tahu kan? Jadi banyakkan berdoa

Setakat ni tu je yang aku mampu kongsikan. Tips lain akan menyusul inshaAllah jika diberi kesempatan. Okaylah. Nak sambung buat kerja. Bye. Jangan lupa kongsikan pada rakan lain juga tips tu. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...