21 January 2011

Ini ke yang dikatakan RINDU ??

Salam..

Hari ini tak banyak benda yang berlaku. Mungkin semalam lebih banyak. Hari ini, Jumaat. Hidup aku sebagai pengembara kat dunia ini lagi-lagi sebagai seorang anak, pelajar dan sahabat mungkin lebih banyak ranjau akan aku lalui. Sedar tak sedar, cuti aku yang sebanyak 10 hari dah pun nak habis. Apa yang aku buat kat rumah?? Hurm. Macam-macam la. Termasuklah belajar. Walaupun sikit, tapi at least aku belajar la. Buat latihan Math dan baca Biology.


Tapi when sedang asyik termenung, aku teringat kenangan aku ngan kawan-kawan aku kat sekolah dulu. Walaupun tak sampai 2 tahun pun kat sekolah tu, tapi banyak pengalaman dan macam-macam ragam aku jumpa kat sekolah tu. Dan tetiba aku teringat kat kawan-kawan aku, Nur Syairah dan Ain Najihah. Memang rindu kat diorang tapi apa kan daya. Nak jumpa memang boleh. Jumpa Ain memang boleh tapi Syairah?? Huhu. Sedih, tapi takpe. Aku boleh mendoakan dorang je dari jaoh sebab masing-masing akan ada life sendiri next time kan. Hurm. Aku akhirilah post ni dengan gambar aku ngan Ain dan Syairah.





Aku nak korang tau yang aku rindu sangat ngan korang. Rindu nak makan sama-sama. Belajar sama-sama. Huhu. :) Bye. Salam.

20 January 2011

Exchange


Salam semua.

Hari ini saya dah tukar layout blog saya bagi cantik sikit. Hehe. first time ni berdikari, sebelum ni asyik harapkan Kak Pah je. Hehe. Jadi blog saya dah cantik. Free untuk tontonon umum. Espeacially pada yang follpw saya je la kan. Hurm. Kebosanan jugak kat rumah ni. Ntah bila la nak balik kolej. Tapi kalau balik kolej, mesti bosan kena blajar pulak. Adoi. Hurm. Tu la manusia, tak pernah nak rasa bersyukur. Tapi sekarang, saya nak bersyukur. Alhamdulillah...!! Okay, pada post ni, saya nak post la jugak gambar latest oppa saya, Lee Dong Hae.



Donghae bersama kawan baiknya, Eunhyuk.

16 January 2011

Let's Learn Korean Language

Annyeonghaseyo..
Hari ini, saya nak kemukakan beberapa perkataan dalam bahasa korea yang baru saya belajar tadi. Hurm. Seronok tau belajar bahasa orang ni. Ala.. Macam kita belajar bahasa Inggeris, kalau kita enjoy, seronok belajar. Arasso, now, kita belajar yang basic-basic dulu ye.
Mummy / Mommy - eomma
Daddy - appa / abba
Brother - hyeongje / oppa
Sister - eonni
Younger sister - yeodongsaeng
Younger brother - namdongsaeng
Arasso, itu sahaja lah pada hari ini. Jadi, mari kita sama-sama praktikkan. Weyo? Tak nak? Cuba lah. Let's try. Okay, annyeong-hi-gaseyo.

14 January 2011

Pelik tapi Benar...!!

Assalammualaikum. Post kali ini, just nak story pasal seorang makhluk Allah ni yang tak tau la kenapa, pelik, ajaib, dia ni punya la gila-gila suka kat kumpulan Korea (Boy Band). Mula mula SS501. Lepas retired 3 bulan, dia minat pulak Super Junior. Then, dia sendiri yang sebarkan dakwah / virus korean ni pada rommates nya. Hurm..Arpah, Wani dan Dey(Fatin Hazirah).

And then, baru-baru ni, rommate dia pulak yang bernama Fatin Hazirah pas balik virus bahaya ni dekat dia. Huh!! Abes semua kumpulan korea dia minat. Antaranya, Big Bang, Beast, U Kiss dan Ft Island. Aku faham, memang perit nak tanggung virus ni, umpama hidap penyakit H1N1. Malah lebih teruk dari penyakit H1N1, sebab virus ni tak ada vaksin. Huh!!

Yang menariknya, girl ni, kat mana-mana dia dengar lagu korea favourite dia. Hurm..kat mana-mana la. Dan kat mana-mana jugak la lagu korea favourite dia ni, sering dinyanyikannya. Memang aku nampak dengan jelas la kat mulut dia tu. Hurm, kat mana-mana..!! Kat dalam kelas, kat tiolet, tengah belajar pun dia nyanyi gak. Memang dia hafal lah lagu-lagu korea yang dia minat.

Yang aku selalu dengar dia nyanyi ialah lagu Bonamana from Super Junior. Memang dia dah hafal la. Lagi-lagi bila part yang oppa dia nyanyi. Ala..korang mesti tau punya oppa dia yang mana. Lee Dong Hae la. Hurm. da hafal da part yang mana. Hurm..!! Terbaik la girl sorang ni. Dan yang menariknya, kat handphone dia memang banyak koleksi lagu korea dan gambar-gambar oppa dia. Lagu-lagu korea yang dia ada dah boleh lawan senarai lagu-lagu Melayu dan Inggeris. Hebat..Hebat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...