19 May 2012

Ironman Challenge UMP

Assalammualaikum wbt.

Minggu lepas gambar bercerita, kini aku akan bercerita sendiri apa yang terjadi pada 19 May 2012 hari ni. Pertama sekali, hari ini aku ada handle satu program iaitu Ironman Challenge UMP anjuran Perwakilan Kolej Kediaman 5 UMP. So, aku sebagai setiausaha untuk program ini.

Sebenarnya program ini tak adalah hebat gila macam tajuk dia sebab actually masa yang diberi untuk adalh singkat bagi semua MT dan AJK untuk membuat persiapan. Tapi kami berusaha jugak. Program ni actually adalah relay bagi larian, berkayak dan berbasikal. Kira pusing satu UMP la. Yang bestnya, program ni menuji stamina peserta. Hanya terhad kepada 60 peserta sahaja.

Memandangkan satu keping gambar pun aku tak sempat ambil, so aku just tunjuk dia punya poster dan banner je lah eh.

Banner :)
Poster


Seterusnya, aku nak puji semangat peserta lah. Tak ada yang injured. Walaupun bagi aku track untuk program ni sangat jauh tapi diorang habiskan jugak. Itu je. Lagi satu, semangat semua AJK dan MT. Itu lagi satu aku respect. Kami kenal dalam masa yang singkat tapi kami boleh buat kerja dengan kerjasama yang ada macam dah prepare sebulan awal. Apapun, congrates to all AJK yang terlibat. 

Itu je kot aku nak cerita, sebab kalau ada gambar lagi best nak cerita. Tapi tak ada kan, tak pelah. Lain kali insyaallah.

Sekian, salam :)

14 May 2012

Gambar Bercerita

9 May 2012, M.S Garden Hotel Kuantan, 
Dinner Faculty of Manufacturing Engineering.


sebelum majlis bermula

BFF :)

classmates :)

classmates too :)

Kami, 3F ;)

Good staff

We are 3F :)

Smart kan?

Tentatif program

Amirul Hanafi, classmate. He got his dean ;)

Sajian makanan kami 

Persembahan nasyid

Persembahan dari senior

Tak ada kerja dah time ni :p

Makan semeja :)

Lagi persembahan

Woo..kiri sekali dapat dean list, Faiz

Classmate, Amiruddin :)

11 May 2012

Hari Bermakna :)

Assalammualaikum bwt.

Ketar sikit tangan bila nak taip ni. Maklkumlah lama tak menaip kan. Hehe. Hari ni tanggal 11 Mei 2012, adik kesayangan aku and the only one, Puteri Nur Aleeya sambut birthday dia yang ke 6. Kali ini aku tiada disisinya ketika dia menyambut hari kelahirannya. Aku masih ingat lagi saat-saat menyambut kelahiran dia. Semua orang sangat lah sibuk kecuali aku. Aku macam tak ada respon apa-apa bila dengar dia dilahirkan. Aku ingat, aku dapat panggilan pukul 4.44 petang yang dia selamat dilahirkan melalui proses surgery. Dan apa yang pasti aku cuma tanya keadaan mama je tanpa tanya keadaan dia.

Tapi yang pasti hari ni, dia sambut hari kelahirannya bersama papa dan mama kat rumah tanpa aku. Pastinya aku sedih sebab hanya seorang adik sahaja kan. Huhu. Tapi ni aku nak cerita ni. Dalam pukul 7.15 pagi macam tu, mama ada mesej aku tanya, 'Tak ingat birthday adik ke?' Aku tak reply. Sebab masih di perbaringan. Dalam jam 9.15 pagi, dapat mesej dari makcik aku pulak, 'Dah wish birthday adik?' Aku tak reply kerana masih melayan mimpi indah. Dan dalam pukul 10 pagi aku terus bangun fikirkan kerja yang berlambak tak siap lagi.

Dalam pukul 1.09 petang, aku dapat panggilan berupa,

Mama : Assalammualaikum kakak, tak ingat birthday adik ke? Kenapa tak wish lagi?
Aku : Waaalaikumusalam. Ingat ma. Tapi adik tak ade telefon nak call, mesej pun tak boleh. Facebook pun adik tak ade.

Mama tergelak besar dengar aku cakap macam tu.

Adik : Assalammualaikum kakak. (suara comel). Kenapa kakak tak cakap happy birthday kat adik? (suara sedih)
Aku : Adik tak ada telefon, macam mana kakak nak telefon dan cakap. Facebook pun adik tak ade.
Adik : Facebook tu ape?
Aku : Fcebook tu facebook lah. Haha
Adik : Haihhhh kakak ni. (mengeluh)

Haha. Aku hanya mampu gelak je. Dan yang paling penting ialah,

Adik : Kakak, adik nak hadiah kasut macam kakak tu. (kasut nike aku) Jangan lupa balut tau..!!
Aku : BALUT?? Ha....okay..  -_-''

Macam-macam. Kasut tu memang 'murah' pun adikku sayang. Haha. Apapun ni je yang sempat aku buat sempena birthday dia. Mungkin dia tak nampak tapi ini je yang aku mempu setakat ini. Hehe.










Dalam pada itu ada komitmen lain jugak yang perlu aku selesaikan iaitu,



Nampak? Itulah. First time jadi setiausaha. Chill lah kan? Tak banyak kerja sangat pun. Ini untuk program IRONMAN CHALLENGER 2012 ajuran UMP Pekan.

Apapun yang berlaku dalam hidup aku sehari dua ni, aku tak akan lupa akan tanggungjawab aku dan tarikh-tarikh penting dalam hidup aku. Oleh itu,

Adik, selamat ulangtahun kelahiran yang ke 6. Semoga adik membesar dengan sihat. Belajar rajin-rajin. Kitalah harapan mama dan papa. Kakak harap kita akan jadi lebih rapat dari sekarang. Jadilah anak yang baik, solehah, dengar cakap mama dan papa. Tak dengar cakap aku tak apa. Tapi jangan membelakangi papa dan mama sebab tanpa mereka tiadalah kita. Walau apapun yang terjadi lepas ini, kita akan still jadi adik beradik. Kakak akan cuba jadi kakak yang baik dan didik adik sebaik mungkin. Insyaallah. Untuk hadiah yang adik mintak tu, later la. Banyak nak pakai duit sekarang. Hehe. Nanti beli sekali dengan hadiah papa. Chill okay. Stay cool gemok. Sayang kau..muahh muahh muahh.. :)


Sekian sahaja untuk entry kali ini. Sampai bertemu lagi. Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...