11 March 2012

Trustworthy

Assalammualaikum wbt.

Macam mana rasa tidak dihargai? Rasa macam ni,

'Aku rasa aku dah cukup baik dah dengan dia. Kenapa dia tak hargai apa yang aku buat kat dia eh? Apa salah aku eh? Besar sangat ke salah aku sampai dia benci aku macam tu sekali?'

Pernah tak jadi dalam life korang? Kalau tanya aku, mesti aku pernah rasa macam tu. Tapi cuba kita renungkan balik kesalahan kita pula. Jangan asyik rasa orang yang salah. Kita pun kena tengok diri kita balik.

Sila cermin diri dulu..!! -_-''

Apapun, rasa tak dihargai memang sesuatu yang memeritkan. Umpama kita macam tiang lampu yang berdiri tegak di tepi jalan, tapi tak ada siapa yang perasan kita. Kan? Haha. Perumpaan..amboii..tapi serius, aku memang tak suka bila aku buat sesuatu untuk orang tu, tapi orang tu tak hargai apa yang aku buat. At least cakap, TERIMA KASIH. Itu pun dah buat aku happy.

Ini tidak, aku kecewa adalah. Macam aku ni sangat tidak diperlukan. Kalau aku tak diperlukan, tak payah datang cari aku. Duduk situ diam-diam. Kawan dengan kawan-kawan kau je. Tak perlu minta pendapat aku sebab kau sendiri pun tau kau tak perlukan pendapat aku kan?

Serius, aku kecewa..


Aku susah untuk kecewa kerana apa? Kerana jika aku kawan dengan mana-mana orang pun. Pada hari pertama lagi aku akan letakkan 100% kepercayaan aku pada orang tu. Terpulang pada orang tu dia nak kekalkan kepercayaan itu ataupun reduced kan lagi percent tu.

Kepercayaan.

Kepercayaan yang aku letakkan pada seseorang akan meliputi kesemuanya tidak kiralah aspek apa pun. Tapi once, orang itu break kepercayaan yang aku beri, serius aku memang susah nak add balik kepercayaan tu. Pandai-pandai lah kau nak buat apa. Ada aku kesah? So, jangan break my trust on you friend.


Trust is the most important thing in whatever relationship. Serious. Don't break others trust on you. Beware if you want to do anything. Think first before you decide one thing and do it. Think it deeply. Then, if you confident with you decision, then go.

Okaylah penat membebel pasal kepercayaan dan kekecewaan aku..

Sekian. Salam.

08 March 2012

Cinta itu Fitrah

Assalammualaikum wbt.

Bukan nak sangat pun update blog ni, cuma aku nak tunjuk sedikit kata-kata atau artikel dari iluvislam.com. Menarik perhatian aku. Setelah aku baca dan faham artikela ini, aku rasa nak buat kesimpulan sikit.


Klik pada gambar..!!

"Cinta ini memang fitrah, tetapi jangan kita jadikan ia fitnah." Kata-kata tu menarik perhatian aku seketika. Berulang kali aku baca ayat tersebut. Kadang-kadang sampai tak tahu apa yang aku rasa. Cuma apa yang aku faham ialah CINTA itu memang fitrah setiap manusia. Senang cerita, semua manusia ada perasaan cinta. Cinta pada siapa, tepuk dada tanya iman. 

Menurut kata-kata tersebut, cinta itu fitrah, jangan jadikan ia fitnah. Bila ia adalah fitrah manusia, jadi jangan kita jadikan cinta anugerah Allah yang terindah itu mengikut nafsu kita. Jangan kita jadikan ianya fitnah. Cinta yang suci daripada Allah SWT itu, jangan kita cemarinya. Kita perlu semainya. Macam mana? 

Disini juga aku ada terbaca artikel yang sama, menurut surah Taubah, 24. Allah menggambarkan cinta dalam Islam ada 3 peringkat :

  1. Cinta Agung : Cintakan Allah, Rasul dan berjihad ke jalanNya.
  2. Cinta Pertengahan : Cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri dan kaum kerabat.
  3. Cinta Rendah : Cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta kepada Allah, Rasullulah dan jihad ke jalanNya.
Jadi kita boleh nilai sendiri kita cinta diperingkat ke berapa. Tepuk dada, tanya iman. Sekadar perkongsian ilmu. Jika ada kekurangan dalam penyampaian harap diperbetulkan. InsyaAllah. 

Akhir kata, "Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik yang terbaik."

Sekian. Salam. :)

02 March 2012

Datang Update..!!

Assalammualaikum wbt.

Lama tak update blog kan? Hehe. Sibuk sikit. Bukan sibuk banyak pun, sibuk sikit je. Permulaan semester kedua yang mencabar buat aku. Macam-macam lah yang aku lalui. Macam-macam orang juga aku kenal bila aku masuk sem 2 ni. Kawan baru, suasana baru, juga personaliti yang baru. Sesibuk mana pun aku, aku tak lupa pada mama dan papa. Selalu jugak aku call mereka. Tanya khabar. Setiap hari kot.

Bercerita tentang kesibukan semester 2 ni, aku nak cakap sikit pasal kawan-kawan aku yang dapat result kurang memuaskan. Mereka ditendang oleh universiti. Sadis kan? Sangat. Kesian mereka, kemana peluang mereka lepas ni. Entah lah. Tunggu dan lihat je lah. Tak semestinya gagal sekali, tak boleh berjaya. Dan tak semestinya gagal sekali tak boleh gagal dua kali. Hihi. Quotes je pun. Okay, lihatlah jadual semester 2 yang happening ni. Semua start pukul 9 ye. Hehe.




Itu je yang mampu. Aku hanya merancang, Allah juga yang menentukan. Insyaallah. Jika ada kelapangan, aku update lagi event-event yang menarik ye. Sekian, salam. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...